Lama rasanya kita tidak mendengar khabar berita dari pelakon jelita Zahida Rafik yang cukup terkenal suatu ketika dahulu menerusi filem Mami Jarum, Senario The Movie, Anak Mami The Movie dan banyak lagi. Selain bakatnya yang cukup terserlah, Zahida juga antara pelakon veteran yang cukup dikenali dengan kejelitaan wajahnya.
Manakan tidaknya, menganjak usia 47 tahun Zahida dilihat tetap Anggun, mempersona dan awet muda. Ini boleh dilihat menerusi satu hantaran terbaru dari Zahida, menyaksikan Zahida berkongsi beberapa keping gambar satu sesi pengambaran di mana Zahida menyarung persalinan putih berupa ‘jumpsuit’ yang cukup bergaya sekali, namun tidak dapat dipastikan tujuan pengambaran tersebut diadakan.
Dengan kepsyen ‘ jadi nurse moden’, nyata hantaran tersebut mendapat perhatian ramai pihak terutama sekali peminatnya yang terkesima dengan kejelitaan Zahida yang merupakan pelakon berdarah kacukan Melayu–Pakistan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai peminat yang memuji kecantikan Zahida yang langsing seakan tidak dimamah usia Malah, ada yang berseloroh mahu menjadi pesakit setiap bulan jika mempunyai ‘jururawat’ secantik pelakon dan bekas model itu.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan gaya solekan sama seperti peredaran dalam dunia fesyen. Sentiasa berubah mengikut selera generasi masa kini. Mekap artis adalah orang yang berani untuk mengubah trend solekan untuk dijadikan ikutan wanita yang gemar bergaya. Nama Alha Alfa bukan suatu yang asing dalam dunia solekan. Namanya mekar seiring dengan mekap artis selebriti yang lain.
Sentuhan magis jemari juru solek yang satu ini kala berkarya mampu menaikkan seri wajah mempelai dan sentiasa menjadi pilihan selebriti terkenal seperti pelakon adik-beradik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose. Pernah suatu ketika menjadi tular kerana bersolek menyerupai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan. Kuasa solekan yang diadunnya atas wajah mencetus impak luar biasa dan menjadi momen terindah untuk dikenang.
APAKAH GAYA SOLEKAN YANG MENJADI PERMINTAAN PADA TAHUN 2017?
Gaya solekan 2017 lebih kepada natural, sweet style dan tidak terlalu merubah wajah pengantin. Melalui teknik yang betul pengantin nampak lebih minimalis tetapi dipengaruhi sentuhan solekan Barat.
APAKAH RAMALAN ANDA GAYA SOLEKAN PENGANTIN 2018?
Andaian saya bakal pengantin 2018 lebih kepada solekan super natural menggunakan teknik effortless yang bermaksud sangat ringkas. Beralih kepada gaya English Wedding Style. Contohnya kening tak lukis sangat, tiada eyeliner tebal-tebal dan tanpa bulu mata. Solekan lebih kepada natural beauty. Perkembangan ini bagus untuk industri mekap di Malaysia kita nampak penambahbaikan.
Suatu masa dahulu menggayakan solekan berwarna-warni, beralih kepada solekan mata mengikut warna baju, kemudian kepada mekap doll pengaruh Korea dan sekarang beralih kepada solekan natural. Saya juga telah mencipta solekan natural mengikut gaya saya yang tidak terlalu heavy dan pengantin nampak manis. 2018 solekan akan jadi lebih pemalas, tanpa bulu mata, kening bersepah-sepah dan shading pun tidak beria sangat. Effortless dan penuh gaya solekan wanita Barat.
5 DO & DON’T BUAT BAKAL PENGANTIN
DO
Buat rawatan wajah seperti facial.
Buat senaman muka.
Banyak minum air.
Mendapat tidur yang cukup.
Cari jurusolek yang mengikuti cita rasa pengantin.
DON’T
Jangan mencuba produk baru mendekati tarikh perkahwinan.
Elakkan makan makanan berminyak.
Jangan buat rawatan estetik.
Elak bersolek tebal mendekati tarikh perkahwinan.
Cuba kawal stres.
BOLEH BERI TIP BUAT BAKAL PENGANTIN UNTUK TAMPIL BERSERI-SERI PADA HARI BAHAGIA MEREKA?
Bakal pengantin perlu menjaga bahagian dalaman dan tidak membuat persiapan saat akhir. Buat kerja last minute ini akan ganggu emosi kita menjelang tarikh perkahwinan nanti. Kalau boleh seminggu sebelum majlis segala persiapan telah siap dan masa untuk berehat. Serahkan tugas yang berbaki kepada keluarga atau wedding planner. Stres akan memberi kesan yang tidak cantik dan tidak naik seri pada wajah. Waktu sedang mekap sediakan masa untuk mekap sahaja. Jangan dicampuradukkan dengan perkara lain.
SOLEKAN BEGITU PENTING BUAT PENGANTIN WANITA. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMILIH MEKAP ARTIST?
Cari mekap artis yang anda sendiri pernah lihat sendiri hasilnya. Bukan melalui media sosial yang telah ditapis atau menggunakan aplikasi nampak lebih cantik. Jangan menilai solekan lebih-lebih lagi solekan selebriti kerana mereka memang sudah sedia cantik. Sebaliknya tengok look pada selebriti tersebut. Contohnya kalau selebriti tu suka mekap heavy kita teliti hasil solekannya begitu juga kalau selebriti itu suka solekan natural kita amati cara solekannya. Kemudian bagaimana touch mekap artis tersebut kepada orang lain.
Tidak salah sekiranya mintak kebenaran pengantin (kawan-kawan) sekejap untuk melihat cara mekap artis bekerja. Kalau jauh tidak berkesempatan untuk melihat cara mekap artis bekerja boleh mencari foto ‘tagged’ di Instagram lebih-lebih lagi foto daripada juru foto rasmi mereka. Pengantin mesti menetapkan sendiri look yang mereka kehendaki. Kena study sikit look yang bersesuaian dengan wajah sendiri.
Kredit foto: Instagram @alhaalfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya semua tahu, isteri kepada pelakon Fattah Amin, Fazura telah lama mengusaha dan mengeluarkan jenama keluaran dirinya sendiri. Bukan sekadar berbakat besar dalam bidang seni, malah Fazura turut handal dalam selok belok perniagaan.
Dan baru-baru ini, Fazura menzahirkan rasa kesyukuran apabila tudung keluarannya disarung dan digayakan oleh Permaisuri Selangor Norashikin dalam sebuah majlis ilmu.
Apatah lagi sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dilihat cukup manis mengenakan tudung dalam setiap majlis-majlis rasmi yang dihadiri seterusnya mendapat pujian dari warga maya apabila melihat keanggunan baginda.
Fazura sebentar tadi telah memuat naik semula gambar-gambar dari Instagram @Selangorroyalofficial dengan menzahirkan rasa kesyukuran apabila baginda Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung keluaran jenamanya, jenis square satin in “Onyx” dari koleksi Black Label.
Permaisuri Norashikin berkenan untuk berangkat ke Kuliah Dhuha Perdana & Zikit Munajat yang berlangsung di Dewan Solat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Julai 2023.
Kuliah tersebut telah disampaikan oleh penceramah tersohor dari Indonesia, Tuan Guru Prof. Hj. Abdul Somad, sementara Zikir Munajat dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Ustaz Haji AbdulKarim Almakki.
Melihat pada ruangan komen, ramai netizen memuji penampilan Permaisuri Norashikin yang begitu cantik apatah lagi baginda cukup terkenal dengan kesopanan dan sikap mesra dengan rakyat.
NONA mendoakan semoga baginda Sultan Selangor dan Permaisuri selangor terus diberi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebutir berlian merah jambu mempunyai warna dan kecerahan yang tiada tolok bandingnya dijangka dapat dilelong pada harga lebih AS$35 juta. Ia bersamaan RM154.7 juta dalam acara lelongan yang bakal diadakan di Bandar Raya New York Jun ini, lapor stesen penyiaran CNN.
Berlian merah jambu tersebut mempunyai berat 10.57 karat atau 2.114 gram amat istimewa dan unik. Ia merupakan berlian amat jarang ditemui dan diberi nama The Eternal Pink . Ia bakal dilelong empat tahun selepas ia ditemui di sebuah lombong milik syarikat De Beers di Bostwana.
Menurut firma lelongan Sotheby’s, selain dikelaskan secara rasmi sebagai berwarna ‘merah jambu keunguan’, ia adalah berlian warna berkenaan yang paling berharga pernah diketengahkan untuk sesi lelongan.
Ketua Barang Kemas Sothey’s bagi rantau Amerika, Quig Bruning berkata, berlian tersebut menyertai ranking berlian paling penting dalam sejarah.
“Warna ini adalah warna merah jambu paling cantik yang saya pernah lihat atau dijual di pasaran,” katanya.
Harga berlian sebahagian besarnya ditentukan oleh apa yang dikatakan oleh pakar-pakar gemologi sebagai empat C iaitu karat (carat), potongan (cut), warna (colour) dan kejernihan (clarity).
Berlian tersebut akan dipamerkan di Hong Kong pada Sabtu ini dan kemudian dipamerkan pula di beberapa bandar utama lain seperti Dubai, Singapura dan Geneva sebelum dibawa ke New York untuk acara lelongan.
Foto: New York Post
Rekod lelongan berlian merah jambu atau berlian berwarna lain yang digilap dipegang oleh berlian seberat 59.6 karat (11.92 gram) yang dijual pada harga AS$71.2 juta (RM314.9 juta) dalam lelongan Sotheby’s di Hong Kong pada 2017. – Agensi.
Sumber: Kosmo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.