“Isu Bayi Terbuang Beri Kesan Terhadap Emosi Saya”. NEELOFA Kongsi Luahan Rasa Berkunjung Ke OrphanCARE

Memiliki zuriat sememangnya menjadi penyeri sebuah rumah tangga. Namun begitu, masih banyak kes-kes pembuangan bayi dilaporkan di dada akhbar dan menyebabkan nasib bayi tersebut masih samar-samar sekiranya diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik  oleh Neelofa di Instagram miliknya,  dia menjelaskan inisiatif utama kerjasama yang terjalin untuk  membantu memberikan perlindungan kepada bayi yang tidak bernasib baik melalui hasil kempen ‘Naelofar Kindness Box’.

Malah, Neelofa turut berkongsi serba sedikit tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi berkenaan. Ujar selebriti berusia 34 tahun ini, apa yang diperjuangkan oleh organisasi ini membuatkan dirinya terasa kerdil di samping meluahkan rasa simpati dengan nasib bayi yang berada dalam dukungannya itu.

Bayi dalam dukungan saya ni antara bayi ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan rupanya tali pusat masih bersambung dengan uri disebalik kain & urinya diletakkan dalam bag. Bayangkan, dengan keadaan baby yang masih merah itu ditinggalkan sendirian?”-Neelofa

“Saya berkesempatan ke OrphanCare Foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.

Dalam pada itu, isteri kepada PU Haris ini turut menyeru para wanita diluar sana yang berdepan masalah sebegitu untuk hadir ke OrphanCARE kerana pusat terbabit bukan sahaja menerima bayi terbuang, malah turut menyediakan perlindungan kepada wanita hamil sehinggalah mereka melahirkan bayi.

Jika ada antara anda yang tidak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan sahaja di baby hatch yang dibuka 24/7 sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi.

Semoga usaha kecil yang saya dan Nealofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan organisasi ini untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah.

Neelofa bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 34 tahun pada 10 Februari ini memberitahu  Kempen Naelofar Kindness Box juga menyumbang untuk @orphancare.foundation sempena bulan kelahirannya.

“Dengan setiap pembelian, RM5 akan diserahkan kepada OrphanCARE untuk mereka meneruskan kerja baik mereka dalam menyelamatkan bayi.

Semoga usaha kecil yang saya dan @naelofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan @orphancare.foundation untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah, Insya-Allah,” ujar ibu kepada Muhammad Bilal ini yang ternyata prihatin terhadap nasib yang menimpa anak-anak yang tidak bernasib baik ini.

 

Share
Published by
Rosmah Idayu