Sekalung tahniah diucapkan buat isteri penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella yang menerima pengurniaan pingat daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini. Istiadat pengurniaan pingat kebesaran berlangsung di Istana Negara.
Pada majlis itu, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin hadir menemani isteri tercinta iaitu Intan Nur Fathihah.
Selebriti yang pernah berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak dalam persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Sementara isterinya, anggun dalam busana tradisi rona pastel pic sedondon dengan tudung.
Menerusi perkongsian foto di media sosial milik Zarul, jelas terpancar wajah teruja dan syukur pasangan romantis ini. Di samping mengabadikan momen istimewa tersebut buat kenang-kenangan.
Ujar Zarul, “Alhamdulillah, tahniah buat isteri atas pengurniaan Pingat Pangkuan Negara PPN oleh YDPA.”
Artikel berkaitan https://www.nona.my/hari-ni-genap-14-tahun-perkahwinan-kita-macam-macam-kita-dah-tempuh-sama-sama-luahan-zarul-umbrella-buat-isteri/
Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.
Zarul mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 25 April 2009. Menerusi perkahwinan terdahulu, Zarul dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Ayu Nur Arisya berusia 22 tahun.
Selain aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul turut aktif sebagai YouTube Vloger.
TENGKU ZADORA Pastikan WAARNA Dapat Puaskan Hati Pelanggan, Cipta Sendiri Corak Skarf Eksklusif!
Kebanjiran jenama tudung di pasaran sememangnya memberi limpahan rezeki buat empunya jenama melebarkan sayap memperkenalkan jenama masing-masing bagi memenuhi permintaan hijabi.
Jenama Waarna yang menjengah pasaran sejak Jun 2015 merupakan antara jenama custom prints yang mendapat tempat di hati para pelanggan yang gemarkan rekaan tudung yang eksklusif.
Bagi Tengku Zadora Tengku Ahmad Zainal Abideen, dia tidak menyangka perniagaan skaf dengan rekaan corak eksklusif di bawah label Waarna mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelanggan kerana perniagaan yang dimulakan dari hobi semata-mata itu kini merupakan antara jenama tudung yang sering menjadi sebutan di kalangan hijabi.
“Jenama Waarna ditubuhkan sejak Jun 2015 lagi. Bermula dari hanya suka-suka dan secara sambilan, tanpa saya sedari ia semakin mendapat sambutan di kalangan peminat selendang bercorak,” ujar Tengku Zadora ketika ditemui di sesi fotografi bersama majalah NONA di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini.
“Saya memulakan perniagaan ini secara sambilan kerana ketika itu saya masih bertugas sebagai guru bahasa di Universiti Malaysia Perlis. Namun dek kerana minat terhadap selendang bercorak dan eksklusif, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri corak dan rekaan dengan bantuan suami tersayang,” ujar Tengku Zadora yang mesra disapa Tengku Dora.
Tambah bekas guru bahasa di Universiti Malaysia Perlis ini lagi, memandangkan dirinya sering berulang alik dari Perlis ke Kuala Lumpur untuk menguruskan perniagaan, Tengku Zadora tidak ralat terpaksa melepaskan jawatan sebagai guru bahasa bagi mengejar cita-citanya untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
“Pada awal ianya bermula dari minat saya sendiri dengan skaf dan skaf bercorak. Saya sememangnya seorang yang gemarkan skaf bercorak yang nampak eksklusif dan jarang digayakan oleh orang lain.
Pada ketika itu, agar sukar untuk mendapatkan selendang bercorak pada harga yang berpatutan dan kebanyakan jenama yang ada ketika itu agak mahal dan hanya jenama-jenama tertentu sahaja yang berada di pasaran. Atas keinginan sendiri, saya dan suami terfikir untuk menghasilkan selendang yang nampak mahal dan eksklusif tetapi pada harga yang berpatutan. Dari situlah segalanya bermula mengenai jenama Waaraa,” ujar ibu kepada seorang cahayamata ini.
“Dari segi corak, pemilihan warna, konsep dan pembungkusan turut memainkan peranan penting dalam memastikan jenama Waarna kekal relevan dan menjadi pilihan di kalangan penggemar hijabi,” tambahnya lagi
Sokongan dan dorongan dari suami tersayang membuatkan wanita berusia 33 tahun ini membulatkan tekad untuk menghasilkan selendang bercorak yang berkualiti tetapi masih mengekalkan harga yang berpatutan untuk para peminat selendang di luar sana.
CABARAN INDUSTRI FESYEN TUDUNG
Tidak menafikan industri fesyen terutamanya tudung amat luas dan mencabar, Tengku Zadora yakin penghasilan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan menjadi elemen utama perniagaannya berkembang pesat walaupun persaingan sengit diterima dari pesaing dalam dunia perniagaan. Namun, wanita kecil molek ini mempunyai formula tersendiri bagi mengekalkan jenamanya di pasaran.
Tambah Tengku Zadora lagi, setiap jenama mempunyai follower dan keistimewaan tersendiri dan tidak timbul persaingan yang tidak sihat dalam perniagaan kerana niat yang ditanam dalam menzahirkan perniagaan ini sememangnya untuk melahirkan produk hijab yang berkualiti dan memenuhi syariat.
“Pada pandangan saya, jenama Waarna mempunyai keunikannya yang tersendiri. Contohnya dari segi corak, pemilihan warna, konsep dan pembungkusannya lain dari jenama lain yang ada di pasaran.
Langkah seterusnya saya ingin memperluaskan perniagaan ini dan membentuk satu pasukan yang kukuh dan mampu bekerjasama dan mengembeleng tenaga membawa jenama Waarna menembusi pasaran Indonesia dan negara-negara Asia yang lain.
Apa yang penting, sepanjang tiga tahun dalam perniagaan ini kami dapat mengekalkan kualiti dan harga mampu milik sesuai dengan tagline kami iaitu made for all. Jadi, kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan merupakan kekuatan untuk kami terus menghasilkan produk terbaik untuk memeriahkan lagi industri hijab di Malaysia,” ujar Tengku Zadora seraya mengakhiri perbualan.
Misi Menyelamatkan Kucing; Mulia Sungguh Hati Sukarelawan MAWForce Ini Menyelamatkan Anak Bulus
Kucing adalah haiwan peliharaan yang manja. Bermain dengan kucing dapat menghilangkan stres di tempat kerja atau masalah yang membelenggu diri. Siapa yang menyayangi kucing pasti merindui kelibat anak bulus ini jika sekejap sahaja hilang dari pandangan. Tapi banyak juga kucing-kucing terbiar yang menjadi kebenciaan manusia.
Atas dasar keprihatinan terhadap kucing, team volunteer MAWForce ini telah berganding tenaga menyelamat dan merawat kucing yang tidak bertuan ini. Kucing-kucing ini telah diletakkan di suatu tempat yang selamat dengan pantauan yang sempurna seperti yang telah dikongsi oleh Saudara Asrol Adizar di aplikasi popular baru-baru ini.
“CK Shelter juga mempunyai vet panel bagi merawat dan pemantauan kesihatan kucing-kucing di sini. Sebelum ini, kita bersama Dr Nur Aishah tapi memandangkan beliau dah semakin sibuk sebab bisnes beliau semakin berkembang, maka saya telah menjemput Dr Johaimi dari SAMC Seri Bangi utk menyertai kami.
Dr Johaimi dan juga pembantu beliau telah sama-sama datang ke CK Shelter bagi merawat kucing-kucing yang memerlukan rawatan di sini. Antara rawatan yang dilakukan pada hari tersebut :
22 ekor kucing telah divaksin
2 ekor kucing dimandulkan
2 ekor kucing menjalani pembedahan memotong ekor kerana kecederaan akibat bergaduh
dan ubat-ubatan untuk kucing selsema serta fungus…
Untuk menanda kucing-kucing yang telah divaksin, kami memakaikan kolar kepada mereka selain buku vaksin yang dibekalkan sebagai rekod. Insyaallah, kami akan lakukan sedaya upaya kami bagi memastikan kucing-kucing yang berada di sini terurus dan selesa.
Hasil sumbangan dari para penderma, RM2000 telah dibayar sebagai kos rawatan dan caj consultation serta house call. Jumlah baki donation akan dibawa ke hadapan untuk kegunaan masa akan datang.
Terima kasih pada semua yang terlibat, semoga ada ganjaran atas budi baik yang kalian curahkan…,” kongsinya.
Dari Model Kini Lawyer! DATO PROF DR RAZAK MOHAIDEEN Luah Rasa Bangga Anak Teruna Kini Jadi Peguam
Pasti ramai pembaca-pembaca NONA membesar menyaksikan filem-filem arahan pengarah berpengaruh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen yang cukup digemari ramai. Dari satu naskah terbitan dan arahannya pasti mengamit rasa, antaranya yang masih berbekas di hati ialah filem-filem malar segar seperti Mami Jarum, Gemerlapan, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Bujang Senang, Otai, Duyung dan Sifu & Tongga.
Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.
“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.
Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).
Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.
Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.
Tahniah sekali NONA ucapkan kepada Aniq. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***