Berita

Istiqamah Pejuang Subuh! Dakwah #GengSubuhMacamJumaat Alif Satar Jentik Inspirasi & Cetus Fenomena

Terus mencetus inspirasi dan menjadi role-model terbaik di kalangan generasi muda, usaha selebriti Alif Satar yang mengilhamkan Geng Subuh Macam Jumaat hingga mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa kini tidak terhenti begitu saja.

Bapa muda kepada tiga anak berusia 33 tahun itu mengakui tidak menjangka penerimaan orang ramai cukup hebat dan mencipta fenomena tersendiri.

“Jarak jauh berkilometer bukan penghalang mesej Geng Subuh Macam Jumaat sampai ke pelosok dunia, alhamdulillah seek of Allah.”

Saya bersyukur Geng Subuh macam Jumaat dah jadi ‘world wide’, orang luar negara seperti Brunei, Singapura dah mula nampak.

Sampaikan selebriti terkenal Singapura, Taufik Batisah yang saya tak pernah jumpa, menggerakkan kempen ini.

Di Brunei baru-baru ini, pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad pun join sama, pelajar luar negara buat di surau dan masjid,” kata Alif Satar kepada Sinar Plus.

 

Instagram: https://www.instagram.com/alifsatar/

 

Instagram: https://www.instagram.com/alifsatar/

 

Tambahnya, perkembangan terbaharu di Dubai, Alif juga berada di sana atas urusan kerja dan berkesempatan melakukan Geng Subuh macam Jumaat dengan disertai lebih 40 orang.

“Rakyat Malaysia di Dubai cemburu sebab tak selalu diadakan program atau kempen seperti ini, mereka rindu suasana berkenaan.”

Menurutnya, sempena menyambut Ramadan, beliau juga merancang untuk mengadakan ‘Road to Ramadan’.

Instagram: https://www.instagram.com/alifsatar/

 

“Saya rasa akan ada peringkat seterusnya, ia dah diwar-warkan di Instagram. Seronok kerana anak-anak muda mahu sertai sekali, malah ada rakan-rakan bukan Islam nak ikut juga.

Ada satu hadis apabila kita solat isyak dan subuh berjemaah seperti berqiamulail, berlipat ganda pahala apatah lagi bulan Ramadan.”

Sehubungan itu, Alif mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan ‘Road to Ramadan’.

Mengulas lanjut, anak sulung daripada empat beradik itu turut meluahkan rasa bersyukur kerana kempen Geng Subuh macam Jumaat mendapatkan sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mudah-mudahan usaha dakwah Alif Satar menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti bakal menarik lebih ramai penyertaan anak muda mendekati masjid, mengajak ke arah kebaikan dalam mencari pahala dan keberkatan daripada Allah SWT. Syabas!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/terima-kasih-sempurnakan-hidup-saya-usahawan-nur-amirah-kembali-jadi-isteri-terserlah-bahagia/

Sumber: Sinar Plus

Share
Published by
Norzalina