Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.
Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut. Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.
Penghijrahan pelakon berusia 29 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.
Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Ads
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri. Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Ads
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
11 INSPIRASI GAYA & SOLEKAN IZARA AISHAH
Ads
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses lebih banyak artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tertarik dengan gaya ‘sempoi’ Adira Suhaimi ketika menyambut 1 Syawal baru-baru ini. Walau ‘struggle’ siapkan anak di pagi Hari Raya, penyanyi kelahiran Sabah ini tetap kelihatan berseri-seri.
Apatah lagi, Adira tampil menawan dalam persalinan kebaya putih gading sedondon dengan empat cahata mata comel!
Meninjau foto lebaran Adira di samping anak-anak tersayang menerusi Instagram miliknya, terserlah wajah teruja wanita ini menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Meskipun tanpa kelibat dan gambar suami di sisi, Adira tampil ceria sambil menitipkan ucapan Hari Raya buat peminat kesayangan.
Kredit Instagram @adira.suhaimiKredit Instagram @adira.suhaimiKredit Instagram @adira.suhaimi
“Selamat Hari Raya semua kepada seluruh keluarga dan kenalan mohon ampun maaf atas semua kekurangan dan kesilapan saya pada kalian selama ini.”
Dalam ucapan tersebut, Adira turut memberitahu keadaan dirinya yang sedang demam pada hari raya pertama.
Menjadi ibu pada usia muda nyata bukan satu tugas mudah. Lebih-lebih lagi Adira hidup bermadu.
Tidak menjadikan status tersebut sebagai penghalang, gaya jelitawan ini bergambar momen indah Syawal meraih perhatian.
Terutamanya ketika Adira bergaya berani dengan padanan kasut kasual Vans sedondon dengan anak lelaki. Memang jiwa muda betul!
Kredit Instagram @adira.suhaimiKredit Instagram @adira.suhaimiKredit Instagram @adira.suhaimi
2 Syawal pula Adira tampil manis dalam busana kebaya merah jambu. Terserlah keanggunan isteri Dato’ Red ini.
Lebih bermakna, dia mampu menyarung persalinan baju kebaya manik yang dipadan dengan kain polos rona fuschia yang pernah dipakainya ketika zaman anak dara pada 3 Syawal.
Terbukti Adira mampu kekalkan bentuk tubuh langsingnya walau dah beranak empat.
Adira yang kini berusia 31 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah perkahwinan sememangnya amat dinanti-nantikan setiap pasangan berkahwin. Begitu juga kelahiran anak Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie. Penantian pasangan ini selama empat tahun nyata berbaloi dan kini puteri sulung mereka makin bijak dan membesar sihat.
19 Julai lalu genap empat tahun usia YM Tengku Sofia Najihah. Sebelum ini Che Puan Sarimah yang mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Negeri Sembilan berkenaan pada 2 April 2015 pernah mendedahkan mereka bersedia menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk hamil.
Titip Che Puan Sarimah bersempena hari lahir anak tersayang, “Alhamdulilah, to the loveliest smartest kindest little one in our world. Mummy and daddy deeply love you our munchkin sayang. May you have health and happiness and contentment always. Aamiin.”
Ternyata, YM Tengku Sofia mewarisi kecantikan ibu tersayang. Mana tidaknya, Che Puan Sarimah sendiri berasal dari keturunan Melayu-Irish. Jadi tak hairanlah permata hatinya pun cantik.
Dah gen ibunda putih gebu dan berhidung mancung! Ditambah pula dengan wajah tampan YM Tunku Jamie.
Bagi penyanyi, pengacara dan pelakon jelita Che Puan Sarimah, anugerah terindah dari Yang Maha Esa ini telah lama dinanti-nantikan memandangkan usia perkahwinannya bersama YM Tunku Jamie.
Che Puan Sarimah yang aktif mengamalkan gaya hidup sihat tidak hanya cergas melakukan rutin senaman bahkan masih konsisten menjaga kesihatan dan stamina diri selepas melahirkan anak. Patutlah makin ramping dan berseri-seri.
Jelitawan ini genap menginjak usia 43 tahun pada 19 Februari lalu dan menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan pada tangga 2 April lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya bijak, ramah, bertubuh langsing dan menawan. Penampilan Dato’ Wahadaniah Abdul Wahab atau lebih mesra disapa Dato’ Dania memang tidak ubah persis seorang ratu cantik. Jadi, tak hairanlah ibu kepada seorang cahaya mata ini dinobat sebagai Mrs Fabulous Malaysia 2019. Ternyata, beliau layak menerima pengiktirafan berkenaan.
Dato’ Dania seorang wanita yang berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja teratur. Barangkali kerana beliau sudah terbiasa dengan tuntutan kerja yang rapi sepanjang menjawat tugas Naib Presiden Limkokwing University of Creative Technology. Bukan calang-calang jawatan tu!
Bukan mudah seorang wanita yang sudah berkeluarga diberi mandat menggalas jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Apatah lagi bagi institusi pendidikan tinggi yang membabitkan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda. Pastinya, Dato’ Dania memiliki kredibiliti yang hebat sehingga beliau meraih kepercayaan menjadi salah seorang individu penting dalam pentadbiran universiti swasta terulung itu.
Mahu lebih berjaya dan memberi inspirasi serta mengangkat martabat wanita di mata dunia, Dato’ Dania nekad mengasah potensi diri dengan menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019, sebuah pertandingan ratu cantik yang mengasah bakat golongan wanita berkahwin termasuk ibu tunggal dalam bidang sosial dan ekonomi. Ujar pemenang Mrs Fabulous Malaysia 2019 ini, “Peranan wanita hari ini bukan sahaja menjadi suri rumah, mereka juga mampu memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan.
Penglibatan saya dalam Mrs Fabulous Malaysia 2019 memberi peluang untuk membuktikan dan melakar kehidupan serta cita-cita pada masa depan. Memenangi pertandingan ini juga membantu meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal saya dengan lebih baik. Ia berjaya menjadikan saya lebih berkeyakinan dan berhati waja dalam memastikan segala kemahiran yang saya dapat dimanfaatkan dengan baik.
Kejayaan ini tidak akan diperoleh tanpa sokongan dan komitmen anak tunggal saya, Adi Muhammad Irfan, keluarga, teman istimewa, rakan kerja, mentor dan pasukan Teamworks yang banyak memberi latihan pembangunan diri kepada setiap wanita. Terutamanya melibatkan sektor keusahawanan, bakat dan pengucapan awam. Fokus pertandingan ini juga tidak tertumpu kepada kecantikan semata-mata tapi lebih menekankan keupayaan wanita itu sendiri.”
Selain terlibat dengan usaha kemasyarakatan, Dato’ Dania juga sedang rancak mengusahakan projek pemerkasaan wanita menerusi teknologi era digital dan perkhidmatan E-perdagangan secara dalam talian di Fabulous Tele Virtual (FTV).
Dato’ Dania ketika menyertai Mrs Fabulous Malaysia 2019
Ditanya mengenai pengurusan masa di antara kerjaya dan keluarga, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini mendedahkan, “Sebagai hamba Allah, ibu tunggal, anak dan juga wanita bekerjaya saya memerlukan komitmen pengurusan masa dan disiplin yang amat tinggi.
Tiada perbezaan ketara antara budaya wanita di Malaysia dengan negara lain cuma yang menjadi asas penting adalah kebijaksanaan seseorang wanita itu dalam mengimbangi tugas dan tanggungjawab kepada keluarga.
Setiap minit yang ada dalam hidup ini tidak boleh kita sia-siakan. Wanita hari ini perlu multitasking. Misalnya apabila berada di tempat kerja, segala masa dan tumpuan saya adalah sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan pentadbiran dan perancangan strategik syarikat. Begitu juga apabila berada di rumah. Ia dua perkara yang tidak boleh dicampur-adukkan. Bagi saya, keluarga adalah segalanya. Tanpa keluarga, banyak perkara tidak akan berlaku.”
Walaupun sudah meniti usia 44 tahun, penampilan Dato’ Dania sentiasa mencuri tumpuan. Mana tidaknya, bersandarkan tubuh ramping dan tinggi lampai pasti ramai yang menyangka personaliti ini persis anak dara. Hakikatnya, Dato’ Dania merupakan ibu kepada seorang anak lelaki yang sudah meningkat dewasa.
Menyingkap rejim kecantikan yang diamalkan, Dato’ Dania lantas menyusun bicara. “Urich berpendapat bahawa, ‘Luar yang sihat bermula dari dalam.’ Tidak dinafikan, saya kerap melakukan rawatan kecantikan dan kesihatan diri di pusat kecantikan atau spa. Dengan rawatan spa yang konsisten juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang sihat dan menguatkan sistem imun badan.
Bagi saya, rawatan di spa juga mencegah diri daripada keletihan dan kegelisahan akibat tekanan hidup seharian. Bila tubuh badan kita sihat, semua pekerjaan yang kita buat jadi lebih mudah.
Selain berkunjung ke spa, saya juga pergi ke gimnasium selepas waktu bekerja bila ada masa terluang. Tujuan saya pergi ke gim adalah untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal agar saya tetap sihat dan tenang. Dalam masa sama, untuk jaga kecergasan tubuh badan.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...