Sedar tak sedar, tahun 2022 kini masuk suku terakhir. Tentu ramai yang mula merancang aktiviti percutian dengan famili. Bagi wanita, momen bercuti adalah peluang untuk menggayakan #OOTD atau kemas kini hantaran TikTok. Namun cuba kali ni ambil inspirasi gaya tentera udara seperti Scha Alyahya, atau Kapten Nur dalam filem box-office Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Filem aksi ketenteraan yang mencecah kutipan RM13 juta dalam tempoh 7 hari tayangan ini memang cukup membekas di ingatan. Mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), rata-rata penonton sependapat bahawa karakter Kapten Nur yang lincah, berani dan bertenaga meniup semangat kuasa wanita yang kuat.
Ads
Watak Kapten Nur Liyana yang mengendalikan pesawat Airbus A400M seakan meniup semangat patriotisme dan pemerkasaan wanita atau female empowerment ke jiwa wanita.
Akui Scha, watak yang dipikulnya memberi inspirasi kepada masyarakat khasnya wanita agar berani mencabar diri, lebih yakin dan jangan takut menceburi bidang yang didominasi lelaki. Hebatnya!
Tegas berkeyakinan namun tetap menawan. Kunci gaya ala militari atau agak maskulin inspirasi lakonan Kapten Nur sebenarnya boleh diadaptasi dalam percutian anda.
Kalau bijak menyuai padan, karakter boyish ini pasti mencuri perhatian dan memberikan ilham pada rakan-rakan anda yang lain. Tak percaya? Atau tak pasti bagaimana hendak sesuaikan stail tersebut?
Sempena Jualan Lazada 9.9, jom dapatkan inspirasi gaya Kapten Nur dari himpunan di bawah.
1. Gayakan warna militari
Elakkan motif celoreng-celoreng atau camouflage, tapi pilih busana daripada kombinasi warna khaki, kuning zaitun, earth tone dan neutral. Memang banyak koleksi warna sebegini dalam Jualan Lazada 9.9 yang bermula dari 9 hingga 11 September, harga pun berpatutan sungguh.
Tonjolkan imej beruniform tapi dalam versi glamor. Contohnya kenakan seluar kargo dengan baju-T ‘fitted’ putih, yang digayakan dengan vest atau aksesori. Lengkapkan gaya anda dengan but untuk menyerlahkan pesona glam chic.
Lupakan baju ketat atau sendat, kini blazer oversized paling trending dan yang penting ia juga selesa! Sesuai untuk liburan di kota sambil menghirup kopi kesukaan, gaya blazer ini dengan seluar denim dan kasut sneakers mencetuskan pesona wanita moden berkeyakinan. Bergaya tapi tidak nampak trying too hard.
Memang selesa bercuti dengan pakaian yang longgar dan selesa seperti seluar palazzo. Tapi elakkan memakai blaus yang terlalu besar. Cukup jika panjang blaus di garis pusat dan ‘half-tuck’ ke dalam seluar untuk gaya effortless atau ‘front-tuck’ untuk nampak stailo. Jangan lupa sarungkan kasut mules bertumit.
Seluar palazzo high waist, klik untuk beli (di sini)
Ads
5. Kemeja boyfriend
Suai padan kemeja putih bersaiz besar atau ‘boyfriend shirt’ dipadu dengan seluar denim untuk gaya santai bersahaja. Boleh juga anda gayakan ‘half-tuck’ dengan memasukkan satu sisi kemeja sahaja dengan seluar ‘skinny’ untuk gaya effortless.
Busana jumpsut ala tentera sesuai dikenakan sempena percutian nanti. Seperti yang dikenakan Kapten Nur, pilih saiz yang sedikit besar agar anda selesa bergerak.
Sarungkan kasut tinggi untuk kelihatan feminin, ataupun digayakan dengan sneakers untuk gaya kasual. Jumpsut yang longgar juga sesuai untuk wanita berhijab dan menampakkan keunikan gaya confident seorang hijabista moden.
Semua gaya inspirasi Kapten Nur ini boleh didapati di Lazada. Paling best kalau shopping sempena Jualan Lazada 9.9, ada banyak tawaran hebat.
Antaranya 9 juta baucar berjenama di LazMall, baucar Penghantaran Percuma (klik sini) – jom kumpul dan tebus setiap hari sepanjang kempen, diskaun sehingga 90% dan pelancaran program LazMall Store Membership (klik sini) dan ciri terbaharu Try & Buy (klik sini) untuk pembelian yang lebih berbaloi!
Jangan tunggu lagi. Boleh tengok banyak lagi tawaran hebat Jualan Lazada 9.9 kat sini! (klik)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura dan pesona Baginda jelas terpancar! Masih cantik dan berkaliber sama seperti dulu. Kemunculan istimewa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan Berita Perdana jam 8 malam di RTM semalam amat dinanti-nantikan. Pastinya, kehadiran Baginda mengubat kerinduan rakyat dan penonton setia RTM untuk melihat kembali bekas personaliti tersohor ini di kaca televisyen.
Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.
Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Cukup bersahaja dan tenang menyampaikan berita semalam, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan anggun dengan blazer merah jambu. Keanggunan Baginda amat terserlah dan membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca televisyen.
Sementara itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Kredit: Portal Rasmi Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejurus selepas pertabalan Putera Naruhito sebagai Maharaja Jepun pada 1 Mei 2019 lalu berikutan penurunan takhta paduka ayahandanya, Maharaja Akihito, perhatian dunia tertumpu kepada Maharani Jepun, Puteri Mahkota Jepun, Masako Owada.
Siapa sangka setelah dua kali Maharani Masako menolak lamaran putera sulung Maharaja Jepun ketika itu lantaran bercita-cita tinggi dalam kariernya sebagai seorang Pegawai Diplomatik, namun pada lamaran ketiga Maharani Masako tidak berupaya untuk menolak lagi.
Ketika memutuskan untuk berkahwin dan seterusnya menjadi ahli keluarga diraja Jepun Maharani Masako terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai Pegawai Diplomatik dan kini sudah pun bergelar seorang Maharani. Maharani Masako merupakan ‘gadis biasa’ yang ketiga masuk dalam keluarga diraja Jepun selepas bonda mentuanya, Maharani Michiko dan adik iparnya, Puteri Kiko.
Melihat perwatakan Maharani Masako yang jelita dan bijak ternyata Maharaja Jepun ke-126 ini tidak salah dalam membuat pilihan. Masako merupakan anak perempuan keluarga diplomat dan mendapat pendidikan tertinggi di Universiti Harvard dan Universiti Oxford.
Walaupun begitu, ternyata bukan mudah hidup dalam keluarga diraja. Kisah keluarga diraja Jepun ini sentiasa menarik perhatian seluruh dunia lantaran kerana keluarga diraja ini merupakan dinasti diraja tertua memerintah di dunia.
Maharani Masako mengaku bergelut menyesuaikan diri dengan kehidupan terkurung keluarga diraja itu. Beliau juga menerima tekanan hebat memperoleh anak lelaki kerana penggantian takhta Jepun mengecualikan wanita. Tekanan itu hanya semakin hebat selepas melahirkan anak perempuan, Puteri Aiko pada tahun 2001, puteri tunggal pasangan diraja ini sehingga sekarang.
Namun, kasih seorang suami terserlah apabila Maharaja Naruhito telah berjanji ‘melindungi isterinya walau apa pun terjadi’ dan mahu pengorbanan isterinya meninggalkan kerjayanya dahulu berbaloi.
“Bagi saya, Masako terlalu letih dalam usahanya menyesuaikan diri dengan kehidupan diraja sejak lebih 10 tahun lalu. Adalah benar ada sesuatu yang menyangkal kerjaya lama Masako,” kata Maharaja Naruhito.
Tekanan ke atas Masako berkurangan apabila adik iparnya melahirkan anak lelaki pada 2006, Putera Hisahito. Khabarnya Maharani Masako pernah menjalani rawatan untuk kemurungan akibat ‘gangguan penyesuaian’ untuk hampir keseluruhan tempoh perkahwinannya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena hari lahir Maharani Masako yang ke-55 pada Disember 2018, Maharani ini berikrar akan menggalas tugas sebagai Maharani sebaik mungkin walaupun merasa ‘tidak yakin’ untuk menjadi seorang maharani demi kebahagiaan rakyat Jepun.
Melihat gaya hidup mewah Jinkee Pacquiao hari ini pasti membuatkan ramai yang berasa cemburu. Mana tidaknya, selain dilimpahi dengan kesenangan wang ringgit isteri kepada salah seorang senator popular di Filipina yang juga atlet tinju terkemuka dunia ini juga cukup bertuah kerana dikurniakan ‘harta’ paling bernilai iaitu lima orang cahaya mata mereka. Mengintai kehidupan Jinkee, wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita. Kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
Namun di sebalik kemewahan yang dinikmati hari ini, Jinkee dan suaminya Manny Pacquiao pernah melalui liku hidup yang sukar. Mereka pernah hidup sengsara kerana selain kerjaya tinju suami yang kurang bersinar, Pacquiao juga dikhabarkan seorang suami yang gemar berfoya-foya, kuat merokok, kaki judi, kaki minum dan suka cari gaduh.
Dek kerana sikap negatif suami, Jinkee pernah terfikir untuk bercerai namun kerana sayangkan ikatan yang telah terbina dia sanggup bersusah-payah membantu membina semula kerjaya suami sehingga berjaya seperti sekarang. Menurut GMA News, pasangan ini kembali menghangatkan hubungan yang kian retak menanti belah dengan menikmati bulan madu kali kedua mereka.
Dan buat pertama kalinya, Jinkee yang juga penerbit filem dan personaliti media Filipina ini hadir menemani suami tercinta ke pusat latihan tinju di Los Angeles. Dari situlah bermulanya perubahan positif Pacquiao hingga melonjakkan namanya selaku ahli tinju terkemuka dunia yang dikecapi hari ini. Berkat sokongan Jinkee dan usaha keras, Pacquiao atau lebih dikenali dengan gelaran PacMan di gelanggang tinju telah dianugerahkan Fighter of the Decade pada 27 Julai 2009.
Sehingga ke saat ini, Manny Pacquiao tersenarai dalam The 20 Richest Boxers In The World 2019 dan dia menduduki tangga keenam dengan meraih pendapatan setinggi USD190
juta. Memetik laporan Forbes pula Pacquiao antara 2019 The World’s Highest-Paid Athletes Earnings dengan pendapatan berjumlah sekitar USD26 Juta bagi setiap perlawanan yang dimenanginya.
Menurut Post Magazine, ahli tinju berkenaan dilaporkan membeli rumah agam di Beverly Hills bernilai USD12 juta yang dahulunya pernah didiami rapper Sean Combs. Pada 2010 Pacquiao dicalonkan sebagai Philippine House of Representatives dan bergelar Senator pada tahun 2016.
Menerusi perkongsian di Instagram wanita berusia 41 tahun ini, Jinkee turut memperlihatkan gaya hidup mewah dengan berkongsi kediaman mereka yang besar dan eksklusif serta cita rasa fesyennya. Gemar bergaya dengan jenama mahal dari hujung rambut ke hujung kaki… Jinkee turut mempunyai koleksi beg tangan Hermes pelbagai saiz dan jenis.
Bahkan dia juga merupakan penggemar jenama Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton dan banyak lagi. Itu belum lagi kira kasut, jam tangan, baju, cermin mata hitam dan bermacam-macam aksesori lain yang ada dalam simpanannya.
Bukan hanya Jinkee bahkan kelima-lima anak mereka turut mengenakan persalinan mewah dan eksklusif dari label terkemuka. Disebabkan status suami sebagai senator dan antara ahli tinju terkaya di dunia, keluarga ini dikawal dengan beberapa pengawal peribadi yang mengiringi percutian mereka tidak kira di dalam mahupun luar negara.
Selain mempunyai rumah agam di Filipina, mereka juga dikhabarkan memiliki kediaman elit di Los Angeles.
Sumber: Post Magazine & Forbes / Foto: Instagram Jinkee Pacquiao
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan ...