Majlis perkahwinan diraja Putera Mahkota Hussein dan pqasangannya Rajwa Al Saif sememangnya menjadi acara paling dinanti-nantikan di seluruh dunia. Mana tidaknya, upacara perkahwinan tersebut menjadi medan kerabat diraja dan orang kenamaan dari seluruh dunia berkumpul bagi meraikan pasangan baharu di rantau itu.
Selain tumpuan terhadap pasangan pengantin diraja, sudah tentu kelibat Permaisuri Rania Abdullah mencuri tumpuan. Untuk majlis bermakna puteranya, Permaisuri Rania mengenakan sehelai ball gown rona hitam dan emas rekaan Dior AW22 Couture Collection yang menawan dengan perincian di bahagian leher dan lengan menggunakan rona keemasan.
Baginda melengkapkan penampilan dengan sepasang tas tangan kecil keemasan dan aksesori berupa anting-anting keemasan senada dengan busana yang dikenakan.
Timbul perdebatan sebelum ini sama ada Permaisuri Rania akan menggayakan tiara di majlis pernikahan puteranya itu namun baginda memilih untuk kelihatan elegan dalam gaya tersendiri tanpa mengenakan tiara di majlis tersebut.
Keluarga dan para tetamu mereka berkumpul di bumbung terbuka yang dihiasi dengan bunga dan dikelilingi taman berlandskap untuk majlis perkahwinan tradisional Muslim yang dikenali sebagai ‘katb al-ketab.’ Orang ramai bertepuk tangan selepas menandatangani perakuan akad nikah.
Sebelum ini, Permaisuri Rania menggayakan kaftan bespoke collection Saiid Koebsiy untuk majlis berinai bakal menantunya itu. Gaun kaftan rona powder blue itu mempunyai perincian jemeki yang eksklusif dan menampilkan lagi sisi elegan Permaisuri Rania yang sememangnya menjadi ikon fesyen dunia.
Tidak lengkap jika tidak melihatn busana pengantin Rajwa Al Saif yang anggun mengenakan gaun rekaan pereka fesyen Lebonan, Elle Saab Bridal. Ramai memuji gaun pengantin yang digayakan oleh Rajwa yang tampil minimalis dan sopan dalam gaya tersendiri.
Antara kerabat diraja yang menghadiri majlis perkahwinan diraja Jordan termasuklah Putera William dan isterinya, Kate Middleton. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
This website uses cookies.