Inisiatif FERNLEAF Bantu Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Menerusi GOODNESS FEEDS GREATNESS!

Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini. Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf yang telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November lalu, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.

Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”

Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.

Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

 

Share
Published by
Suzi