Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu bagaimana rasanya panic attack. Tak boleh dipandang mudah kerana ia boleh berlaku secara mengejut.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Mawar Rashid yang juga Dewi Favourite (Dewi Remaja 2014/2015) diserang panic attack di majlis pelancaran produk terbaharunya Mawarose dan buka puasa bersama media.
Sewaktu naik ke pentas untuk memberi kata-kata aluan bersama suaminya, Raf Yaakob, secara tiba-tiba Mawar merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum ditenangkan oleh suami.
Setelah Mawar ke tepi pentas bagi menenangkan diri, Raf meneruskan acara dengan sesi pengenalan.
Raf turut memberitahu kepada wakil media, panic attack boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira tempat atau masa seperti yang mereka saksikan itu.
Hari ini, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya berkongsi perkembangan terkininya dan kesan selepas diserang panic attack.
“My life now, 3 days after event. Masih lagi recovery dari panic attack hari tu. Pastu tengah demam juga sebab jangkit dengan anak-anak.
“Rafael demam dah 5 hari. Dr bagi antibiotic yang lebih kuat sebab demam lama sangat, dah check demam sebab bacterial infection.
“But alhamdulillah Rafael & Cinta dah tak demam. Cuma tengah nak abiskan antibiotic now.”
Kata Mawar, dia kini sering merasa penat dan tidak produktif untuk bekerja seperti selalu.
“Honestly after kene panic attack, ambil masa untuk recovery. Sampai hari ni pun masih lagi kuatkan diri untuk lawan.
“Jadi penat, tak boleh bangun, dah 2 hari Mawar jadi mengantuk, duk tidur je. Tido bangun tido bangun. Badan tu rasa melekat je kat katil.
“Rasa tak boleh buat kerja. Otak tak rasa productive seperti sedia kala.”
Mawar turut meluahkan, dia bersimpati dengan mereka yang senasib sepertinya sambil memberi kata-kata semangat.
“Kesiannya sesiapa yang struggle macam Mawar. Korang pun ada rasa macam Mawar ke? Take care tau korang. We can get through this. We just need time & support.”
Semoga Mawar sihat sepenuhnya dan kembali ceria seperti sedia kala.
Untuk info, Mawar baru saja melahirkan anak ketiga pada Januari 2023. Enam tahun bergelar isteri kepada Raf, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Mawar turut memiliki dua anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona