Jadi Usahawan Kosmetik Sebab Obses Foundation, SHARIFAH SHAHORA Pelakon & Penerbit Serba Boleh!

Orangnya memang berbakat besar dalam industri seni tanah air. Berilah watak apa sekalipun, Sharifah Shahora Syed Akil Syed Alwee mampu menjayakan lakonannya dengan sebaik mungkin. Jika dulu namanya dikenali sebagai pelakon dan pelawak popular, kini Sharifah Shahora rancak mengembangkan bakat di belakang tabir sebagai penerbit.

Bukan itu saja, personaliti kreatif ini juga sudah mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan. Ketika ditemui dalam majlis Baby Shower Elisya Sandha dan Uzair Haqimy di Genting Highlands baru-baru ini, Sharifah Shahora yang tampil dalam gaya elegan… mesra ditemu bual Nona.

Berkongsi perkembangan terkini, dia mengaku kembali sibuk di set penggambaran selepas hampir dua tahun tertunda akibat penularan Covid-19 dan PKP. Malah, perniagaan kosmetik kecil-kecilannya juga terjejas disebabkan situasi tersebut.

Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora

“Bisnes foundation

saya kecil-kecilan je. Bila free tak ada job tu kita buatlah. Alhamdulillah dah getting better. Cuma sekarang saya lebih di bahagian penerbitan sebab tak lama lagi, selain shooting, kita nak terbitkan filem.

Kiranya dari drama nak pindah ke filem pula. Jadi agak sibuk tapi tetap luangkan masa untuk kawan baik (Sheila Rusly) untuk majlis ini.”

Tidak mengikut trend selebriti yang berlumba-lumba berniaga produk sendiri, aktres berusia 47 tahun ini berkata penglibatannya dalam bidang perniagaan adalah lebih kepada minat. Lebih-lebih lagi apabila dia obses dengan produk kosmetik seperti foundation.

“Sebenarnya memang dulu masa remaja saya suka foundation. Saya ada masalah kulit dulu jadi apa-apa pun, saya akan cover dengan foundation. Saya memang terlampau obses dengan foundation.

Saya dah cuba macam-macam produk dan satu hari saya terfikir yang why not saya sendiri buat foundation. Kadang-kadang bukan semua orang pakai foundation nak mekap, ada orang nak guna foundation hanya untuk kulit kelihatan smooth atau flawless.

Jadi saya buat mousse foundation, sapu je dekat muka dia terus flawless. Maknanya walaupun orang tu gelap, kalau dia sapu automatically kulit dia beza sedikit.”

Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora

Mengulas lanjut produk keluarannya, Sharifah Shahora berkata setakat ini dia hanya mempunyai dua pilihan Sha’hora Mousse Foundation iaitu warna fairy light dan choco brown.

“Saya ada dua jenis je sekarang ni. Dulu saya pernah keluarkan lipstick tapi sebab PKP, masalah supplier dan sebagainya, tergendala. Sebab produk lipstick saya ni jenis yang buat research. Banyak benda kena tukar dan ubah suai.

Masa PKP susah nak berurusan, kita lebih suka face to face dan jumpa. Sekarang barulah buat balik. Satu lagi sebab kita dah sambung shooting. Ada kekangan masa di situ, jadi sekarang tengah proses balik dan buat satu satu. Tapi foundation getting better dan dibantu oleh kawan-kawan yang banyak promote.

Dulu saya keluarkan lipstick yang ikut warna darah. Yang tu memang dapat sambutan. InshaAllah saya upgrade lagi produk supaya lebih moist dan tahan lama.”

Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora
Credit Instagram @sharifahshahora

Menyentuh rutin penjagaan kulit dan amalan kecantikan, penerbit syarikat produksi Eleven Field Creative Sdn Bhd ini tanpa berselindung memberitahu dia mengambil supplemen vitamin E sejak remaja demi kesihatan dan kecantikan diri.

“Saya tak ada spesifik produk yang digunakan. Cuma saya pakai apa yang ada. Misalnya saya akan cuci muka, pakai toner, pelembap dan sebagainya. Yang lain, saya amalkan pengambilan supplemen seperti vitamin.

Saya makan vitamin E dari muda lagi sebab saya tahu kulit saya tak cantik sangat. Alhamdulillah kalau orang tengok dulu dengan sekarang, kulit saya getting better sebab saya amalkan vitamin E.

Kalau ada masa terluang, saya juga rajin pergi spa untuk facial. Itu je rutin kecantikan saya, yang simple-simple sebab kalau ter’over’ jaga, risau kulit akan rosak.”

Sharifah Shahora mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Share
Published by
Suzi