Sejak menimang cahaya mata ketiga pada 15 Disember lalu, memang tak menang tangan Datin Almy Nadia dibuatnya. Mana hendak sediakan keperluan suami, hendak beri anak-anak makan, memasak, mengemas rumah… semua urusan keluarga perlu diatur sebaik mungkin. Tambahan lagi, dengan kehadiran bayi comel Nur Afrina Ayra yang baru berusia dua bulan. Kalau tak kuat mental dan fizikal, memang mudah jatuh sakit.
Gemar berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di laman media sosial, jelas terpancar sifat keibuan yang tinggi dalam diri pelakon jelita ini. Seletih dan sesibuk mana pun, bila anak-anak minta makanan tidak kira waktu… sedaya upaya Datin Almy masuk ke dapur dan sediakan makanan. Katanya, biar penat asalkan anak-anak dapat makanan yang sihat.
“Tugasan seorang suri rumah tangga sepenuh masa, bila anak-anak tidur, si ibu bersilat buat kerja lain. Tak ada rehat yer… orang kerja ofis, orang shooting, ada jugak rehatnya, cutinya, MCnya, tapi housewife fulltime tak ada cuti. Masa bila nak rehat, bila nak tidur tengah malam, belum time sakit lagi… kalau semua sakit berjemaah nah, orang paling last sakit adalah mama dan papa.
Yes, inilah PENGORBANAN seorang ibu yer. Bukan senang tau, bukan susah. If kita enjoy the moment
itu saat paling bahagia sekali,” kongsinya.Jadi, bila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebar fitnah dan cubaan hendak memporak-perandakan rumah tangga Datin Almy dan Datuk Fizz Fairuz baru-baru ini yang mengatakan suaminya telah ditangkap khalwat… sudah tentu ia mengundang amarah kepada ibu muda tersebut.
Iyalah, isteri menaruh sepenuh kepercayaan kepada suami yang keluar mencari nafkah. Datuk Fizz Fairuz pun pasti tidak mahu mengecewakan isteri tersayang dan anak-anak dengan tindakan yang boleh mencemar nama baik keluarga serta reputasi diri sendiri. Jadi nasihat untuk netizen, kalau tak pasti dengan sesuatu perkara… usah terus sebar kepada umum. Boleh mengguris perasaan banyak pihak!
Memang macam itulah tugas mak-mak kita selama ini. Meskipun hanya duduk di rumah tapi kerja mereka tak pernah habis. Ada saja kerja rumah yang menanti.
Yang masih mempunyai mak, hargailah mereka selagi masih bernyawa. Buat para suami, tatap dan hargailah jasa isteri anda yang setiap hari menguruskan rumah tangga sehabis baik.
Kalau ada duit lebih, jangan lokek berkongsi rezeki dengan mereka. InshaAllah, lagi melimpah ruah rezeki suami nanti.
Kredit: Instagram Datin Almy Nadia
This website uses cookies.