Tumpang bangga dengan pencapaian guru vokal yang makin dikenali ramai, Sarah Ismail. Walau mengambil masa agak lama untuk dikenali namun berkat kesungguhan selama lapan tahun dia akhirnya mampu memiliki studio sendiri.
Lebih manis, Sarah bukan hanya menerima pertambahan pelajar. Malah turut diundang menjadi juri dalam bidang seni suara. Tahniah!
Ads
Makin popular di channel YouTube dengan himpunan video reaksi mengenai nyanyian artis tempatan, Sarah atau nama sebenarnya Maisarah Ismail bersyukur kemampuannya sebagai guru vokal kian mendapat tempat di hati peminat seni.
“Alhamdulillah sebenarnya ia menjadi satu tapak untuk saya kongsi ilmu kerana bagi saya karier ini juga adalah sebahagian daripada sedekah. Saya turut bersyukur, saya baru habis master dalam bidang muzik di ASWARA.
Tak dinafikan masyarakat suka ambil tahu pembelajaran vokal. Makanya saya ambil peluang itu. Macam dulu saya fikir takut juga. Iyalah, siapalah aku ni yang nak kongsi pandangan tentang nyanyian kepada umum. Tapi bila fikir, kita dah berusaha belajar sesuatu… why not kita kongsikan.
Lagi-lagi bila ada certificate, kita rasa yakin untuk berkongsi something. Memang saya pecahkan ‘dinding’ itu walaupun saya takut dan just go for it. Alhamdulillah ada peluang orang nak collaborate dengan saya. It works.
Alhamdulillah setiap hari saya berdoa agar orang kenal saya supaya ia bagi impak kepada bisnes saya dan Tuhan bagi. Mungkin kerana niat kita nak sedekah dari segi ilmu, ia menjadi.”
Mengulas perjalanan karier hingga ke saat ini Sarah secara eksklusif mendedahkan, “Sebelum ini saya menjalankan perniagaan kelas vokal dengan sewa bilik je. Tapi tahun ini saya akan berpindah ke studio sendiri.
Tak ada sewa bilik dah, memang whole kedai saya punya kerana saya melihat kepada pendaftaran pelajar yang makin banyak sekarang. Saya juga dah hire beberapa vocal coach untuk handle pelajar.
Buat masa ini, semua masih dalam proses mengecat, membersih dan renovation. InshaAllah akan mula beroperasi lepas Raya. Kalau dulu, cuma ada studio kecil dan pelajar pun tak ramai sebab masa tu perniagaan kelas vokal saya belum dikenali betul-betul walaupun dah lapan tahun.
Saya akui ada silap di bahagian marketing jugalah kan sebab orang tak tahu tentang Vocal Class by Sarah Ismail ini. Sekarang, pelajar pun dah bertambah sampai saya tak boleh handle sendiri. Sebab itu, kena ambil 4 ke 5 orang cikgu. Biasanya satu guru akan handle 20 pelajar.
Ads
Difahamkan studio Sarah ini terletak di Tasik Permaisuri Cheras. Sepanjang lapan tahun menceburi bidang pembelajaran vokal, Sarah menjadi rujukan ramai rakan artis. Antara penyanyi yang pernah mendapatkan khidmat Sarah termasuk Diana Danielle, Noh Hujan, Sufian Suhaimi, Nabila Razali dan DeFam.
“Is a part of my marketing juga bila dapat peluang ajar penyanyi ini. Dalam masa sama dapat kepercayaan bisnes. Ini adalah satu tempat ilmu. Walaupun satu bentuk nyanyian tapi nyanyian itu salah satu ilmu juga dalam akademik.
Bila bercerita kelas vokal, memang orang akan nampak ini adalah kelas nyanyian. Tapi sebenarnya ia terbuka kepada masyarakat. Dalam skop yang lebih besar, pertuturan itu adalah benda nombor satu dalam hidup untuk memajukan diri.
Ads
Pandai macam mana pun, ada certificate dan kelayakan, tetapi kalau diri sendiri tak boleh bertutur untuk presenting yourself, anda akan gagal. Belajar vokal ini sebenarnya will helps you dari segi pernafasan, lontaran suara dan keyakinan diri. Kita pandai bertutur dan yakinkan orang, kita akan berjaya,” jelas graduan ASWARA ini.
Bersandarkan popularitinya hari ini sebagai guru vokal, Sarah sama sekali tidak menyangka keupayaannya mengulas persembahan dan nyanyian penyanyi tanah air mendapat perhatian ramai. Hingga dia dijemput menjadi salah seorang panel juri dalam sebuah program televisyen.
“Bagi saya, ilmu yang saya curahkan tak banyak pun tapi yang saya dapat berlipat kali ganda. Sampai saya rasa nak nangis. Bayangkan lapan tahun saya berniaga, orang tak tahu kewujudan kelas vokal saya. Saya juga dijemput jadi juri dalam program TV baru-baru ini.
Dapat pula sebaris dengan Datin Marlia Musa dan Datuk Ramli MS untuk sama-sama beri pandangan untuk program berkenaan. Bila dapat duduk sama-sama dengan mereka, saya rasa tak sangka. Selain itu, saya juga dapat tawaran untuk beri talk di universiti mengenai tip pemasaran, keyakinan diri.
Memang apa yang saya dapat sekarang adalah di luar jangkaan. Hingga saya selalu tanya kat diri sendiri siapa saya sampai Tuhan beri saya rezeki sebanyak ini. Saya pun bukan ada nama sangat dalam industri. Tapi mungkin berkat usaha keras untuk naik taraf hidup dengan ilmu, semuanya dipermudahkan.”
Sarah Ismail merupakan peserta program realiti Pencarian Nona Superwoman 2021 yang diperkasa USANITA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Happy 1st Birthday to my princess Aleya Norlini. Love you so much.”
Demikian kapsyen yang dimuat naik oleh YHM Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah di akaun Instagram peribadinya.
Turut disertakan beberapa gambar ‘throwback’ bersama paduka anakanda, YM Tengku Aleya Norlini. Hari ini, 2 Februari 2023 genaplah setahun usia Tengku Aleya.
Untuk info, Tengku Aleya Norlini merupakan anakanda kedua kepada Tengku Abu Bakar dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Manakala waris sulung pasangan Diraja ini, Tengku Zayn Edin Shah diputerakan pada 23 Julai 2019 dan kini hampir mencecah usia empat tahun.
Sudah tentu, Tengku Zayn dan Tengku Aleya menjadi antara cucunda kesayangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.
Instagram House of Pahang turut memuat naik satu hantaran ucapan sempena ulangtahun keputeraan Tengku Aleya.
“Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan diucapkan kepada YM Tengku Aleya Norlini Binti YHM Tengku Abu Bakar Ahmad.
“Semoga YM Tengku Aleya serta paduka bonda dan paduka ayahanda sentiasa berada di dalam rahmat Allah serta dikurniakan kesihatan, kemudahan dalam urusan serta kasih sayang yang berpanjangan.
“Kami di House of Pahang sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan keluarga Diraja yang kami kasihi.”
Menjengah ke ruangan komen di Instagram Tengku Abu Bakar, rata-rata memuji kecomelan Tengku Aleya.
“Happy birthday to our extremely adorable little princess YM Tengku Aleya Norlini that your special day is just as magnificent as you are. May Allah keep showering his blessing on you! Aamiiinnn.
“Happy birthday Tengku Aleya comel!
“Happy 1st birthday beloved cutie.”
Semoga Puteri Aleya membesar dengan baik serta berada di bawah perlindungan dan kasih sayang Allah SWT.
Kredit Foto: Instagram @bakers.33 & @imanabdullah
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar. Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis. Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat. “Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.
“Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,” ujarnya. Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin. “Mari kita berkahwin akhirnya,” tulisnya.
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu. Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.
Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island. Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
Kredit foto: Mark Baker/AP/Shutterstock | Sumber: ASTRO Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Najwa Latif nekad berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara waktu untuk fokus kepada pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dan nekad ambil masa berehat buat masa sekarang.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja,” jelas Najwa yang baru-baru ini mendirikan rumahtangga pada 11 November tahn lepas.
Najwa yang berkongsi di IG storynya mengesahkan dirinya pernah dua kali menjadi penyarah, lima tahun di Unitar dan lima tahun di Unisel. Ditanya tentang perkembangan Phd nya, Najwa mengakui ‘masih jauh lagi’.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya menerusi sumber Harian Metro.
Malah, penyanyi Kosong turut berhajat untuk terus mencari peluang dalam kerjaya pensyarah selain aktif dengan kerjaya muziknya.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Terdahulu, Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) dan bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Ketika ini, dia masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...