Serangan asid adalah cara penjenayah menghancurkan hidup wanita. Mereka mahu mangsa percaya bahawa tiada sesiapa yang akan memandang dan menyukai wajah ‘hodoh’ anda. Ibarat seperti jangan mimpilah punya masa depan lagi…

Itu ucapan Marzieh Ebrahimi, yang jelas bersuara lantang dengan mengatakan, dia bukan mangsa yang lemah.

IKLAN

Tepat enam tahun lalu, tarikh 15 Oktober 2014 melakar sejarah terburuk ekoran siri serangan asid berleluasa di Isfahan, Iran. Ketika itu Marzieh, 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke klinik gigi apabila diserang tanpa sebab.

“Pada masa itu, semua orang ketakutan dengan suasana tegang di bandar kami. Saya hanya tahu seramai tiga mangsa telah menjadi mangsa simbahan asid sebelum saya. Walau bagaimanapun, saya keluar juga demi temu janji dengan doktor gigi pada hari kejadian.

Hari itu suasana begitu sibuk. Lalu lintas sesak dan ketika saya melalui Jalan Towhid, saya hanya memikirkan ruang parkir untuk meletakkan kereta. Kebetulan cuaca amat panas dan saya pun menurunkan tingkap kereta. Pada waktu yang sama, tiba-tiba saya rasakan sesuatu seperti air panas membakar wajah saya.

Segala-galanya begitu pantas dan berlaku dalam sekelip mata. Saya tidak tahu apa yang terjadi tapi saya sedar rasa terbakar itu mungkin berpunca daripada simbahan asid. Saya hanya mampu menjerit sekuat hati dan beberapa detik kemudian, dikejarkan ke hospital dengan ambulan,” cerita Marzieh.

Inspirasi Kekuatan Di Sebalik Wajah Mangsa Simbahan Asid, Marzieh Ebrahimi

Inspirasi Kekuatan Di Sebalik Wajah Mangsa Simbahan Asid, Marzieh Ebrahimi

Insiden tragik itu membuatkan Marzieh kehilangan separuh wajahnya. Kornea mata kirinya turut rosak hingga dia disahkan hilang sebelah penglihatan.

Pun begitu, pelaku jenayah masih gagal ditangkap sehingga sekarang. Banyak pihak mendakwa penjenayah adalah ekstremis Islam konservatif yang menentang penampilan wanita moden di khalayak ramai.

Pengikut liberal Iran pula percaya bahawa serangan itu mungkin berpunca akibat desakan di Parlimen tentang kod berpakaian Islamik.

TRAUMA

IKLAN

Berbulan-bulan lamanya Marzieh memencilkan diri daripada masyarakat. Walaupun rindukan kehidupan seperti sebelum itu, dia bimbang berdepan reaksi orang ramai terhadap wajahnya.

“Akhirnya saya kuatkan semangat dan katakan pada diri sendiri, ‘It’s enough. Get up!’ Cakap saja jika ditanya, saya adalah mangsa simbahan asid. Jadi setiap kali keluar, saya akan berkaca mata dan memakai pad pembalut luka.

Masa itu tunang saya, Mehrdad, sangat kerap memberi kekuatan dan semangat dalaman. Katanya, kenapa mesti takut?” cerita Marzieh yang kini sudah pun berumah tangga dengan lelaki kesayangannya itu.

Inspirasi Kekuatan Di Sebalik Wajah Mangsa Simbahan Asid, Marzieh Ebrahimi

IKLAN

Inspirasi Kekuatan Di Sebalik Wajah Mangsa Simbahan Asid, Marzieh Ebrahimi

Kini Marzieh bertindak berani sebagai aktivis masyarakat selepas pulih daripada trauma yang menyakitkan. Dia tekad ingin menghentikan segala bentuk penganiayaan seperti yang dialaminya, daripada terjadi kepada orang lain.

Marzieh berusaha keras membantu mangsa simbahan asid sepertinya agar bangkit meneruskan hidup, walaupun asid ibarat hukuman senyap dalam komuniti di sana. Dia selalu berhubung dengan mangsa-mangsa lain dan bergiat aktif dalam The Society for Supporting Acid Attack Victim.

Dia dan jurufoto Negar Masoodi juga sama-sama berkeras untuk menegakkan kebenaran. Mereka mendesak perubahan di Parlimen agar merombak enakmen undang-undang yang melarang penjualan asid di pasaran sewenang-wenangnya.

Inspirasi Kekuatan Di Sebalik Wajah Mangsa Simbahan Asid, Marzieh Ebrahimi
Marzieh dan Negar Masoodi

Semoga pelaku jenayah menerima pembalasan yang sewajarnya dan keganasan terhadap wanita seperti ini akan berakhir tanpa sebarang prejudis.

Kekuatan Marzieh sesungguhnya adalah hasil sokongan ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling yang prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa. Dorongan sebegini amat penting untuk kekuatan mental dan emosi mereka.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dan memperjuangkan hak wanita yang tertindas seperti yang berlaku kepada Marzieh dan saudara kita yang lain.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI