Majlis perkahwinan diraja Putera Mahkota Hussein dan pqasangannya Rajwa Al Saif sememangnya menjadi acara paling dinanti-nantikan di seluruh dunia. Mana tidaknya,  upacara perkahwinan tersebut menjadi medan kerabat diraja dan orang kenamaan  dari seluruh dunia  berkumpul bagi meraikan pasangan baharu di rantau itu.

Ads
Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan
Permaisuri Rania menyambut ketibaan masuk puteranya, Putera Mahkota Hussein sejurus sebelum majlis pernikahan. Turut kelihatan Sultan Brunei antara tetamu diraja yang hadir ke majlis tersebut.

Selain tumpuan terhadap pasangan pengantin diraja, sudah tentu kelibat Permaisuri Rania Abdullah mencuri tumpuan. Untuk majlis bermakna puteranya, Permaisuri Rania mengenakan sehelai ball gown rona hitam dan emas rekaan Dior AW22 Couture Collection yang menawan dengan perincian di bahagian leher dan lengan menggunakan rona keemasan.

Baginda melengkapkan penampilan dengan sepasang tas tangan kecil keemasan dan aksesori berupa anting-anting keemasan senada dengan busana yang dikenakan.

Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan

Timbul perdebatan sebelum ini sama ada Permaisuri Rania akan menggayakan tiara di majlis pernikahan puteranya itu namun baginda memilih untuk kelihatan elegan dalam gaya tersendiri tanpa mengenakan tiara di majlis tersebut.

Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan
Foto: AFP

Keluarga dan para tetamu mereka berkumpul di bumbung terbuka yang dihiasi dengan bunga dan dikelilingi taman berlandskap untuk majlis perkahwinan tradisional Muslim yang dikenali sebagai ‘katb al-ketab.’ Orang ramai bertepuk tangan selepas menandatangani perakuan akad nikah.

Ads

Sebelum ini, Permaisuri Rania menggayakan kaftan bespoke collection Saiid Koebsiy untuk majlis berinai bakal menantunya itu. Gaun kaftan rona powder blue itu mempunyai perincian jemeki yang eksklusif dan menampilkan lagi sisi elegan Permaisuri Rania yang sememangnya menjadi ikon fesyen dunia.

Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan

Ads

Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan

Tidak lengkap jika tidak melihatn busana pengantin Rajwa Al Saif yang anggun mengenakan gaun rekaan pereka fesyen Lebonan, Elle Saab Bridal. Ramai memuji gaun pengantin yang digayakan oleh Rajwa yang tampil minimalis dan sopan dalam gaya tersendiri.

Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan
Putera William & Kate Middleton
Intip Pereka Fesyen Pilihan PERMAISURI RANIA & Menantu Di Majlis Perkahwinan Diraja Jordan
Puteri Iman dan Puteri Salma, paduka anakanda Permaisuri Rania dan Raja Abdullah turut berangkat ke majlis perkahwinan diraja.

Antara kerabat diraja yang menghadiri majlis perkahwinan diraja Jordan termasuklah Putera William dan isterinya, Kate Middleton. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah KDYMM  Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI