Ujian hidup dalam rumahtangga adalah perkara biasa. Ujian kesenangan dan kesusahan perlu ditempuh dengan sabar. Isteri Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah menunjukkan contoh terbaik sebagai seorang isteri.

Ads

Masih teringat luahan hati pelawak dan pengacara popular ini sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Nur Hasanah Yahaya yang ke-31 tahun lalu.

Isteri ACHEY Pernah Gadai Gelang Kahwin, Pengorbanannya Berbaloi! Dapat Birthday Gift Kereta MEWAH!
Foto: Instagram @anne_achey
Isteri ACHEY Pernah Gadai Gelang Kahwin, Pengorbanannya Berbaloi! Dapat Birthday Gift Kereta MEWAH!
Foto: Instagram @anne_achey

Menurut Achey, isterinya itu seorang yang cukup cekal dalam kepayahan dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

“Susahnya dahulu ketika mula berkahwin, takkan saya lupa. Namun, dia tenang hadapi bersama. Dia pernah menjadi tukang cuci di bank, menjual burger depan bengkel beratapkan kanvas dan gadai gelang perkahwinan.

Isteri ACHEY Pernah Gadai Gelang Kahwin, Pengorbanannya Berbaloi! Dapat Birthday Gift Kereta MEWAH!
Foto: Instagram @anne_achey

Apa yang dia tak buat dulu demi bantu saya? Semua yang halal dia buat janji lepas,” tulis Achey menerusi hantaran di Instagram milik peribadinya pada 21 April 2021.

Nampaknya tahun ini wanita yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan Achey ini telah menerima kejutan lebih awal bersempena hari jadinya yang jatuh pada 21 April.

Isteri ACHEY Pernah Gadai Gelang Kahwin, Pengorbanannya Berbaloi! Dapat Birthday Gift Kereta MEWAH!
Foto: Instagram @anne_achey

Kejutan kali ini lebih bermakna apabila suami tersayang memberi hadiah sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna putih. Wow! memang mengancam hadiah hari jadi tahun ini.

Nur Hasanah atau lebih mesra disapa Anne ini telah menzahirkan rasa syukurnya di atas ‘early birthday gift‘ ini.

Ads
Isteri ACHEY Pernah Gadai Gelang Kahwin, Pengorbanannya Berbaloi! Dapat Birthday Gift Kereta MEWAH!
Foto: Instagram @anne_achey

“Alhamdulillah terima kasih Achey bagi hadiah birthday awal. Awal betul ni, dia kata boleh buat raya,” tulis isteri Achey Bocey ini di laman media sosial milik peribadinya yang sebelum menerima hadiah sebuah kereta Audi daripada suami tercinta.

Tambahnya lagi, “Patutla asyik la hint kita saja. Muat lagi ke awak keluar dengan Tiara dan kawan kalau naik kereta Audi tu. Kita cakap la boleh la, selit-selit. Rupanya dia dah rancang awal, thank you,” tulisnya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey)

Beruntung Nur Hasanah kerana mempunyai suami yang sentiasa ingat saat susah senang bersama.

Menurut Nur Hasanah suaminya menghadiahkan kereta tersebut demi keselesaan keluarganya memandangkan anak mereka sudah semakin membesar.

Isteri ACHEY Pernah Gadai Gelang Kahwin, Pengorbanannya Berbaloi! Dapat Birthday Gift Kereta MEWAH!
Foto: Instagram @anne_achey

Achey telah mendirikan rumahtangga bersama Nur Hasanah sejak 11 tahun lalu dan kini bahagia bersama seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Baca juga; Kerja Keras Zara Zya Capai Impian Suntik Inspirasi, Usia 37 Sukses Segalanya!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI