Tanggal 9 Ogos 2021 masih basah di ingatan Shuib. Pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin buat selama-lamanya ibarat satu tamparan, sekaligus membuat Shuib atau Shahmira Muhamad, bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata mereka.
Mengintai perkembangan terbaharu bapa kepada Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 3 bulan itu, mereka sekeluarga kini dilihat sedang menghabiskan waktu percutian di Langkawi.
Sudah mampu tersenyum dan kelihatan bertambah mahir menguruskan anak-anak seorang diri, Shuib mengambil peluang berehat dari bisnesnya sekarang untuk fokus terhadap kehidupan mereka sekeluarga.
Meskipun tidak membawa si kecil, Ayash Affan, Shuib sempat berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya itu.
“Ayash memang seorang budak yang sangat luar biasa hebat. Kesihatannya pun sangat baik. Dia lahir seberat 1.8kg, kemudian waktu saya ambil dari hospital, dah 2.6kg dan terkini berat Ayash dah capai 4.1kg.” Shuib
Kongsi Shuib lagi, tiada masalah untuk membesarkan Ayash kerana dia seorang bayi yang sangat baik. Semakin panjang, senang dijaga dan tak banyak merengek pada waktu malam.
Ads
Ayash Affan merupakan bayi pra matang ketika dilahirkan dan terpaksa dikeluarkan secara pembedahan apabila kesihatan arwah Siti Sarah merosot. Selang beberapa hari kemudian, wanita malang itu menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi COVID-19.
BAPA TUNGGAL
Jika seseorang itu selalu ketawa, dia sebenarnya kesunyian…
Bayangkan wajah yang selama ini suka tertawa, berjenaka dan tampak kuat di luaran, rupanya tersembunyi kesunyian di hati.
Ads
“Cabaran jadi bapa tunggal ni sebenarnya emosi. Saya rasa itu yang paling susah. Hari-hari rasa sunyi.
Saya juga akui ada ‘ups and downs’. Ada masa saya tak tahu nak buat apa. Mungkin sebab selama ni almost semua benda dengan Sarah. Bila dia dah tiada, saya bukan rasa hilang separuh tapi hilang hampir semuanya!
Dulu bila ada masalah, kami akan kongsi dengan satu sama lain. Tentang kerjaya kami, tentang bisnes kami. Tapi bila jadi macam ni, saya tak tahu nak refer pada sapa.” Shuib
“Hari Isnin hari jumpa ibu”
Arwah Siti Sarah
Tambah hiba, Shuib mengakui bahawa sebenarnya dia belum betul-betul stabil dengan kehilangan isteri tercinta. Lelaki berusia 37 tahun ini masih berulang-alik menemui doktor bagi mendapatkan kekuatan dari segi kesihatan mentalnya.
“Banyak benda terkesan sejak pemergian arwah. Tak dinafikan saya juga ada ambil suplemen atas nasihat doktor yang menjaga Sarah dulu. Kesihatan mental ni berkait rapat dengan emosi, dengan tubuh badan dan mungkin juga penat.” Shuib
Ads
Bagi menghilangkan rasa rindu dan melegakan fikiran yang berserabut, Pengasas Bubblebee itu menjadikan amalan menziarahi pusara isteri sebagai terapi sambil menyedekahkan bacaan Yassin setiap Isnin dan Jumaat.
“Kadang-kadang saya pergi sorang tanpa anak-anak. Saya tenang dapat bercakap dengan dia (arwah Sarah) di kubur. Itu keadaan paling dekat dengan dia. Sarah bersemadi hanya tujuh kaki di bawah.
Jadi saya akan berborak, bercakap segala-galanya. Sebenarnya saya belum bersedia nak kongsi dengan sesiapa tentang apa yang saya rasa. Dengan mertua, malah mak dan adik-beradik saya pun saya tak pernah cerita.
Bisnes kami alhamdulillah, boleh dikategorikan sangat baik. Sedihnya saya tak dapat kongsi kejayaan ini dengan dia. Saya nak cakap pada Sarah, ‘kita dah ada building, kita dapat francais, kita dapat buka banyak outlet sampai hujung tahun ni.’ Tapi…” Shuib
Tidak mampu meneruskan kata-kata, Shuib yang baru saja melancarkan lagu berjudul ‘Sampai Tua’ segera menukar topik lain. Katanya, dia sangat bersyukur kerana mendapat keluarga yang sangat baik dan memahami keadaan mereka.
Sejak Ayash Affan dibawa pulang, bayi kecil ini dijaga berganti-ganti dengan mertua Shuib, ibu dan adik-beradik mereka yang diminta agar ‘stay’ di rumahnya.
“Dalam masa yang sama, banyak perkara yang kami buat. Mengaji setiap malam, solat berjemaah. Benda-benda ni sangat membantu kami secara mental dan emosi.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
5 Jun lalu genap 34 tahun usia Mawar Karim. Bertambah setahun lagi umur, pemilik nama Mawar Abdul Karim ini terus melangkah maju bergelar usahawan. Empat tahun menjadi ibu tunggal, status tersebut bagaimana pun bukan halangan buat Mawar untuk mengejar impian.
Menerusi posting terkini di Instagram, Mawar berkongsi momen sambut ulang tahun hari kelahirannya baru-baru ini di samping anak tersayang iaitu Wan Maryam. Tampil sedondon mengenakan busana biru, jelas terserlah wajah bahagia ibu dan anak ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Mawar tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan syukur. Selain memuji cara ibu muda ini menguruskan anak perempuan dengan baik dan sempurna.
Mawar yang sebelum ini cukup sinonim dengan jenama tudung eksklusif Fareeda, anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan turut menceburi perusahaan emas yang dinamakan Mawar Jewelry.
Menerusi posting terdahulu, dia berkata idea berniaga emas tercetus ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
“Syukur, lahirnya Mawar Jewelry hari ini, tanpa Fareeda, tanpa sokongan kalian yang setia bersama tidak mungkin saya berada di sini. Jujurnya apabila dunia mengalami pandemik coronavirus.
Banyak sektor yang terkesan termasuk bidang fesyen seperti kami. Jadi ini adalah masa untuk saya kembangkan perniagaan yang ada.
Jika ditanya mengapa ‘gold’, saya perlu berfikir business jangka masa panjang. ‘Gold’ berfungsi 4 dalam 1 perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan. Saya akui nilainya gold ini ketika saya diuji dalam kesusahan,” dedah Mawar yang terpaksa menjual koleksi emas miliknya selepas dihimpit kesukaran hidup.
Demi memastikan dia ada pengetahuan luas dalam bidang emas, Mawar turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London.
Mawar sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun perkahwinan mereka selama hampir enam tahun terputus di tengah jalan. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam yang berusia lima tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengumuman Ratu Squasy dunia selama 9 tahun ini untuk bersara dalam sukan squasy sedikit masa dahulu telah menggemparkan seluruh peminatnya. Berita itu ternyata menjadi suatu kehilangan besar buat negara memandangkan Datuk Nicol Ann David telah diangkat menjadi ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu.
Sejak itu Datuk Nicol telah mula merancang untuk menyumbang bakti kepada masyarakat khasnya atlet tempatan dengan menyuntik inspirasi kepada mereka. Beliau juga mahu lebih giat menjalankan program motivasi bersama atlet tempatan bagi memajukan bidang sukan masing-masing.
Sumbangan Datul Nicol terhadap negara telah mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan di Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena ulang tahun ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM) semalam.
Datuk Nicol begitu terharu menerima anugerah tersebut seperti yang dikongsinya di laman media sosialnya, “I’m so honoured! Never thought I would get this. Thanks to Universiti Sains Malaysia for this Honorary Degree of Doctor of Sports Science,” kata Datuk Nicol.
Upacara itu telah diperkenankan oleh Canselor USM, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Turut hadir di majlis tersebut, Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik serta Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail.
Datuk Nicol yang mula menceburi sukan squasy ketika remaja kini mampu tersenyum bangga apabila tersenarai dalam 10 nama pemain squasy wanita dunia selama 177 bulan atau lebih daripada 14 tahun. Kejayaannya itu sekaligus memecahkan rekod pemain squasy dalam kategori wanita dan lelaki. Lebih bangga apabila ranking kategori lelaki yang disandang Gregory Gaultier dari Perancis pun hanya 154 bulan!
Title The Top All Time Unbroken Streak Rank In The World Top Ten itu juga menyaksikan Datuk Nicol berjaya menjadi yang terbaik dalam kalangan 10 pemain teratas sejak Januari 2004 hingga September tahun lalu. Menewaskan pencabar terdekatnya dari Australia, Liv Irving yang tersenarai selama 142 bulan.
Paling membanggakan, Datuk Nicol berjaya mempertahankan gelaran Ratu Squasy dunia selama 9 tahun, memegang rekod World Championship sebanyak 8 kali, memenangi pingat emas kelimanya dalam Asian Games dan merangkul kejayaan dalam 51 kejohanan yang disertai selama 13 bulan!
Penampilan pelakon Datin Lisa Surihani sejak berhijrah menggenakan tudung dan semakin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan mendapat pujian peminatnya.
Lisa atau nama sebenar, Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata dia berharap dirinya akan kekal istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
Banyak Benda Tentang Agama Saya Tak Tahu – Lisa Surihani
“Alhamdulilah kalau ada mereka yang rasa benda itu baik untuk mereka, saya doakan untuk mereka juga.
“Kita semua dalam perjalanan (masing-masing), jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu, yang saya nak belajar tentang ilmu agama… harap saya istiqamah,” katanya kepada NONA.
Selain imej berhijab, wajahnya yang kini sering tampil polos tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji netizen yang mana rata-rata sukakan dengan fasa perubahan Lisa ke arah lebih baik.
Lebih Selesa Tampil Di Khalayak Berwajah Polos
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Lisa berkata dia kini sudah tidak berapa rajin untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tak berapa nak pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Sekadar info, artikel in merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.