Saat ini anggota barisan hadapan terutama pegawai perubatan paling sibuk menjalankan misi menyelamat dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini. Juteru, dalam menunaikan tanggungjawab, para doktor adalah golongan yang paling terdedah dengan virus yang hanya tahu menyerang paru-paru ini.
Dalam satu perkongsian, Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie telah menzahirkan rasa syukur apabila isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos telah disahkan NEGATIF daripada jangkitan COVID-19.
Menurut Dato’ Dr Sheikh Muszaphar isterinya telah terlibat sebagai FRONTLINERS sejak dari hari pertama operasi pencegahan pandemik ini dilancarkan. Datin Dr Halina antara barisan pertama membuat saringan terhadap pesakit, sama ada mereka dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar turut mendedahkan bahawa Suri Hatinya itu telah pulang ke rumah dengan membawa simptom seperti sakit tekak dan batuk. “Last night she gave us a scare when she just got back from work with symptoms of sore throat and cough,” coret Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya.
Datin Dr Halina telah membuat ujian saringan di rumah dan sambil menunggu keputusan ujian, wanita berhati waja ini telah melakukan pengasingan diri di dalam sebuah bilik.
Hati suami mana yang tak galau bila melihat isteri sendiri terdedah kepada bahaya virus ini dan tidak dibenarkan untuk dekat dengan anak sendiri.
“I remembered her calling me from the hospital not knowing where to be as she does not want to infect me and the kids. Even at that stage she was more concerned of others,” kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar yang tak dapat bayangkan bagaimana isterinya mengharungi situasi ini selama 8 jam bekerja.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga begitu kagum dengan semangat yang ada dalam diri isterinya. “Dengan apa yang telah terjadi dia masih mahu datang ke hospital untuk meneruskan tugasnya. Itulah isteri saya.
Not because she’s my wife BUT because she’s a doctor who has been trained to help others. To sacrifice oneself for the sake of the sick. What matters is saving lives no matter how great the risk,” kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar yang berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan isterinya.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga turut mendoakan seluruh anggota barisan hadapan agar kuat dan berani mengharungi dugaan ini.