Sedar tak sedar dah masuk 20 tahun usia perkahwinan Mark Adam dan isteri. Wow, dah lebih sedekad rupanya!
Untuk rekod, Mark Adam atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan dikenali ramai sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta penyampai radio.
Pasangan bahagia, Mark Adam dan Norazah Redzuan.
Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Biarpun masih belum dikurniakan zuriat tetapi mereka tetap bahagia dengan cara tersendiri. Malah, rezeki juga semakin murah.
Isteri Mark Adam iaitu Norazah Redzuan atau dikenali sebagai Ezan Marzan Echivarre bersyukur dengan kebahagiaan serta rezeki yang Allah SWT kurniakan buat mereka selama hampir 20 tahun bergelar suami isteri.
Memetik perkongsian isteri Mark Adam yang pernah dimuat naik di Instagramnya ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka tahun lalu: –
Ads
“Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan menunaikan segala tangungjawab yang telah diamanahkan olehNya…tanggungjawab sebagai seorang hamba, sebagai seorang ummat, sebagai seorang Isteri dan juga seorang anak.”
Norazah turut meluahkan bahawa banyak ujian yang perlu ditempuh sepanjang mereka membina kebahagiaan bersama.
Ads
“Lebih sedekad, semestinya dalam melangkah terkadang diuji dengan ujian yang kadang terasa berat, hingga kadang terduduk dan menangis, ketawa dan gembira bersama.
“Peritnya setiap ujian itu hanya Allah yang tahu dan faham. Allah menguji setiap orang berbeza-beza ujiannya.
“Syukur Alhamdulillah That we had to make this relationship last and more stronger. We still have a lot of struggles to encounter but I know we can surpass anything as long as we are willing and choosing to love each other.
“Syukur Ya Allah for the opportunity till to this level. Semoga Allah melindungi perkahwinan kita ini hingga ke Jannah Insyaallah..”
NONA mendoakan agar Mark Adam dan isteri kekal bahagia selamanya sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan Echivarre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usaha mantan gabenor, Tan Sri Dr Zeti Aziz sambung legasi ibu tercinta dipuji, warisi minat serupa Allahyarhamah Azah Aziz.
Merupakan Tokoh Budayawan Melayu, nama Allahyarhamah Azah Aziz sememangnya disanjung tinggi kerana dedikasi sepanjang hayatnya untuk memelihara budaya, tekstil dan pakaian tradisional Melayu untuk generasi akan datang.
Jasa ikon hebat itu kini diteruskan oleh anak perempuannya yang turut merupakan mantan gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Aziz. Ketika bertemu beliau sempena meraikan pelancaran karya agung Allahyarhamah Azah Aziz dalam dunia busana Melayu, ikon wanita tersebut kelihatan begitu mirip dengan wajah ibu tercinta.
Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkongsi betapa arwah ibu beliau, melalui karya ini, telah memupuk kecintaan terhadap budaya Melayu, merintis jalan untuk generasi mendatang menghargai keindahan dan kepentingan warisan bangsa. Jom saksikan video eksklusif ini…
Azah Aziz bukan hanya mengangkat seni tekstil dan pakaian tradisional, tetapi juga mendalamkan pemahaman tentang kekayaan sejarah dan sosial busana Melayu. Karyanya menawarkan gambaran tentang warisan budaya yang kaya dan memaparkan keindahan tenunan tangan yang masih dipelihara.
Melalui penulisan ini, beliau mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga kemahiran tradisional agar terus diwariskan kepada generasi akan datang.
Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang kini berusia 77 tahun telah memastikan buku ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, membolehkan kajian ibu beliau mencapai audiens global.
“Saya berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada ibu saya yang telah membuka sempadan akademik dan meraikan keindahan warisan budaya kita,” katanya. Terjemahan ini menjadikan karya Azah Aziz lebih mudah diakses oleh pembaca bukan Melayu, menjadikannya rujukan penting dalam dunia seni tekstil.
Buku ‘Rupa dan Gaya: Busana Melayu’ kini hadir dalam edisi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Malay Textiles and Costumes: Form and Style,’ yang dilancarkan bersama edisi ketiga buku asal Melayu. Majlis ini adalah hasil kerjasama antara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Tita Publications dan Penerbit UKM di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
Sejak pertama kali diterbitkan pada 2006, ia telah menjadi sumber penting dalam kajian tekstil dan busana tradisional Melayu. Buku ini menggabungkan sejarah, sosial, dan estetika busana Melayu, memberikan inspirasi kepada pereka, pendidik, dan penggerak budaya dalam usaha menjaga warisan ini.
Tan Sri Dr Zeti Aziz sambung legasi ibu tercinta dipuji, warisi minat serupa Allahyarhamah Azah Aziz.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan pameran oleh YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, yang memaparkan koleksi Muzium Tekstil Merdeka. Muzium ini bukan hanya sekadar muzium, tetapi sebuah penghormatan besar kepada Azah Aziz. Menurut beliau, Muzium Tekstil Merdeka adalah platform untuk memperkenalkan kecantikan seni tekstil Melayu kepada dunia.
Muzium ini bakal menjadi yang pertama di Asia yang menampilkan 240 tekstil dan pakaian, bersama 69 barangan kemas yang pernah dimiliki oleh Azah Aziz. Menggunakan teknologi canggih seperti sensor pergerakan dan analisis data, pengunjung akan dapat merasai pengalaman interaktif yang memukau dan mendalam. PNB turut berbangga menjadi pemegang amanah bagi koleksi berharga ini.
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut menyatakan bahawa pelancaran buku ini dan muzium tekstil adalah cara untuk mengekalkan dan menyebarkan kecintaan terhadap budaya Melayu. Inisiatif ini bukan sahaja menghargai karya Azah Aziz, tetapi juga memastikan warisan ini terus dikenali dan dihargai oleh dunia. Buku dan muzium ini akan menjadi legasi yang akan terus hidup, membawa kecintaan terhadap tekstil dan busana Melayu ke seluruh dunia.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Sasana Kijang ini turut dihadiri oleh hampir 500 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sasterawan Negara wanita pertama, Datuk Dr. Zurinah Hassan, juga tampil mendeklamasikan pantun daripada buku ‘Rupa dan Gaya,’ menambah seri kepada acara yang penuh bermakna ini. Ini adalah satu langkah penting dalam memelihara dan mempromosikan budaya Melayu kepada dunia.
Jika Mac lalu Vanidah Imran melangkah naik ke pentas menerima skrol Sarjana Seni Persembahan (Drama) sempena Istiadat Konvokesyen ke-61 Universiti Malaya, namun kali ini beliau sekali lagi diundang ke istiadat yang sama tetapi sebagai alumni alma maternya.
Meninjau perkongsian sempena Istiadat Konvokesyen ke-62 yang berlangsung dari 5 hingga 12 Disember 2022 lalu, bekas naib juara Miss World Malaysia 1993 itu dilihat berjalan di atas karpet merah sewaktu perarakan besar masuk ke dewan.
Tampil elegan dengan jubah dan topi konvo, ibu kepada Mikail dan Maryam itu jelas membuktikan bahawa anak seni juga mampu berjaya dan berpelajaran tinggi.
“Masyaallah. Everything happens for a reason, there is Allah’s wisdom and kindness and a lesson behind it. Alhamdullilah.” Vanidah Imran
Dalam temu bual Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaya bersama Vanidah Imran, beliau sempat menitipkan kata-kata semangat buat semua graduan yang menerima ijazah baru-baru ini.
“Tahniah kepada semua graduan ijazah sarjana dan sarjana muda, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Seni Kreatif.
Apa pun dalam hidup ini kena ingat tiga perkara, iaitu hormati dan sentiasa mohon restu daripada ibu, bapa dan guru kita. Keberkatan itu sangat penting untuk hidup kita. All the best and enjoy the moment!
Kasih Ibu membawa ke Syurga, Kasih Ayah sepanjang masa, Kasih Guru membawa kejayaan.
Syabas kepada semua para graduan di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian masing-masing. Semoga terus mencipta kecemerlangan di masa hadapan.” Vanidah Imran
Wanita asal Pulau Pinang dan berusia 49 tahun ini turut dilihat bersama isteri Nam Ron, Junainah M Lojong yang merupakan alumni universiti yang sama.
******************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
******************
PERKEMBANGAN
Siapa bilang anak seni tak mementingkan pelajaran? Kini bekas pelajar Convent Bukit Nanas itu membuktikan tanggapan negatif masyarakat silap.
Beliau sebelum ini pernah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia (2015).
Selepas melalui pelbagai halangan, kejayaan Vee menggenggam Master pastinya menjadi kenangan termanis buat pelakon, model dan pengacara terkenal itu. Bahkan, kini Vanidah Imran turut bergelar pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dalam perkembangan terbaharu, Vanidah Imran tampil mengejutkan peminat dengan kemunculannya menerusi sebuah naskhah ‘berat’ berjudul Kudeta.
Sebagai pemenang pelbagai anugerah dan kredibiliti lakonan yang tidak diragukan lagi, aktres berprolifik ini diamanahkan membawa watak Mariam Imran, Perdana Menteri Wanita Pertama Masraya. Tak sabar nak tengok lakonan hebat Vee!
Kejayaan Vanidah Imran membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk terus belajar ke peringkat tertinggi. Vee kini berusia 49 tahun tapi masih yakin akan kemampuan dirinya menambah ilmu pengetahuan.
Bercakap tentang rancangan masa depan, Vee yang kini masih aktif berlakon merancang untuk meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi sekaligus memberi manfaat kepada orang lain. Syabas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Personaliti media sosial yang fasih bertutur dalam dialek Kelantan, Mekyun berkongsi ucapan istimewa sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini.
Kredit Foto: Instagram @mekyunn
Pemilik nama penuh Wee Yun Nee yang berusia 28 tahun ini menitipkan kata-kata istimewanya itu di Instagram yang mengimbau kembali jasa dan pengorbanan bapanya, Brigedier Jeneral Dato’ Wee Han Siew.
Beliau merupakan Mantan Panglima Briged Artileri Roket Malaysia.
Terap Didikan Tegas & Berdisiplin
Menerusi hantarannya itu, memandangkan bapanya seorang tentera Mekyun mendedahkan bapanya yang digelar Pok seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak.
“Inilah Ayah Mekyun, Brigedier Jeneral Dato’ Wee Han Siew. Mantan Panglima Briged Artileri Roket Malaysia.
“Seorang Ayah, seorang Pemimpin, seorang Wira.
“Pok seorang yang tegas, tapi penuh kasih.
“Dari kecil, Pok ajar kami tentang disiplin, hormat dan keberanian. Nilai-nilai yang kekal dalam hati sampai hari ni.
“We didn’t just learn leadership and courage from him. Pok led by example and we followed.”
Begitulah hasil didikan yang terbaik daripada seorang bapa sehingga menjadikan siapa diri Mekyun pada saat ini.
Mekyun turut mendedahkan, bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Sesibuk manapun beliau, keluarga tetap menjadi keutamaan.
“Pok sentiasa utamakan keluarga. Walau sibuk berkhidmat untuk negara, Pok tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang Ayah.”
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.