Allahu, sememangnya setiap aturan Allah itu adalah yang terindah dan paling sempurna. Pada saat isteri Ajak Shiro diberi ujian tidak dapat masuk ke Raudhah, Dia Yang Maha Penyayang menggantikan rezeki tersebut kepada dua anak lelakinya untuk bersolat dan mendoakan ibu mereka di taman syurga idaman para muslimin dan muslimat.
Paling menggembirakan Ajak dan isterinya, Afifah Amin… rezeki yang diberikan Allah kepada kedua-dua anak mereka itu bukan sekadar mengerjakan solat di sana semata-mata. Bahkan berpeluang solat di saf paling hadapan sambil dikawal khas pasukan keselamatan yang berada di dalam Raudhah. MashaAllah, besar sungguh nikmat yang Allah berikan kepada keluarga ini.
Kongsi pelawak, deejay radio dan juga pengacara terkenal ini, “Perancangan Allah sangat hebat. Allah gantikan rezeki ibu kepada anak-anak yang ibu lahirkan. Allah jemput dia berdua. Malaha diberi kawalan khas pada Jad dan Had. Tak perlu beratur, berpuluh ribu orang di belakang sana. Tapi ini rezeki kamu nak.
Sumpah takda benda lain yang lebih menggembirakan Baba. Kamu solat di Raudhah. Nikmatilah taman syurga yang dikurniakan di dunia ini. Allah Maha Besar… penentu rezeki seseorang.”
Berangkat ke Tanah Suci lima hari lalu, kunjungan Ajak dan isteri kali ini turut ditemani tiga anak mereka iaitu Mohamad Jad Thaqif (9 tahun), Mohamad Had Thaqif (6 tahun) dan Nada Soffea berusia 4 tahun. Lebih manis, ketiga-tiganya baru sahaj menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing pada tarikh yang sama iaitu 25 Mac.
Hanya tiga hari berada di Mekah, isteri Ajak tidak mampu mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna apabila dia diduga ‘datang bulan’. Dalam nada sedih, Afifah yang sudah lama memasang niat untuk solat di Raudhah meluahkan kesedihan kepada suami kerana terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Kongsi Ajak, dia yang ketika itu mahu pergi sembahyang Subuh terkejut melihat kelibat isteri tercinta yang sedang menangis selepas usahanya untuk memasuki Raudhah sejak malam sebelumnya tidak kesampaian.
“Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi. Tapi tak dapat. Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang. Ini kali kedua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini. Takpa sayang, inshaAllah… Raudhah ialah syurga dunia.
Awak menangis teresak-esak tak dapat masuk. Baba doakan Allah berikan syurga sebenar untuk ibu nanti. InshaAllah. Ibu pohon rezeki dengan Allah. Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu ke sini lagi. Aminnn…”
Semua yang berlaku atas ketentuan Allah dan sebagai hambaNya, yakin dan reda dengan takdir yang sudah tertulis. Pasti ada kemanisan yang Dia hadirkan buat mereka yang sabar.
Kredit: Instagram Ajak Shiro
This website uses cookies.