Ads
Home Berita Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!

Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!

Ads
Untitled design - 2020-08-06T165458.184

Berusia 38 tahun, isteri kepada Presiden Brazil ini sememangnya memiliki personaliti yang mengagumkan. Selain bergiat aktif sebagai sukarelawan, Michelle Bolsonaro juga
sebenarnya mahir berbahasa isyarat. Kemampuan beliau menguasai bahasa isyarat mula mendapat perhatian dunia pada Majlis Ucaptama sulungnya sebagai First Lady Brazil
pada Januari 2019.

Ads

Pada kemunculan awal Jair Bolsonaro dilantik sebagai Presiden Brazil tahun lalu itu, kelibat Michelle de Paula Firmo Reinaldo Bolsonaro yang berada di sisi suami dalam
persalinan merah jambu turut mencuri perhatian khalayak. Saat ingin menyampaikan ucapan kepada umum, Michelle membuat ‘kejutan’ dengan kehadiran seorang penterjemah
di sebelahnya sambil berucap menggunakan bahasa isyarat.

Difahamkan, Michelle sudah mula menguasai bahasa tersebut sebelum bergelar First Lady Brazil dan telah membantu menterjemah bahasa berkenaan sepanjang kempen pilihan raya suaminya. Beliau juga dilaporkan berkhidmat untuk komuniti orang kurang upaya pendengaran atau pekak dengan sebuah gereja di Barra da Tijuca dan turut memberi khidmat mengajar bahasa isyarat kepada generasi muda yang berminat!

Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!
Michelle ketika membuat ucapan dalam bahasa isyarat pada tahun 2019

Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi! Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!

Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi! Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi! Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!

Sebagai isteri pemimpin dunia, Michelle dilihat cukup aktif dalam aktiviti kebajikan yang melibatkan golongan kurang upaya dan kanak-kanak. Beliau tidak hanya dikagumi
kerana keprihatinannya malah rupa paras cantik, sikap mesra dan penampilan Michelle yang bersahaja turut menjadi inspirasi masyarakat di sana.

Ads

Memetik laporan The Sun UK, jarak usia 27 tahun di antara Michelle dan Presiden Brazil yang kini berusia 65 tahun itu tidak menjadi penghalang kebahagiaan mereka. Pasangan ini dikatakan mula bertemu ketika Michelle bertugas sebagai Setiausaha Kongres pada tahun 2007. Tidak lama kemudian, ibu dua anak ini menerima tawaran berkhidmat dengan Bolsonaro dan memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013.

Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi! Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi! Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi! Jadi Jurubahasa Isyarat, Kebolehan FIRST LADY BRAZIL Yang Cantik Ini Dikagumi!

Ads

Enam tahun menjadi isteri Bolsonaro, Michelle akhirnya menjadi First Lady Brazil pada tahun 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laura Bolsonaro dan Michelle turut mempunyai seorang anak perempuan, Leticia Aguiar hasil perkahwinan terdahulu.

Sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda Brazil, Michelle merupakan antara individu berpengaruh negara terbabit yang kerap turun padang memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang terjejas. Namun kira-kira seminggu yang lalu, beliau turut disahkan positif jangkitan Covid-19 tetapi berada dalam keadaan stabil. Begitu juga suaminya yang menghadapi nasib serupa.

Brazil menjadi negara kedua yang mencatatkan angka jangkitan Covid-19 paling teruk di dunia selepas Amerika Syarikat. Sehingga kini, dianggarkan lebih 2.5 juta rakyatnya dijangkiti wabak berkenaan dan 90 ribu daripada kes tersebut telah disahkan maut.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI