Inisiatif Perniagaan Dari TYA ARIFIN, Adeep Nahar GV9 Bangga Isteri Jadi Jutawan Jamu Mutyara

“Terima kasih kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid kerana menjadi guru dan sahabat isteri saya.” Demikian kata penyanyi dan rapper Adeep Nahar GV9 mengenai kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).

Adeep Nahar hadir memberi sokongan kepada isteri.

Adeep, 45, atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar berkata, konsep perniagaan MHC yang diperkenalkan oleh pasangan suami isteri Tya Arifin dan Asyraf Khalid itu adalah inisiatif perniagaan alaf baru yang melahirkan ramai ahli perniagaan berjaya selain dijalankan dari rumah dan menggunakan modal rendah.

“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor. Jadi, dia asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.

“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.

“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.

Mazlin bersama Tya pada Mutyara Garden Party Award 2022 baru-baru ini.
Mazlin (kiri) bersama Tya, Asyraf dan suaminya, Adeep Nahar.

Menurutnya, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.

“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.

Sementara itu, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna.

“Kali pertama mencuba produk ini, saya cakap pada suami produk ini ‘sesuatu’. Dia macam terkejut, sebab dia tahu saya seorang yang sangat skeptikal dengan produk. Selepas tiga hari minum, alhamdulillah sakit pinggang yang dialami selama tujuh tahun sebelum itu sembuh serta merta.

“Kebetulan, Tya dan Asyraf mencari stokis. Jadi, saya cakap pada suami nak mencuba. Saya yakinkan suami dan nekad kalau nak menjadi usahawan tak nak biasa-biasa. Saya ambil pakej yang paling tinggi. Sebab, kalau nak buat, kena betul-betul. Mereka adakan sesi perjumpaan dan saya beranikan diri pergi sendiri.

“Ketika itu juga mereka memberikan penghargaan kepada usahawan yang menjual jamu Mutyara. Saya pegang ‘award’ itu dan mula berangan. Ternyata, ada yang boleh berjaya dengan perniagaan ini,” katanya.

Menurutnya, usaha yang dimulakan secara zero dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.

“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.

“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” katanya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus