Iron Man Sebenar, Elon Musk Kini Individu Terkaya Dunia 2021

Nama anak, X Æ A-Xii. Bagaimana sebutan nama bayi lelaki ini, adakah ‘X Ash A Twelve’? Pelik, namun itulah pilihan nama bayi jutawan teknologi, Elon Musk dan pasangannya, Grimes.

Mengakui bertemu buat pertama kali di Twitter, Elon Musk, 49 tahun dan Grimes, 32 tahun, mula dilihat berdua-duaan pada tahun 2018.

Sejak itu, pasangan ini kerap muncul di pelbagai acara rasmi misalnya sewaktu pelancaran Tesla di Shanghai dan Cybertruck milik Tesla.

Bayi yang dilahirkan pada 4 Mei 2020 itu merupakan anak keenam Elon Musk dan yang pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi Kanada, Grimes atau nama sebenarnya Claire Elise Boucher.

Walau bagaimanapun, mereka akhirnya terpaksa menukar nama tersebut menjadi X-A-12 selepas undang-undang California tidak membenarkan angka didaftar sebagai nama dalam sijil kelahiran.

“Angka Roman. Nampak lebih baik. Satu tanda sengkang (dash) dibenarkan (dalam sijil kelahiran),” tulis Grimes dalam ciapan beliau.

Bayi sulung dengan nama unik itu merupakan anak keenam Musk yang sebelum ini sudah mempunyai lima anak dari perkahwinan terdahulu iaitu kembar bernama Griffin dan Xavier serta triplets bernama Damian, Saxon dan Kai.

TERKAYA

Elon Musk juga kerap digelar Tony Stark atau Iron Man di dunia nyata.

Merevolusi industri penerbangan angkasa dengan SpaceX, mengubah dunia kereta elektrik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, dan memacu bidang neurosains serta pengangkutan dengan Neuralink dan Boring Company adalah kerja-kerja di bawah kendalian Elon Musk.

Kini sebagai pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih US$190 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

Foto: The New York Times

Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.

Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih US$150 bilion.

Musk memegang kira-kira 20 peratus ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar 42 juta dolar US, menurut laporan SEC.

Dua individu terkaya di dunia, Elon Musk dan Jeff Bezos

Sementara itu, penularan wabak COVID-19 telah menambah nilai kekayaan hartawan kerana syarikat teknologi menjadi kegemaran ekoran prestasi kukuh dalam pasaran saham. Saham Tesla naik 7.94 peratus pada Khamis, mencecah US$816 pada penutup.

Usahawan kelahiran Afrika Selatan itu kini memintas jutawan-jutawan lain termasuk pengasas Facebook Mark Zuckerberg serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault.

Sumber: Astro Awani dan Google

IKLAN
Share