Kemampuan Dr Zulfati Izazi menyiapkan karya terjemahan sebuah buku Korea ke Bahasa Melayu yang dilancarkan baru-baru ini meraih pujian. Pengalaman pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Korea Selatan dimanfaatkan sepenuhnya anak kepada pelakon Zulkifli Ismail ini dalam proses terjemahan buku ‘I Want to Die But I Want to Eat Tteokbokki’.
Lebih membanggakan, Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi berjaya menyiapkan tugasan tersebut semasa tempoh akhir berpantang pada awal tahun ini.
Meskipun sedang menyesuaikan diri selepas bersalin anak sulung pada pertengahan Januari lalu namun kesungguhan ibu berusia 31 tahun ini dalam menjayakan karya hebat penulis dari Korea berkenaan seharusnya wajar diberi pujian.
Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), dia dijemput berkongsi intipati buku tersebut kepada pembaca yang hadir ke World Trade Centre (WTC).
Kehadiran Dr Izazi dalam pertemuan meet and greet itu turut ditemani suami tercinta dan bapa tersayang.
Ujarnya, “This is my first translation baby (done while juggling my real baby!). The writing process began towards the end of my pantang earlier this year, and everything is complete just in time for PBAKL alhamdulillah.
Thank you for trusting me with this project, White Coat and congrats on the successful publication of this book and an array of interesting new titles!
Buku ini merupakan catatan Baek Sehee (penulis asal) tentang rawatan yang diterima untuk penyakit murung yang dialaminya.
Sepanjang proses terjemahan, ada bahagian yang buat saya rasa macam saya sendiri yang tengah berjumpa dengan pakar psikiatri #freetherapy dan ada juga bahagian yang buat saya teringin nak makan tteokbokki.
From one language to another, this book is ready to inspire. Btw I had so much fun at the meet and greet! Terima kasih kepada semua yang membeli dan yang sudi dapatkan tanda tangan walaupun saya hanya penterjemah.”
Dr Zulfati Izazi pernah menjadi pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) Korea Selatan untuk subjek berkaitan Bahasa Melayu. Dia kembali ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berbakti sebagai pensyarah.
Dalam temu buat bersama Nona sebelum ini, Dr Izazi pernah melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution kemudian menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).
Dr Izazi sah bergelar isteri kepada Dr Md Yushalify Misro yang merupakan pensyarah matematik di USM pada 29 Januari 2022.
Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Zayn Yashfy pada 17 Januari 2024.
This website uses cookies.