Fazema Mohd Fuad, isteri kepada pelakon aksi Adam Corrie sebelum ini kelihatan agak berisi namun kini berat badannya susut sehingga membuatkan ramai tertanya-tanya adakah dia sedang berdiet.
Akui Fazema, beliau tidak sakit. Dia sebenarnya menghidap penyakit PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik dan kini sedang dalam proses menjaga kesihatan termasuk menurunkan berat badan. Fazema turut berkongsi tip bagaimana dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16 kg dalam masa tiga bulan.
“Saya mengamalkan berjalan laju atau brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal. Paling lewat tidur pun pukul 9.00 malam. Alhamdulillah hanya dalam masa tiga bulan berjaya menurunkan 16 kg berat berat badan. Terima kasih kerana mengambil berat tentang diri saya.”
Menurut Fazema, bukan mudah untuk wanita yang menghidap PCOS serta berusia pertengahan 40an sepertinya menurunkan berat badan. Namun dia tetap ingin mencuba dengan nengamalkan diet suku suku separuh. Ternyata usaha Fazema membuahkan hasil.
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.
1. Pengidap PCOS mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, hirsutism, rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
2. PCOS melibatkan 5-10 peratus wanita dalam usia reproduktif mereka.
3. Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea
dan banyak lagi masalah jangka masa panjang.4. Boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar. Namun, terdapat ubat-ubat kesuburan yang boleh membantu masalah ini.
5. Gejala PCOS mungkin berbeza-beza (ringan atau lebih teruk).
6. Simptom PCOS termasuklah: –
-Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali.
-Hirsutism (mempunyai banyak bulu di muka atau badan).
-Kehilangan rambut.
-Obesiti.
-Jerawat atau kulit muka berminyak.
-Kemurungan atau berubah suasana hati.
Sumber: SinarPlus
This website uses cookies.