Jadi Ibu Pada Usia 22 Tahun, Tya Arifin Makin Matang & Hot!

Orangnya masih terlalu muda. Berkahwin pada usia 21 dan menjadi seorang ibu pada usia 22. Bagi gadis lain yang sebaya, ibaratnya masih mentah dan mungkin sedang bergelumang dengan buku pelajaran atau kerjaya yang baru bertapak.

Lain kisahnya bagi Tya Arifin. Isteri kepada anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid itu tidak pernah merasakan beban menggalas status ibu muda, malah berbangga dengan kelahiran Arif Jiwa Asyraf, 4 bulan.

Biarpun pada awalnya sedikit kekok, pasangan ini banyak belajar melalui pengalaman orang lain, merujuk Google dan melalui sendiri fasa try and error

 untuk menguruskan anak.

@tyaarifinnw Jadi seorang ibu diumur 22thn itu sebuah tantangan yang mengasyikkan. Ga mudah dan ga susah. Dengan dia aku jadi banyak tau apapun ttg baby. Terimakasih Arif sudah menjadi tempat belajar ibu. Jangan bosen ye nak. I Love You!

Kalau ibu muda lain cepat putus asa untuk menyusukan anak, Tya pula sebaliknya. Wanita kelahiran Palembang itu tekad menyusukan anak secara eksklusif dan dilihat mengamalkan beberapa suplemenbooster untuk menambah susu badan. Kuat betul semangat Tya meskipun ketika bulan puasa.  

@tyaarifinnw Aku merasakan kebahagiaan terdalam saat menyusui bayi kecilku. Kami mengalami kontak batin terindah saat itu, really indescribable feeling. Jadi kalaupun harus menyusui berkali-kali dalam seharipun, meskipun melelahkan tapi senang rasanya. 

 

Memang betul kata orang, bila dah ada anak kita secara automatiknya akan mahir menjadi ibu. Tya berkali-kali mengungkapkan perasaan sayangnya buat si permata hati. Hari-hari yang berlalu sungguh menyenangkan, malah terasa begitu cepat Arif membesar tanpa mereka sedari.

Nampak betul wajah keibuan Tya, paling Nona suka mestilah rambut Tya yang lebat berwarna hitam tu. Sihat dan beralun betul.

Semoga kisah ibu muda seperti Tya ini terus menjadi inspirasi kepada ibu-ibu muda yang lain. Walaupun sibuk sebagai ibu, tetap bijak jaga penampilan dan bentuk badan. Tak percaya tengoklah sendiri! 

Tip Urus Masa Sebagai Ibu Muda

  1. Jangan segan untuk minta bantuan daripada ibu bapa, mertua ataupun pengasuh untuk menguruskan bayi.
  2. Jika ada kesulitan, berkomunikasilah dengan pasangan agar dia pun faham dan membantu berbagi tugas bersama.
  3. Memiliki anak bukan bermakna anda tidak boleh bekerja, belajar atau melakukan apa pun yang dianggap penting sebelum menjadi ibu. Uruskan keperluan anak dahulu kemudian anda boleh kembali melakukan semua hal tersebut.
  4. Wujudkan ruang ‘me time’ atau waktu personal untuk diri sendiri. Misalnya menonton wayang, shopping atau ke salun rambut.
Share
Published by
Zully