Berjaya menghabiskan bacaan dalam sebuah Al-Quran memang sepatutnya dibanggakan. Bukan semua orang mampu istiqamah membaca Al-Quran lebih-lebih lagi yang mempunyai komitmen lain.
Tahun lalu, pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada tahun 2005 ini telah berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dan tahun ini sekali lagi Nora Danish mengulanginya.
Seronok mendengar luahan hati Nora yang berjaya menghabiskan bacaan di 10 malam terakhir Ramadan dan berniat untuk mengulanginya tahun depan. Semoga Nora terus istiqamah dan menjadi inspirasi buat orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
View this post on Instagram
Pelakon filem Aku Terima Nikahnya dan Bukan Cinta Malaikat ini juga memanjatkan rasa syukur berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran kali ini. “Ramadhan 22. Alhamdullilah syukur ya Allah #roadtokhatamquran bulan Ramadhan, Allah kabulkan. Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Lepas Khatam tadi di rumah Mak Nora, terus hujan. Hujan Rahmat. Habis doa hujan berhenti, MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” coretnya di laman media sosialnya.
Memetik laporan MStar, pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif ini berkata, Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja.
“Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing,” kata Nora Danish yang juga mempunyai dua perniagaan lain iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd selain produk kecantikan, Taraa Wellness.
Nora Danish sentiasa berpenampilan cantik, ketika diajukan sukarkah untuk kelihatan cantik, ujarnya, “Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sikit saja tapi berat badan cepat naik,” bicara Nora Danish.