Kisah rumahtangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astillah yang dilanda badai kali kedua, sekali lagi mengemparkan industri. Ramai yang bersimpati dengan Bella dan tidak kurang juga yang menyanjung tinggi kesabaran wanita genit ini.
Kesempatan bertemu dengan ibu kepada Mohamad Ayden Adrean ini telah menyerlahkan lagi kekuatan hati seorang wanita yang bergelar isteri. Langsung tiada riak sedih mahupun kecewa yang tergambar di wajahnya. Ekspresi wajah yang terpamer hanyalah kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak sulungnya itu.
Bercerita tentang liku kehiduapn yang ditempuh oleh wanita yang baharu berusia 25 tahun ini, nyata vibrasi positif melingkunginya. “Apa juga yang terjadi dalam hidup ini saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya mahu move forward, maju ke depan demi anak dan juga keluarga tercinta.
It’s not about myself anymore tetapi fokus kehidupan ini untuk orang-orang yang saya sayang terutama Ayden. Ayden merupakan sumber kekuatan saya untuk terus melangkah menempuh cabaran yang mendatang.
Sebagai kakak sulung kepada lima orang adik-beradik saya juga mempunyai tanggung jawab terhadap mereka. Jadi saya tiada masa untuk selfish, bermuram-durja kerana masalah sendiri. Itu menunjukkan bad example kepada adik-adik saya and I need to show very good example to them.
Bagi saya sebagai seorang wanita atau pun isteri, sokongan keluarga sangat penting. Jika sudah berkahwin jangan sekali-kali membuang keluarga kerana mereka sentiasa akan berada di samping kita saat susah dan senang,” tutur Bella.
Bella terus positif mengatur perjalanan hidupnya demi kelangsungan hidup. “Sekarang Bella plan nak keluarkan single. Sebenarnya dah lama plan tetapi sebab Ayden sedang membesar dan saya sibuk menguruskan keluarga sepenuh masa ditambah pula denga tugas menguruskan jadual seni Aliff membuatkan hasrat saya yang satu ini terpaksa disimpan sahaja.
After so long saya mahu merealiasasikan hasrat untuk membuat single. Lagipun Ayden sudah besar dan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Lagu ini merupakan ciptaan Mark Adam berkonsepkan lagu balada. Insyaallah dalam masa yang terdekat saya akan masuk studio untuk merakamkan lagu,” ucap Bella sambil mengelus lembut rambut anaknya yang sedang tidur.