Rezeki buat selebriti cantik, Noor Neelofa Mohd Noor apabila tercalon dalam salah satu anugerah berprestij di luar negara. Nampaknya, Lofa memang serius mengembangkan bakat dan namanya ke persada dunia. Satu persatu kejayaan diraih dan kali ini Neelofa bakal terbang ke Monaco bagi menghadiri Influencer Awards 2019 Monaco. Hebat!

Ads

Khabar gembira buat pengacara dan pengusaha hijab, Neelofa apabila dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.

Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Oktober, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang dipengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.

Jadi Pilihan Keluarga DIRAJA Monaco, NEELOFA Tercalon Influencer Awards 2019! Jadi Pilihan Keluarga DIRAJA Monaco, NEELOFA Tercalon Influencer Awards 2019!“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.

“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya.

“Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya lagi.

Ads

Jadi Pilihan Keluarga DIRAJA Monaco, NEELOFA Tercalon Influencer Awards 2019! Jadi Pilihan Keluarga DIRAJA Monaco, NEELOFA Tercalon Influencer Awards 2019!Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang berprestij. Ini merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Ads

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Walaupun belum tahu siapa lagi pemenang bagi anugerah tersebut… sebagai rakyat dan wanita Malaysia, setinggi ucapan tahniah dan syabas buat Neelofa atas pencapaian ini. Moga tuah menyebelahi anak kelahiran Kelantan ini di bumi Monaco kira-kira empat bulan lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI