Gaya Hidup

Jaclyn Victor ‘Happy Go Lucky’ & Bakat Diiktiraf, Walau Ibu Tunggal Tetap Bahagia Dengan 2 Anak!

Terpikat dengan keperibadian Jaclyn Victor yang bukan saja murah senyuman dan mesra, tapi dia juga happy go lucky orangnya. Melihat personaliti ceria Jac, pasti khalayak yang memandang turut sama tersenyum bahagia.

Bergelar juara Gegar Vaganza Musim 9, pemilik suara taraf antarabangsa ini menjalin hubungan akrab dengan rakan artis, Shila Amzah.

Bahkan Jac meluangkan seharian masanya bersama anak penyanyi Dato’ ND Lala tersebut ketika majlis persandingan Shila dan Ubai yang berlangsung baru-baru ini.

Pada majlis itu, kelihatan Jac tampil berseri-seri dalam persalinan indah rona putih di samping Marsha Milan dan Amylea.

Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor

Malah, dia turut menitipkan ucapan istimewa buat sahabat kesayangannya itu.

“Semoga cinta kamu berdua berkekalan sampai ke syurga.”

Keupayaan Jac sebagai penyanyi nyata tidak perlu dipertikai lagi. Setelah memenangi Malaysian Idol, kerjaya seninya terus memuncak dan dia sering diundang membuat persembahan di majlis berprestij.

Atas pencapaian membanggakan sepanjang bergelar anak seni, Jac pada Jun lepas menerima pengiktirafan The Most Celebrated Singer of All Time, The Knights Award 2023.

Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor

Bukan mudah baginya mendaki puncak kejayaan apatah lagi dia bukan berasal dari keluarga berada.

Namun, kesusahan yang pernah dialami Jaclyn memberikan kekuatan semangat buatnya dan tiga adik lelaki lain untuk terus tabah menghadapi dugaan kehidupan.

Pastinya, tulang belakang Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini ialah ibunda kesayangan iaitu Maggie Victor.

Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor

Betapa dia menyayangi ibunya lebih-lebih lagi sejak mendiang bapa meninggal dunia ketika Jac baru berusia sembilan tahun.

Selain sibuk dengan kerjaya nyanyian, Jac yang berusia 44 tahun dilaporkan turut mengurus perniagaan Restoran BATS bersama rakan kongsi di Bangsar. Dia juga merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor
Kredit Instagram @jaclyn_victor

Jac pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Az Yet yang juga rakyat Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014. Namun perkahwinan mereka terlerai pada Januari 2020.

Hasil perkongsian hidup, Jac dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera berusia tujuh tahun dan Molly Marguerite Rivera, lima tahun. Kedua-dua anak kesayangan Jac ini lahir pada tarikh sama iaitu 24 Ogos.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/hilang-bapa-usia-9-tahun-jaclyn-victor-saksi-kepayahan-ibu-besarkan-4-anak-seorang-diri/

Share
Published by
Suzi