Terhibur dengan gelagat Isaac Raees. Sesiapa pun yang tengok telatah anak selebriti ini pasti tertawan dengan kecomelan buah hati Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza berkenaan.
Lumrah menjadi anak selebriti, Isaac juga tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi melihat gelagat anak kecil ini yang petah berbicara dan fasih cakap Melayu!
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Isaac Raees Buah Hati Zahirah & Aiman
Dilaporkan aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah turut mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa cakap Melayu dengan anak lelaki sulung mereka.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.
View this post on Instagram
5 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran Isaac Raees. Diam tak diam, sudah empat tahun usia permata hati Aiman dan Zahirah ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan selebriti romantis tersebut mengadakan majlis ulang tahun kelahiran ke-4 Isaac Raees bertemakan kereta ‘Super Fast’ baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, keluarga bahagia ini tampil sedondon dalam t-shirt rona biru gelap.
Happy Birthday Isaac Raees!
Sebagai ibu, Zahirah tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat Isaac. “Happiest 4th birthday my first-born baby. Mummy, Daddy & Inara love you so much!!”
Sementara itu, Aiman juga mengambil kesempatan meluahkan ucapan istimewa buat anak kesayangan.
“Happy 4th birthday Isaac Raees. Daddy is so proud of you. You are such a wonderful son. You are such a sweetheart and loving. Daddy doakan Isaac jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. I love you my son!”
Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya ini pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Suri hati Aiman Hakim ini juga menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi perempuan pada 31 Disember 2024.Puteri kesayangan Aiman dan Zahirah ini diberi nama Inara Raisa.
Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.