Sedar tak sedar dah masuk 20 tahun usia perkahwinan Mark Adam dan isteri. Wow, dah lebih sedekad rupanya!
Untuk rekod, Mark Adam atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan dikenali ramai sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta penyampai radio.
Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Biarpun masih belum dikurniakan zuriat tetapi mereka tetap bahagia dengan cara tersendiri. Malah, rezeki juga semakin murah.
Isteri Mark Adam iaitu Norazah Redzuan atau dikenali sebagai Ezan Marzan Echivarre bersyukur dengan kebahagiaan serta rezeki yang Allah SWT kurniakan buat mereka selama hampir 20 tahun bergelar suami isteri.
Memetik perkongsian isteri Mark Adam yang pernah dimuat naik di Instagramnya ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka tahun lalu: –
“Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan menunaikan segala tangungjawab yang telah diamanahkan olehNya…tanggungjawab sebagai seorang hamba, sebagai seorang ummat, sebagai seorang Isteri dan juga seorang anak.”
“Lebih sedekad, semestinya dalam melangkah terkadang diuji dengan ujian yang kadang terasa berat, hingga kadang terduduk dan menangis, ketawa dan gembira bersama.
“Peritnya setiap ujian itu hanya Allah yang tahu dan faham. Allah menguji setiap orang berbeza-beza ujiannya.
“Syukur Ya Allah for the opportunity till to this level . Semoga Allah melindungi perkahwinan kita ini hingga ke Jannah Insyaallah..”
Kredit Foto: Instagram Mark Adam & Ezan Marzan Echivarre
This website uses cookies.