Meriahnya laman Instagram Mawar Karim. Setiap hari ada sahaja menu dikongsi bersama followers. Siap ada step by step! Bagi anda yang buntu menu apa untuk dihidangkan pada keluarga ketika berbuka, mungkin video perkongsian Mawar Karim di laman Instagramnya boleh beri idea pada anda.
Mawar yang turut akur dengan Perintah Kawalan Pergerakkan sudah mula menjadi ‘surirumah’ sepenuh masa. Akaun Instagram dengan nama @mawar_karim turut diserikan dengan gelagat si kecil Wan Maryam atau Maryam yang sudah berusia dua tahun tiga bulan.
Sambil-sambil memasak, sempat juga Mawar memberikan tips masakan yang sering digunakan untuk menyediakan hidangan. Menu yang disajikan tidak begitu complicated dan mudah untuk diikuti langkah-langkahnya. Di tambah pula dengan Mawar yang suka berceloteh, kita pun turut mudah untuk ingat cara-cara untuk memasak.
Menurut Mawar di salah satu postingnya, kebanyakkan para ibu pasti mudah untuk menurut perintah kerajaan untuk terus duduk di rumah kerana pengalaman berpantang selepas bersalin sahaja sudah mengambil masa lebih 44 hari.
Bukan sahaja sibuk melayan ‘selera’ harian tetapi Mawar juga membuat sambutan hari lahir Maryam yang ke dua tahun 3 bulan hanya dengan membuat pisang goreng. Comel sungguh bila anak kecil ini dihidangkan pisang goreng sambil nyanyian lagi ‘Happy Birthday
‘ dari Mummynya.
Banyak video masakan dan resipi yang dikongsikan Mawar. Paling menambat hati apabila anak kelahiran Pulau Pinang ini memasak kari kepala ikan di atas permintaan Maryam yang mahukan nasi kandar. Anak mami sungguh Maryam! Menurut Mawar, cara orang Penang memasak hidangan ini tanpa menggunakan santan, susu cair mahupun gula.
“Cara Penang mami tak pakai gula,santan atau susu cair. Kami kebanyakkan pakai rempah giling hampa tau. Tapi lain orang lain cara. Cheq tak tau hampa punya style macam mana. Dan masakan Penang tak pedas cili, tetapi pedas kari.
Nak kata cheq ni pandai masak tak la,boleh la sekadar Maryam puji mama best pun, cheq dah bangga sampai ke langit 7. Sapa lagi nak puji kalau bukan anakanda Maryam.”tulisnya.
Dalam tempoh PKP ni, memang ramai yang mencari-cari resipi untuk dimasak kerana ketandusan idea. Semoga perkongsian Mawar dapatlah menolong mereka yang baru berjinak-jinak hendak memasak sendiri di rumah.
Kredit video dan foto: Instagram Mawar Karim
This website uses cookies.