Alhamdulillah, pelakon cantik Nelydia Senrose dan suami dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini. Difahamkan pasangan suami isteri tersebut telah pun selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Ads
Berkongsi foto kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nelydia dilihat mengenakan persalinan jubah rona hitam. Sementara suaminya lengkap dengan persalinan T-Shirt serba putih. Kedua-duanya kelihatan cukup mesra dan ceria menerima jemputan panggilan sebagai Jemaah Haji.
Nelydia dalam pada itu sempat memohon maaf sebelum berangkat ke sana di samping memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang berada di Mekah.
“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang, Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah haji.
Ini adalah anugerah Allah yang Maha Agung buat kami berdua.Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun yang tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.
Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan esegala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur.
Ads
Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat.Assalamualaikum.”
Ads
Pada hujung Disember lalu, Nelydia dan suami telah mengerjakan ibadah umrah bersama-sama. Sepanjang pemergian ke sana, aktres ini dikatakan mula berhijrah dengan penampilan lebih sopan dan berhijab penuh.
Nelydia yang bakal berusia 28 tahun pada 30 Julai nanti menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.
Semoga segala urusan pasangan ini dalam mengerjakan haji dipermudah dan kekal istiqamah dalam mengejar kebaikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, Datuk Syafinaz mempunyai aura tersendiri dan penampilannya Gegar Vaganza baru-baru ini sentiasa ditunggu-tunggu peminat. Mana tidaknya, pensyarah vokal ini sering tampil anggun dan elegan.
Ditambah pula dengan komennya selaku juri yang cukup membina kepada para peserta bertanding. Walau ada ketika, dia kelihatan sangat serius melontarkan pandangan terhadap kualiti nyanyian.
Kepakaran wanita berusia 49 tahun ini diperakui dan bersandarkan bakat serta ilmu berkaitan vokal, Datuk Syafinaz sering diundang sebagai juri dalam pelbagai program hiburan khususnya berbentuk nyanyian.
Terbaharu, Datuk Syafinaz memanfaatkan kepakaran yang dimiliki untuk mengajar qari dan qariah untuk memantapkan lagi taranum mereka di samping pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan lebih indah.
Memetik laporan media, Datuk Syafinaz teruja apabila dipanggil oleh sebuah akademi di Negeri Sembilan bagi mengajar qari dan qariah di sana.
“Alhamdulillah saya dipanggil oleh Akademi Tarannum Negeri Sembilan untuk mengajar qari dan qariah di sana tentang vokal.
Saya bukanlah mengajar mereka taranum tetapi mengenai vokal dari segi pernafasan dan kawalan suara.”
Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan ini turut memberitahu melagukan ayat suci Al-Quran sama seperti menyanyi dan memerlukan kawalan vokal yang betul.
Datuk Syafinaz juga mahu masyarakat melihat perspektif positif mengenai kerjaya guru vokal yang boleh mendatangkan faedah bukan saja kepada orang lain tetapi juga diri sendiri.
“Saya mahu masyarakat menganggap bidang vokal ini sebagai suatu pembelajaran serius. Jadi rakan-rakan saya (guru vokal) yang lain akan dipandang tinggi dan kerjaya mereka boleh buat duit.”
Penyanyi kelahiran Johor ini dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan daripada Filipina, Sofia Isabella menikmati kehidupan mudanya dengan cukup indah apabila keluarga tersayang menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-7 dengan penuh mewah bak puteri!
Isabella anak kepada usahawan terkenal dan berjaya, William Barbo pastinya cukup teruja dengan majlis impiannya. Mana tidaknya, ditemani keluarga dan rakan-rakan terdekat di samping kek hari jadi 6 tingkat serta dekorasi keseluruhan dewan yang cukup mempersona tentunya menjadikan childhood memorynya sukar untuk dilupakan.
0
Serba-serbi perincian untuk majlis tersebut adalah mengikut tema yang menjadi kegemaran gadis bertuah ini sendiri iaitu Cinderella termasuklah gaun yang dipakai Isabella.
Kalau dilihat daripada perkongsian gambar-gambar di atas, tak keterlaluan rasanya kalau Nona katakan ia sebagai sebuah majlis yang paling gah untuk gadis semuda Isabella! Fuh, tak dapat bayangkan bagaimana pula nanti agaknya majlis perkahwinan Isabella kan?
Sumber gambar: facebook www.niceprintphoto.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Calon pilihan raya yang aktif dan ‘popular’ di media sosial mempunyai peluang tinggi untuk menambat hati pengundi, terutamanya golongan muda yang pertama kali menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Nasrudin Mohammed berkata ia berikutan realiti pada zaman Internet ketika ini membuatkan platform media sosial mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendirian politik pengundi.
“Lebih-lebih lagi apabila calon memainkan isu-isu yang dianggap sensasi dan menarik perhatian pengundi. Soal benar atau salah, tulen atau palsu kelihatannya tidak menjadi perkiraan utama kebanyakan pengguna media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain itu, beliau berkata pengundi muda secara umumnya mengutamakan calon yang dianggap serta dipercayai berupaya memberi faedah secara langsung kepada golongan itu.
Katanya pengundi muda mengutamakan isu yang dianggap ‘sensasi’ antaranya peluang pendidikan tinggi, peluang perniagaan yang disokong dengan bantuan modal dan insentif lain serta peluang pekerjaan yang menjanjikan insentif terbaik dan segera.
“Usia calon – lebih muda lebih dianggap ideal – memberi kelebihan kepada calon namun ia juga bergantung kepada beberapa sifat luaran calon muda seperti perawakan, latar belakang teknikal calon, lokaliti dan juga idealisme politik yang ditunjukkan,” katanya.
Ogos lepas, Dewan Rakyat diberitahu jumlah pengundi yang berdaftar setakat Mei 2022 adalah 21,113,234 orang, dengan 1,141,749 orang atau 5.4 peratus adalah pemilih berumur 18 hingga 20 tahun.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...