Gaya Hidup

Isteri ‘Pilot’, MAS ALIZA Hijrah Ke Qatar Ikut Suami! Sebak Berjauhan Dari Ibu DATIN MAS ANIZAN

28 Januari lalu berlangsungnya majlis persandingan puteri sulung Datin Mas Anizan, Mas Aliza Dato’ Ali dan Faruq Azran Kamal Azran. Selamat bernikah pada 6 Ogos 2021 dengan juruterbang sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara, pasangan ini akhirnya berpeluang meraikan hari bersejarah mereka di samping keluarga dan kenalan rapat selepas lebih setahun majlis tersebut tertangguh.

Memilih Royale Chulan Damansara sebagai lokasi majlis, ruang ballroom dihias indah dengan bunga-bungaan segar bertemakan Midnight Clouds ilham perunding perkahwinan dari Melur Putih. Mas Aliza yang mengenakan persalinan mewah Rizman Ruzaini tampil berseri-seri dan menawan hasil solekan magis, Najeeb Azami.

Di sebalik kegembiraan 500 tetamu yang hadir meraikan persandingan pasangan mempelai, Mas Aliza atau mesra disapa Baby dan Faruq turut dikhabarkan bakal berhijrah ke bumi Qatar tidak lama lagi.

Pastinya, insan paling terkesan dengan penghijrahan tersebut ialah ibunda tersayang yang juga aktres jelita, Datin Mas Anizan.

Ujar Baby ketika ditemu bual Nona, “Ya, inshaAllah saya akan ikut suami berhijrah ke Qatar. Suami dapat offer dengan Qatar Airways bulan Disember 2022 lepas dan kami akan berangkat ke sana hujung Februari ini.”

Anak sulung daripada tiga beradik yang kini berusia 28 tahun itu menambah, “Tak ada sesiapa dekat sana, memang just the two of us. Bila dapat tahu suami dapat kerja di sana, perkara pertama yang saya risaukan ialah nak tinggalkan family di sini.

Throughout 28 years, saya tak pernah berjauhan dengan keluarga. Even lepas kahwin pun rumah kami tak jauh from both families dan memang akan balik rumah kedua-dua family setiap minggu.

Berat hati bila terpaksa tinggalkan mama sebab selama ini saya yang uruskan dan jaga mama. Bila nak kena tinggalkan mama ni, sangat berat hati dan risau.”

Mas Aliza yang juga anak kepada usahawan berjaya, Allahyarham Dato’ Ali Bapoo bagaimana pun reda dengan takdir dan mengharapkan penghijrahan ini menjadi permulaan terbaik bagi dirinya dan suami.

“Alhamdulillah mama sangat happy dan teruja. Cuma di sebalik kegembiraan tu mesti ada sedih juga sebab terpaksa berjauhan. Baby dan mama terlalu rapat, tak tahu macam mana nanti bila dah jauh.

Mama pesan, nanti dekat sana Baby dan suami kena sentiasa jaga satu sama lain sebab kami hanya ada masing-masing. Sentiasa jaga solat dan jangan lupa keluarga.”

Mengulas kerjayanya di Qatar kelak, wanita cantik ini berkata dia akan cuba mencari peluang pekerjaan yang sesuai. “Baby akan cari dan guna peluang yang ada untuk buat sesuatu. Something that has flexible time sebab waktu kerja suami tak menentu, so kalau boleh suami nak saya ada masa dia ada.

Macam dulu saya kerja office hours kadang-kadang bila suami kat rumah, saya kerja dan bila saya balik kerja, suami baru nak pergi kerja.

Jadi we don’t really get to see each other often. Since now kami akan mulakan fasa baru di sana. Kami pun dah berbincang dan akan pastikan that we have time for each other dan nak ada work life balance.”

Diaju persoalan mengenai zuriat, pasangan ini tidak meletakkan sebarang syarat dan berserah kepada rezeki Allah SWT.

“Kalau tanya saya, nak dua iaitu satu lelaki dan satu perempuan. Tapi suami suka anak ramai. But honestly kami tak ada letak apa-apa target. Kami percaya pada rezeki yang Allah dah tetapkan. We just go with the flow.

Baca https://www.nona.my/hilang-bapa-umur-13-tahun-mas-aliza-rindu-layanan-arwah-datuk-ali-bapoo/

Semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati, dilindungi dan di dalam rahmat Allah swt. Juga, ikatan kasih sayang yang terbina kekal sampai ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata setiap yang memandang.”

Selain Mas Aliza, Datin Mas Anizan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohd Masli Daniel Ali dan anak perempuan, Ariana Marissa.

 

Share
Published by
Suzi