Dalam minggu ini, isu tiada air dan anak mula bersekolah menjadi topik utama. Kalau dilihat dari sudut positif, gangguan air yang berlaku di Selangor ini menjadi asbab untuk mulakan satu rutin baharu bersama keluarga. Melalui perkongsian Ustaz Ebit Liew, makan secara berjemaah banyak keindahannya.
Sejak berusia 12 tahun, ustaz diajar makan bersama dalam talam. Amalan itu jugalah yang dilakukan bersama anak-anak dan isterinya.
“Meh bidadari dan anak tercinta makan cepat. Ayah dah lapar makan nasi arab. Bestnya rasa. Terutama bila bidadari masak. Dapat suap bidadari best rasa. Kena gigit jari lak. Rindu agaknya. Meh anak ayah. Ayah suap semua kali. Berenam kami makan. Semua dah makan makanan sama. Bestnya Ya Allah. Terasa semuanya dekat dan rapat. “
Dalam perkongsian lain, sambutan hari lahir Ustaz Ebit disambut dengan makan berjemaah bersama isteri dan anak-anak sekembalinya beliau dari kerja luar kawasan.
“Syukur Allah beri saya capai umur 35 tahun. Dah menua saya. Terima kasih Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat sejadah tepi al-Quran. Ingat tak ada orang wish
. Rindu mak. Dari dulu cuma mak je wish selamat hari lahir.Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit. Berkasih sayang kerana Allah.”
Bagi seorang ibu, Jaja Ismail, nikmat makan berjemaah ini menjadi lebih indah apabila anak-anaknya memupuk rasa sayang, bertanggungjawab dan lebih rapat saat mulai diajar makan dalam talam.
“Isu gangguan air ini sebenarnya menjadi asbab sahaja. Di samping boleh mengurangkan penggunaan pinggan, dapat juga menyuntik sifat positif pada anak-anak. sejak kindergarten lagi anak-anak makan berjemaah. They love it and I can see that they became closer
. Makan macam ni mengajar anak untuk tidak selfish.” Kata ibu kepada empat orang cahaya mata.Kelebihan makan berjemaah:
Kredit foto dan video: Instagram Ustaz Ebit Liew dan Jaja Ismail
This website uses cookies.