Fesyen

Intip Gaya LUNA MAYA Padanan Luar Biasa Blazer Klasik Cetus Ilusi ‘Playful’

Pelakon dan model terkenal, Luna Maya sering tampil dengan ‘kejutan’ dalam soal penampilan.

Tidak pernah membosankan lebih-lebih lagi bila menyuai padan pakaian.

Luna Maya gemar ‘meneroka’ dan menjadikan pakaian biasa kelihatan luar biasa.

Seperti berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, Luna Maya pernah ‘mix and match’ antara blazer dengan baju biasa namun penampilannya sangat berbeza!

Selain itu, ketika Luna Maya menyarungkan blazer koleksi Gucci dengan motif monogram dalam warna ungu, blazer yang sangat klasik ini menyerlahkan penampilannya yang formal.

Untuk memberi kesan ‘playfyul’ pula blazer tersebut dipadankan dengan baju berwarna kuning lemon.

Gabungan dua warna daripada dua ton berbeza ini memberikan kesan yang menarik dan luar biasa.

Luna Maya bijak menggabungkan dua warna bersama skirt merah jambu lembut.

Ketiga-tiga warna tersebut dipadankan dengan baik lengkap dengan beg sandang mini putih.

Biarpun penampilan Luna Maya ini sangat formal namun tetap kelihatan ‘sweet’ dan penuh dengan variasi warna.

 

IKLAN
Share