Siapa yang tak mengenali pelakon dan bekas model yang merupakan bekas peserta program Dewi Remaja, Mawar Rashid atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid.
Ads
Dan baru-baru ini, isteri kepada Raff Yaakob itu berkongsi berita gembira di mana dia dipertemukan dengan adik kandungnya yang terpisah selama 23 tahun!
Mengakui sebak dan teruja bergelar kakak, Mawar berkongsikan foto mereka berdua bergambar bersama di laman sosial Instagramnya. “Inilah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, bercakap dan dan kenal antara satu sama lain,” tulis Mawar.
Dikenali sebagai Aireen, adik kandung Mawar ini merupakan hasil perkongsiap hidup arwah ayah Mawar yang memiliki tiga orang isteri, di mana Mawar merupakan anak isteri kedua ayahnya.
“Tapi Mawar tak pernah jumpa adik beradik Mawar dari isteri nombor tiga itu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa itu masih kecil, umur Mawar 5 tahun,” kongsi Mawar.
Ads
“Aireen ada seorang lagi adik perempuan. Jadi kiranya Mawar ada dua orang lagi adik kandung perempuan. Selama ini berangan jadi anak bongsu, tapi sebenarnya Mawar ada adik lagi.”
Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa apabila Mawar berjumpa Aireen. Mawar juga sempat menitipkan perasaan rindunya terhadap arwah ayahnya dan meminta pengikut dan peminatnya untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahnya.
Ads
Malah Mawar mengakui wajah adik kandungnya saling tidak tumpah dengan arwah ayahnya. “Rindu sangat kat arwah papa, sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Arwah Papa Mawar, Dato Haji Wan Abdul Rashid.”
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, tahniah buat Siti Sairah Taruddin yang kini sedang berbadan dua. Alhamdulillah, hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan sejak Februari lalu.. adik perempuan kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya menerima perkhabaran gembira. Terbuka berkongsi foto imbasan kandungannya baru-baru ini, laman Instagram Sairah dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminat.
Ketika menghubungi isteri kepada Mohd Sharidan Johari ini, Sairah dalam nada teruja meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah tersebut. Luahnya, “Alhamdulillah sekarang ni dah ok sikit. Masa awal-awal tu mabuk teruk. Muntah-muntah dan tak boleh bau makanan. Tak sedar pun pregnant tapi awal dulu macam rasa dah pening-pening tapi ok lagi. Dalam sebulan lebih baru pegi check.”
Untung Sairah dan suami kerana dikurniakan rezeki anak secepat ini. Nona doakan kesihatan ibu dan anak yang sedang dikandung ini sentiasa berada dalam keadaan baik sehinggalah detik kelahiran kelak.
Dengan berita kehamilan ini, Sairah bakal menimang cahaya mata keempat manakala ia adalah zuriat sulung bagi Sharidan. Ini merupakan perkahwinan kedua Sairah selepas berpisah dengan bekas suami pada 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sairah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, manisnya dia! Tambah-tambah lagi bila pakai baju kurung cotton. Dah macam pelajar sekolah.
Tak mahu ketinggalan menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia hari ini, penampilan Sharifah Amani di salah sebuah pusat mengundi di Damansara pagi tadi nyata mencuri tumpuan ramai. Bukan hanya membuatkan para pengundi di sana menoleh beberapa kali, malah netizen di media sosial juga memberikan komen-komen ‘comel’ tentang gaya aktres berbakat besar tersebut.
“Syukur Alhamdulillah. For a better future for us all InsyaAllah. Voting is important. Not just for me or my family but for all that consider themselves Rakyat. Congratulations to all of you that did whatever you could to go out and vote.
This is how we prove our love to our beloved country. Syabas rakyat Malaysia. Semoga kami semua diizinkan masa depan yang lebih baik. Mudah-mudahan Allah setuju.”
Dalam pada itu, Amani turut berkongsi beberapa foto sepanjang sesi mengundi pagi tadi bersama bapa dan ibunda tercinta, Fatimah Abu Bakar dan kakaknya, Sharifah Aleya. Gadis berkulit cerah ini juga sempat memuat naik gambar nenda tersayang yang kini berusia 84 tahun dan masih taat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Satu keluarga sporting!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran Nur Dhabitah Sabri dalam arena sukan terjun di samping atlet berbakat besar seperti Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee terbukti berjaya melonjakkan nama negara dalam sukan berkenaan. Meniti usia 22 tahun, Dhabitah sememangnya memiliki aura tersendiri terutamanya ketika menyertai pertandingan.
Malah pesona anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga pernah menarik perhatian media antarabangsa sewaktu temasya Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sikapnya yang gemar tersenyum!
Mengimbas kembali momen Dhabitah dalam acara sukan dunia kira-kira lima tahun lalu, namanya meniti di bibir peminat sukan seluruh dunia yang tertawan dengan senyuman manis atlet muda ini. Walau terjunan Dhabitah ketika bertanding kurang kemas namun dia tetap melempar senyuman kepada penonton.
Aura positif Dhabitah cukup menyenangkan hingga rata-rata mereka yang menyaksikan acara sukan berkenaan memuji atlet kebanggaan Malaysia ini. Menyedari namanya diperkatakan ramai waktu itu, empunya diri berkata tindakannya yang dilihat sering tersenyum sebelum dan selepas membuat terjunan adalah kerana mahu menghilangkan perasaan gemuruh.
Hari ini, 1 Ogos 2021… Dhabitah sekali lagi menjadi bualan peminat sukan apabila kekal membawa aura positif dan mengukir senyuman tiap kali sebelum membuat terjunan di pentas akhir acara 3 meter papan anjal Olimpik Tokyo 2020.
Cukup konsisten sepanjang melakukan lima terjunan, Dhabitah mengakhiri acara tersebut di tempat keempat dengan 326.15 mata. Hanya dipisahkan 17.6 mata daripada atlet USA, Krysta Palmer yang mengutip 343.75 mata.
Walau tidak kesampaian membawa pingat Olimpik untuk negara namun Dhabitah berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan. Malah ketika ditemu bual Astro Arena sejurus acara tamat, Dhabitah yang mengalirkan air mata kegembiraan berkata, “Saya tak rasa pulang dengan tangan kosong, saya balik dengan something iaitu experience.”
Dilahirkan pada 12 Julai 1999, anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas kedua-dua ibu bapanya menyedari minat Dhabitah dalam bidang berkenaan sejak kanak-kanak lagi.
Dhabitah (kiri) sekitar tahun 2008
Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai pencapaian membanggakan. Antaranya Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil (Atlet Sukan Wanita Terbaik), 100 Plus Sports Awards (Atlet Harapan Malaysia 2016), pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014, pingat emas Asian Diving Cup 2015, FINA Diving Grand Prix, Sukan SEA 2015, Sukan SEA 2017 dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.
Atas kejayaan cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Lebih membanggakan, atlet ini turut menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.
Dhabitah ketika terima pingat kebesaran YDP Agong ketika dia baru berusia 20 tahunDi samping ibu tersayang
Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu, Dhabitah dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW). Moga kejayaan yang diraih Dhabitah terus menjadi inspirasi dan pencetus semangat buat ramai wanita untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Kredit foto: Instagram Nur Dhabitah Sabri / Astro Arena
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.Penampilannya yang menawan dan fit...