Kesempatan duduk di rumah sepanjang PKP 2.0 ini seharusnya dimanfaatkan. Selain menjalankan amanah terhadap keluarga dan kerjaya, ambil kesempatan yang ada untuk menambah ilmu seperti yang diamalkan oleh puteri Sultan Selangor, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah ini.
Umum mengetahui puteri Selangor ini juga berjiwa pendidik dan merupakan seorang guru Bahasa Inggeris bertauliah. Hobi gemar membaca juga amat sinonim dengan YAM Tengku Zatashah dan beliau sendiri suka menekankan kepentingan membaca dalam kehidupan kita.
Justeru bagi memulakan bulan pertama 2021, YAM Tengku Zatashah berkongsi azam untuk membaca 90 buah buku tahun ini. Sebanyak 4 buku novel tebal setakat ini telah berjaya dihabiskan melalui perkongsiannya di media sosial. Hobi ini jelas menginspirasikan rakyat dan followers beliau terutamanya.
CABARAN MEMBACA 2021
“Tahun ni saya nak tingkatkan cabaran membaca saya kepada 90 buku. Ramai yang cadangkan 100 tapi bimbang kalau kebanyakan buku yang akan dibaca nanti tebalnya melebihi 1000 halaman. Jadi bagi saya bukan kuantiti tapi kualiti yang lebih penting,” tulis beliau.
Di antara buku-buku yang telah habis dibaca sejak 1 Januari 2021 adalah The Secrets We Kept (Lara Prescott), Such A Fun Age (Kiley Reid), City of Girls (Elizabeth Gilbert) dan Born A Crime (Trevor Noah). Seronok baca review YAM Tengku Zatashah terhadap buku-buku tu, terinspirasi dan buat kita pun rasa nak baca sama!
View this post on Instagram
Semoga puteri berjiwa rakyat ini terus mengalirkan inspirasi kepada semua melalui perkongsian-perkongsiannya. YAM Tengku Zatashah juga gemar bersenam di rumah dan aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan di sekitar Selangor.
Sumber: Instagram @zatashah