Beberapa hari ini kecoh isu pensyarah wanita yang didakwa tidak beretika kerana telah ‘menghina’ salah seorang pelajar lelakinya semasa sesi pembelajaran online. Pensyarah itu juga dikatakan memperlekehkan golongan B40 sekaligus mengundang kemarahan serta reaksi di kalangan warga maya. Ada yang menyelar dan tak kurang juga ada yang menyokong tindakan pensyarah tersebut.

Ads

Terdahulu, video yang tular di media sosial memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer riba. Sebaliknya, pelajar itu masuk ke kelas online menggunakann telefon pintar.

Dalam kehangatan isu ini, ia turut menjadi perhatian pengamal undang-undang yang dikenali sebagai Nurul Hafidzah Hassan. Berusia 38 tahun, beliau kini berkhidmat di firma guaman Nurul Hafidzah & Associates, Advocates and Solicitors. Beliau sering menjadi pilihan selebriti terkenal dalam mengendalikan kes di mahkamah.

Isu Pensyarah VS Golongan B40, Peguam NURUL HAFIDZAH Nasihat Jangan Mudah Menghukum
Peguam Nurul Hafidzah Hassan.

Isu Pensyarah VS Golongan B40, Peguam NURUL HAFIDZAH Nasihat Jangan Mudah MenghukumIsu Pensyarah VS Golongan B40, Peguam NURUL HAFIDZAH Nasihat Jangan Mudah MenghukumMenurutnya, sekarang ini segala berita mudah menjadi viral di media sosial kerana ia mampu sampai ke pengetahuan orang ramai hanya dengan sekelip mata biarpun tanpa diketahui kesahihannya.

Isu Pensyarah VS Golongan B40, Peguam NURUL HAFIDZAH Nasihat Jangan Mudah MenghukumIsu Pensyarah VS Golongan B40, Peguam NURUL HAFIDZAH Nasihat Jangan Mudah MenghukumBerikut perkongsian ringkas beliau dalam video yang dikongsi di akaun Instagram:-

“Zaman sekarang ni semua jadi viral. Kadang salah orang. Kadang salah kita. Apapun, jangan cepat menghukum.

Tak kisahlah di sebelah mana kita sokong. Belajarlah yang sentiasa ada dua cerita yang menyokong versi masing-masing.

Ads

Hafidzah Hassan berpendapat, apa yang berlaku ada alasannya yang tersendiri dan terpulang kepada kita untuk percaya versi yang mana.

Ads

“Sebab kita pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mengapa kata-kata itu dilemparkan. Mengapa pelajar tu tak ada laptop. Mengapa itu mengapa ini. Pasti semuanya ada alasan tersendiri.

Dan sama ada kita percaya atau tidak, ia bergantung kepada keterbukaan minda kita untuk mempercayai versi yang mana.

Isu Pensyarah VS Golongan B40, Peguam NURUL HAFIDZAH Nasihat Jangan Mudah MenghukumBeliau juga menasihatkan supaya masyarakat bijak dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial. Paling penting jangan mudah kongsi jika tak pasti kesahihannya. Lebih banyak mudarat daripada manfaat.

“Mudah sahaja kalau nak jadi orang yang bijak dan bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial. Baca. Fikir.

Dan buatlah apa pun andaian sendiri namun biarkan ia terhenti di minda anda sahaja. Tiada manfaat dikongsikan dan tiada mudarat yang akan berlaku kepada orang lain.

Kredit: Instagram @hafidzahhassan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI