Jadi Pilihan Wanita Sejak Sekian Lama, Triumph Umum Evolusi Serta Identiti Jenama Lebih Moden

Siapa yang tidak kenal dengan nama Triumph, jenama pakaian dalam yang sememangnya sinonim di kalangan wanita Malaysia. Sejak kali pertama memilih pakaian dalam, jenama ini sentiasa menjadi pilihan di kalangan remaja sehinggalah ke golongan wanita dewasa.


Baru-baru ini, Triumph selaku jenama pakaian dalam terkemuka dunia mengumumkan evolusi visi jenama serta identiti visual globalnya.

Bakal dilaksanakan di semua pasaran Triumph termasuk Malaysia, strategi tersebut menjiwai falsafah Triumph bahawa semua wanita harus menerima diri, keindividuan dan keunikan mereka dengan sepenuh hati.

Ia merupakan falsafah yang memperkasakan wanita tidak kira di mana sahaja mereka berada. Visi jenama ini meraikan keunikan setiap individu menerusi penampilan baharu yang asli, segar dan moden.

Sungguhpun begitu, ia akan terus memanfaatkan ciri-ciri kekuatan yang telah mengukuhkan kesetiaan jenamanya selama ini, seperti kefungsian, kebolehpercayaan dan keanggunan – di samping memberikan suntikan nafas baharu merentasi kesemua titik sentuh visual dan komunikasi serta reka bentuk produknya demi menjalin ikatan emosi yang sejati dengan penggunanya.

Seiring dengan evolusi jenamanya, Triumph telah menjalankan kajian dan ujian konsep secara meluas, termasuk maklum balas dan input daripada 20,000 wanita di seluruh dunia yang menunjukkan perubahan mendadak dalam cara hidup, persepsi dan keperluan mereka.

Kajian turut mendapati wanita hari ini bukan sahaja menilai semula perkara-pekara yang benar-benar penting dalam kehidupan mereka, malahan mereka tidak mahu diri mereka digambarkan secara generik atau tidak realistik.

Industri pakaian dalam telah sekian lama mewujudkan stereotaip yang memaksa wanita untuk mencapai apa yang ditakrifkan oleh industri sebagai ‘seksi’ atau ‘selesa’.

Tanggapan ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan. Wanita kini lebih serasi dengan jenama yang mendekati mereka sebagai individu serta memahami kerumitan kehidupan moden mereka, bukannya untuk dinilai berdasarkan bentuk tubuh mereka.

Natasha Mooy, Senior Marketing Manager, Malaysia & Singapore Triumph & Sloggi

Malah, mereka lebih serasi dengan jenama yang menentang stereotaip dan meraikan keunikan individu mereka. Justeru, evolusi visi jenama Triumph bertujuan meraikan semua perbezaan yang menjadikan wanita serta kehidupan mereka unik.

Triumph Flex Smart menampilkan sisipan flex pada posisi yang mengikuti pergerakan tubuh dan mampu berubah suai untuk memberikan sokongan, di samping memberikan sentuhan feminin dan sensual. Dengan sokongan sisipan flex yang begitu kukuh, Triumph Flex Smart juga sesuai dipakai untuk senaman ringan seperti yoga atau Pilates. Ia menyediakan sokongan harian buat wanita dengan gaya hidup sibuk yang berulang-alik dari rumah ke pejabat, dari kelas senaman ke sesi santai, mahupun melakukan senaman regangan lima minit semasa panggilan Zoom!

Bra tanpa wayarnya menampilkan fabrik ultra ringan dengan keupayaan mengawal suhu serta ‘cup’ tanpa kedut, memudahkannya untuk digulung, disimpan atau dikemas. Pinggir garis leher infinitinya terletak hampir pada badan, manakala kemasan licin pula menjadikannya tidak kelihatan di bawah pakaian.

Shoo Hue Ping, Head of Merchandising & Buying, Triumph & Sloggi, South East Asia,.

Sehubungan dengan itu, Triumph turut memperkenalkan platform E-Dagang diberikan suntikan nafas baharu dengan penampilan moden sebagai tempat yang menyatukan kandungan dengan komuniti.

Konsep butik baharu pula direka untuk mewujudkan pengalaman jenama yang lebih kukuh dan mendalam juga bakal dilancarkan. Paparan modular produk yang baharu akan menggabungkan ciri digital dan komponen sentuhan untuk menawarkan pengalaman runcit premium yang mengubah dan mengangkat percubaan bra kepada satu pengalaman peribadi.

Setiap aspek konsep butik baharu telah direka secara teliti untuk mencipta ruang di mana setiap wanita akan berasa istimewa dan unik.

Share
Published by
Rosmah Idayu