Musim Raja Buah kembali, cuma kali ini tiadalah nikmat kendurian atau makan secara terbuka di tepi jalan. Baunya yang harum sudah memanggil-manggil, penggemar durian tentu dah tak sabar nak menjamah isi durian yang lemak manis.
Satu suasana yang menarik dan tidak terdapat di mana-mana negara lain selain Malaysia, adalah kecintaan rakyat kita terhadap buah tempatan ini.
Ads
Nona tertarik dengan perkongsian isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad tentang ilmu makan durian.
Ibu kepada enam orang anak ini tidak lokek berkongsi petua menghilangkan bau durian yang melekat di tangan.
“Kalau makan durian mesti tangan berbau durian, payah nak hilang. Saya kongsikan petua bagaimana nak hilangkan bau durian…”
“Ambil pangsa durian, letakkan air di dalam dan cuci tangan menggunakan air itu. Kemudian untuk menghapuskan baunya dengan lebih berkesan lagi, cuci tangan dengan menggunakan air lemon atau sabun aroma limau.”
Jadi pada yang berhajat nak makan durian dengan famili, sekarang tak perlu risau dengan bau tangan yang kuat. Ikut je petua tu. Datin Seri Masdiana ni hebat tau, tengoklah teknik beliau kopek sendiri buah ni.
TIP LAIN
Ads
Bau durian yang kuat juga boleh melekat di dalam kereta apabila dibawa pulang. Tak kira apa pun cara yang dipilih untuk menyimpan durian; sama ada dalam bekas kedap udara, beg Ziploc atau plastik cling wrap, bau durian tetap ‘meraung’ di mana-mana.
Tip mudah hilangkan bau durian:
(1) Bancuh secawan kopi dan letakkan di atas meja dapur atau di ruang makan. Hasilnya bau durian yang kuat akan berkurangan dalam masa yang singkat.
(2) Pastikan buah durian dibawa pulang dengan tangkainya sekali. Caranya, patahkan tangkai durian dan belah sedikit di bahagian tengah. Selitkan tangkai pada jejaring hawa dingin di dalam kereta seperti anda meletakkan car freshener.
Ads
(3) Letakkan beberapa keping roti putih di atas meja dan biarkan beberapa hari. Roti dikatakan dapat menyerap bau-bauan yang tidak enak dengan berkesan.
(4) Selepas makan durian jangan buang pangsanya. Simpan satu pangsa, isikan air dan berkumur dengan air tu kerana ia boleh menghilangkan bau mulut. Ada juga yang akan minum air dari pangsanya kerana dikatakan dapat menghalang sakit tekak akibat terlalu banyak makan durian.
Kedengarannya memang tidak saintifik, tetapi petua ini sudah bergenerasi diamalkan orang dan ada yang percaya ia mujarab.
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astaghfirullah Al Azim, mengucap panjang bila terbaca berita tentang kes ini.
Ibu, insan yang sepatutnya membelai manja dan melindungi anak-anak tergamak membiarkan dua anak gadisnya dinodai lelaki asing. Lebih menyedihkan, kanak-kanak perempuan yang baru berusia 10 dan 13 tahun itu dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh sambil dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh tertuduh sendiri.
Difahamkan selepas selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, ibu berhati batu tersebut menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya hanya menerima bayaran serendah RM1,RM5, RM10 dan RM20. Aduh, begitu murahnya maruah dan harga diri kanak-kanak perempuan ini di mata ibu mereka!
Rentetan aktiviti pelacuran yang dirancang ibu tunggal itu sendiri, dia dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit bulan lepas.
Atas semua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai dua orang anak lagi berusia empat dan lima tahun didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50, 000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.
Ke manakah hilang rasa kasih sayang terhadap anak-anak apabila kes melibatkan pelacuran dan sumbang mahram yang dilakukan ibu bapa semakin meningkat? Adakah masyarakat hari ini semakin sakit dan hilang pertimbangan? Moga apa yang terjadi hari ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Usah musnahkan masa depan mereka yang tidak berdosa!
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak menceburi dunia politik pada 1990-an, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menjadikan hak serta kebajikan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai perjuangan utamanya.
Baru-baru ini beliau menyuarakan kekecewaannya terhadap kurangnya galakan terhadap penyertaan wanita dalam politik termasuk dalam membuat keputusan.
Sedangkan, bagi Tan Sri Shahrizat wanita telah menjadi tulang belakang politik negara sejak era kemerdekaan.
“Kita tidak mampu untuk bercakap perkara dan matlamat sama untuk lebih 20 tahun kemudiannya.
“Wanita telah menjadi tulang belakang politik Malaysia sejak merdeka dan sudah tiba masanya apabila kita melihat sekeliling Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kita melihat sama banyak wanita dalam dewan kuasa itu seperti yang terdapat dalam masyarakat sekarang, dan bukannya (hanya) 14 peratus ahli Parlimen wanita,” katanya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.
Beliau yang juga bekas Ketua Wanita UMNO menegaskan, pelbagai halangan yang dihadapi wanita dalam politik, seperti perlu membuktikan nilai kepada rakan politik lelaki dan mengharungi pelbagai serangan jantina.
Oleh itu katanya, sudah tiba masa pemimpin negara mengiktiraf kemampuan wanita untuk mengemudi Malaysia ke arah yang lebih baik.
“Saya gembira kerana isu wanita dalam politik menarik perhatian menjelang pilihan raya akan datang.
“Apabila kita bangkit daripada COVID-19, sudah tiba masanya untuk berimpian besar. Wanita adalah separuh daripada penduduk, pengundi dan turut terjejas sepenuhnya dengan isu-isu yang mempengaruhi negara.
“Sudah tiba masanya untuk membawa penyertaan wanita dalam politik ke peringkat seterusnya,” ujar Tan Sri Shahrizat.
Semoga selepas ini lebih banyak pembabitan kaum wanita di arena politik agar hak serta kebajikan kaum Haum sentiasa terbela dan diperjuangkan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah tentu pelbagai persiapan sedang rancak dilakukan untuk menyambut kedatangan tahun arnab ini. Arnab dalam Zodiak Cina melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan, cepat dan kesuburan.
Jadi, soal pemakanan juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian untuk menyambut kedatangan tahun baharu ini.
Usah risau menyediakan hidangan untuk makan besar bersama keluarga sempena Tahun Baru Cina kali ini kerana Samsung memperkenalkan ketuhar gelombang mikro dengan fungsi memanggang yang memudahkan tugas memasak di dapur!
Grill Microwave Oven with Healthy Grill Fry Function terbaharu dari Samsung ini mempunyai ciri-ciri istimewa yang sememangnya memenuhi aspek gaya hidup masa kini yang mementingkan makanan yang sihat, berkualiti tetapi menjimatkan masa memasak.
Antara ciri istimewa yang ditawarkan Samsung Grill Microwave Oven dengan fungsi pemanggangan sihat ini jelas terlihat dari sudut rekaannya yang unik dan moden di mana ia dilengkapi teknologi sentuhan kaca pada panel tetapan. Sekali pandang, ia jelas kelihatan premium dan amat bersesuaian untuk dapur moden masa kini.
Model Samsung Bespoke ini sememangnya kelihatan premium untuk dapur moden masa kini apatah lagi disertakan dengan ciri-ciri yang memudahkan kerja menyediakan menu untuk keluarga!
Untuk model Samsung Grill Microwave Oven 30L yang penulis gunakan ini, ia membawakan kod warna Glam Sky Blue yang merupakan pilihan warna yang baharu diperkenalkan oleh Samsung. Selain daripada warna ini, anda juga boleh memilih dua warna baharu yang lain seperti Jeju Yellow dan Jeju Green atau anda juga boleh mendapatkan tiga warna sedia ada seperti Clean Pink, Clean Mint dan Pure Black.
Penulis sememangnya jatuh cinta terhadap rona Glam Sky Blue pada pandangan kasar ia kelihatan seperti warna kelabu kebiruan. Apabila ia diletakkan di bawah pencahayaan yang baik, warnanya seakan berubah sedikit tetapi ia tidak memberi kesan langsung terhadap definisi ketuhar gelombang mikro dengan sentuhan moden.
Menyentuh mengenai saiz dan berat pula, ia mempunyai saiz yang sederhana dan bersesuaian dengan table top dapur sederhana hingga ke dapur moden yang lengkap dan canggih dengan pelbagai peralatan memasak yang moden.
Menurut laman rasmi Samsung, ketuhar ini menampilkan saiz luaran sebesar 517 x 297.3 x 425.3 mm, manakala ruang muatan sekitar 20/40ft dan berat 15.9kg. Ia tergolong dalam kategori convection. Ia dilengkapi dengan sistem pengedaran berganda atau Triple Distribution System yang unik.
Sistem ini membantu mengedarkan gelombang mikro dalam 3 arah berbeza, supaya ia mencapai setiap sudut dan menembusi makanan di setiap bahagian. Hasilnya, makanan akan dimasak dengan lebih teliti dan sekata.
Berpeluang mencuba sendiri produk ini, penulis menyediakan ayam panggang dengan menggunakan mode memanggang menggunakan teknologi gelombang mikro. Hasilnya, penulis mampu menyediakan hidangan ayam panggang dengan kaedah memanggang yang sekata dan masak sempurna!
Selain sesuai untuk hidangan berat seperti lauk pauk yang berasaskan ayam, ikan dan daging, Samsung Grill Microwave Oven 30L ini juga boleh digunakan untuk pamanasan manisan seperti kek, pastri serta puding.
Usai proses menyediakan hidangan, kini tugas membersihkan Samsung Grill Microwave Oven 30L ini tidaklah mengambil masa yang lama untuk dibersihkan kerana ia mudah untuk dibersihkan selain disertakan perlindungan anti bakteria dan bahagian interior yang hygienic dan durable. Penulis amat berterima kasih terhadap bahagian ketuhar yang diperbuat daripada seramik jenis enamel yang tidak membuatkan kotoran minyak melekat lebih dalam pada binaannya. Walau secanggih mana pun teknologi yang diperlihatkan, tanpa binaan untuk ketuhar yang mudah dibersihkan, pasti ia tidak cukup untuk menarik minat para ibu di dapur bukan?
Jadi, usah buang terlalu banyak masa menyediakan hidangan untuk musim perayaan ini jika anda memiliki ‘pembantu’ khas di dapur. Samsung Grill Microwave Oven adalah pembantu terbaik menyediakan hidangan musim perayaan yang sihat untuk seisi keluarga!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...