Seronoknya tengok instafamous Cik Epal menikmati percutian bersama keluarga tersayang di Switzerland ketika ini. Berangkat ke bumi indah tersebut pada 12 Julai, percutian Cik Epal kali ini lebih bermakna kerana turut ditemani cahaya mata kedua dikenali sebagai Yuki yang selamat dilahirkan pada 27 April lalu.
Nama Cik Epal yang mula dikenali sebagai blogger kini turut menjadi bualan hangat netizen di laman media sosial. Bukan sekadar menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk meraih kejayaan sepertinya, kisah usahawan Fair Fit ini juga sering mencuri perhatian ramai kerana gaya hidupnya yang mewah.
Dari cerita viral beg tangan berjenama mewah yang dibeli berharga puluhan ribu ringgit, stroller bayi yang bernilai ribuan ringgit sehinggalah pembelian kereta Mustang secara tunai… semuanya mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Untung empunya badan, muda-muda lagi sudah mampu memiliki harta dengan wang keringat sendiri!
Lumrah bila sudah jadi orang terkenal… setiap gerak-geri dan pergi ke mana-mana pun mesti jadi tumpuan. Terbaharu, percutian mewah Cik Epal bersama suami tercinta di samping dua anak kecil ke bumi indah Switzerland sekali lagi menarik perhatian. Mana tidaknya, gambar-gambar percutian yang dikongsikan Cik Epal tak ubah seperti sebuah travelog.
Semuanya nampak tersusun cantik dengan pemandangan gunung-ganang diselimuti salji, air tasik jernih bak kristal dan keindahan alam semula jadi yang menenangkan. Enggan terlepas menikmati tarikan yang ada di sana, Cik Epal dan suami sanggup berhabis ribuan ringgit untuk penginapan, makanan dan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga.
Meskipun membawa bersama dua anak kecil yang baru berusia 4 tahun dan 3 bulan, namun Cik Epal tetap tampil bergaya dengan beg tangan mewah Chanel dan sneakers Gucci! Malah dia dan suami bergilir-gilir menjaga anak tanpa bantuan pengasuh. Lepas ini, mak-mak yang ada anak kecil dan tiada pengasuh pun mampu bercuti ke luar negara macam Cik Epal. Asalkan jiwa suami isteri kena kental hadap ragam anak-anak.
“Antara wishlist sebelum umur aku 30 tahun yang dah tercapai. Nak jadi millionaire, done; pergi umrah bawa parents sekali dengan pakej VVIP, done; beli Mustang cash, done; naik Hang Gliding di Switzerland, done.”
Baru berusia 28 tahun namun kejayaan Cik Epal bukan calang-calang. Bercita-cita mahu berada setaraf usahawan terkenal seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida, semangat yang ada dalam diri Cik Epal cukup luar biasa. “Saya baru jual satu produk, dalam masa 10 bulan saya dah hit
RM1 juta untuk Fair Fit. Memang zero cost marketing, hanya guna Instagram saya dengan suami je untuk menjual. Untuk tahun 2019 ni saya nak go bigger. Nak try masuk mass market.Saya memang ada impian nak satu level dengan Dato’ Vida / Dato’ Aliff Syukri atau level lebih lagi dari diorang. Kalau boleh ads Fair Fit semua saya nak lain dari yang dah ada dekat market Malaysia sekarang ni.”
Mengusahakan Fair Fit iaitu produk kesihatan yang berfungsi untuk menguruskan badan dan memutihkan kulit serta pelbagai manfaat lain, Cik Epal menjelaskan bisnes miliknya dan suami ini telah dilancarkan pada Februari 2018.
Ditanya strategi perniagaan untuk tahun ini, kongsi Cik Epal, “Lepas ni mungkin saya akan masuk ke arah kosmetik pula. Tapi nak fokus Fair Fit ni bagi big dulu sebab takut buat semua benda dalam satu masa ni jadi tak fokus. Ada juga plan nak masuk clothing line tapi kena tunggu Fair Fit betul-betul stable. To be honest, saya memang tak takut langsung dengan pesaing. Sebab saya tahu kelebihan dan kelemahan saya.
Kelemahan saya, saya akan suruh suami top up supaya saling melengkapi. Sebelum saya nak start bisnes Fair Fit, saya selalu tengok dan kaji sendiri founder-founder
dalam Malaysia ni. Dari observation saja, saya banyak belajar apa kelemahan dan kelebihan diorang. Founder famous dan low profile semua saya tengok. Yang brand lagi famous dari owner ke yang owner lagi famous dari brand ke semua saya observe.Sebenarnya dari observation je kita boleh belajar banyak benda. Sebab tu saya cakap macam previous post saya, anda tak perlu masuk kelas bisnes pun untuk permulaan nak start bisnes. Anda buat dulu, kaji, nanti anda akan faham sendiri selok-belok bisnes,” terangnya penuh semangat.
Hendak jadi usahawan berjaya macam Cik Epal bukan setahun dua bahkan ambil masa bertahun-tahun. Jiwa dan semangat pun kena kuat serta berani ambil risiko. Moga setiap kejayaan dan gaya hidup mewah yang dikongsikan Cik Epal menjadi pencetus semangat kepada wanita muda untuk terus mengejar impian yang belum tertunai.
Kredit: Instagram Cik Epal
This website uses cookies.