Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Ads
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah selamat menjadi suri hati Shazrik Din kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Dengan sekali lafaz, Dynas sah bergelar isteri kepada Syazrik yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga aktres itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001. Dynas menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.
Menyarungkan busana ilham Syaiful Baharim, kejelitaan Dynaz terpantul sempurna dengan sentuhan solekan daripada Syed Faizal. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.
Majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Scha Alyahya, Sazzy Falak, Daphne Iking, Atilia Haron dan rakan-rakan artis yang rapat.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu. Pada 28 April nanti, majlis bertandang akan diadakan di Damansara, Petaling Jaya. Manakala majlis resepsi pula akan menyusul pada 5 Mei depan di sebuah hotel di ibu negara.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun. Di doakan moga Dynaz dan pasangannya kekal bahagia hingga ke Jannah.
Kredit: Syed Faizal dan Atilia Haron
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia masakan kini lebih mudah dengan adanya teknologi dalam pembuatan alatan memasak. Salah satu produk berteknologi tinggi hasil inovasi Philips adalah Airfryer and All-In-One Pressure Cooker dan Airfryer Turbostar The Philips Airfryer.
Dilengkapi dengan sistem memasak terkini, Philips Airfryer and All-In-One Pressure Cooker misalnya membolehkan pengguna memasak dengan mudah tidak kira untuk cara penyediaan slow cook dan pressure cook. Sementara Philips Airfryer pula memudahkan proses menggrill, memanggang mahupun membakar. Malah, ia juga mudah dicuci dan dibersihkan.
Philips Airfryer and All-In-One Pressure Cooker dijual pada harga RM799 seunit. Manakala Airfryer Turbostar The Philips Airfryer berharga RM1, 399 dan RM1, 499 berdasarkan spesifikasi produk ini.
Sempena Hari Malaysia, apa kata anda hidangkan menu ‘perpaduan’ berikut buat seisi keluarga menggunakan peralatan memasak serba canggih Philips.
NASI GORENG KAMPUNG (menggunakan Philips All-In-One Pressure Cooker)
Bahan-bahan:
2 cawan beras Basmathi (dibasuh & ditos)
1 biji bawang
2 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering (direndam dalam air panas)
8 tangkai cili merah (dibuang biji)
5 tangkai cili padi
2 cawan air
1 biji telur
1 ½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak zaitun
Cara membuat:
Masukkan bawang, bawang putih, udang kering, cili padi dan cili merah ke dalam alat pemproses makanan Philips (jika ada) untuk melumatkan bahan-bahan. Sesudah itu, masukkan bahan tadi ke dalam periuk Philips All-In-One Pressure Cooker bersama beras. Perasakan dengan garam. Tuangkan air dan tekan butang RICE dan START. Apabila nasi sudah masak iaitu kira-kira 14 minit, buat lubang di bahagian tengah dan pecahkan telur. Tutup kembali dan biarkan ia masak selama beberapa minit. Selepas lima minit, tuangkan minyak zaitun secukupnya dan gaul semua bahan sebati. Sedia untuk dihidang.
CHICKEN TANDOORI (menggunakan Philips Airfryer)
Bahan-bahan:
2 ketul ayam (bahagian peha)
½ cawan yogurt asli
1 biji bawang (saiz medium & dikisar)
3 ulas bawang putih
1 biji lemon (diambil jus)
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan garam masala
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh lada sulah
Cara membuat:
Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali ayam. Gaul sebati dan perap bahan-bahan tadi bersama ayam yang telah dibersihkan. Biarkan ia perap semalaman. Sesudah itu, masukkan ayam yang sedia diperap ke dalam Grill Pan Airfryer pada suhu 170 darjah Celsius. Grill ayam selama 25 minit. Angkat dan sedia untuk dihidang. Enak dinikmati bersama sos pudina.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula menerusi drama siri Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu, perjalanan anak seni bernama Ummi Naziera ini tak mudah.
Selepas berhempas pulas, memegang watak demi watak akhirnya bakatnya yang tidak sememangnya dapat disangkalkan lagi akhirnya diiktiraf. Selepas 16 tahun bergelumang dalam bidang seni lakonan, akhirnya Ummi Naziera berjaya mengondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik semalam menerusi Anugerah Drama Sangat yang berlangsung semalam.
“Sepanjang 16 tahun saya berlakon di industri, ini merupakan kali pertama saya dapat mengenggam trofi anugerah. Syukur, Alhamdulillah,
“Saya rasa manis. Kemenangan ini cukup manis kerana perjalanan saya sebagai seorang pelakon bukan satu perjalanan yang mudah.” ujarnya.
Menurut pemilik ama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, meski sudah berjaya mendapatkan sebuah anugerah, tidak bermakna dia sudah selesa, malah Ummi masih lagi mahu menimba ilmu dan memperbaiki lakonannya.
“la banyak mengajar saya untuk tidak mengambil mudah akan kerjaya seni saya. Walaupun dah menang, saya tetap masih perlu lakukan yang terbaik bagi kepuasan saya sebagai pelakon.” katanya lagi.
Semalam, Ummi turut berjaya menewaskan beberapa barisan pelakon yang turut tercalon dalam kategori itu seperti Fauziah Ahmad Daud, Fasha Sandha, Nabila Huda, dan juga Siti Saleha.
Tahniah NONA ucapkan kepada Ummi Naziera. Semoga kejayaannya ini terus jadi inspirasi buat semua wanita di luar sana.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MasyaAllah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW! Kelahiran cucu sulung pada 15 Februari lalu nyata memberi sejuta kegembiraan buat pelakon jelita, Datin Mas Anizan...