Kekuatan sesebuah rumah tangga terletak pada kasih sayang suami isteri, namun kunci kebahagiaan yang sebenarnya ada di tangan seorang suami. Percaya tidak, perkahwinan yang bahagia terletak di tangan lelaki? Barangkali kejutan yang dibuat Nabil Ahmad sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup wajar dijadikan contoh.

Seperti sudah dirancang, kejutan yang dibuat di pentas konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 9 secara langsung malam Ahad itu, mengungkap mesej kasih sayang yang sudah lama tidak didengari.

Ads

Terlihat sebak dan terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentas yang turut diserikan sebiji kek tiga tingkat.

“Malam istimewa, selepas 11 tahun melayari perkahwinan bersama seorang wanita bernama Nazirah Ayup, hari ini saya nak ajak dia ke pentas. Tak sempat nak buat majlis anniversary, hari ni ramai penyanyi, kek pun ditaja.” Nabil

Sambil diringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova dan nyanyian Kak Lina Pom Pom, Nabil pada masa sama turut mengucapkan
penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka.

“Jadikan Saya Suami Yang Istiqamah, Kaburkan Mata Saya Pada Pandangan Wanita Lain!” Ucapan Nabil Undang Sebak

 

“Jadikan Saya Suami Yang Istiqamah, Kaburkan Mata Saya Pada Pandangan Wanita Lain!” Ucapan Nabil Undang Sebak

 

Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.

“Jadikan saya seorang suami yang istiqamah. Kaburkan mata saya pada pandangan wanita lain. Jadikan ini wanita terindah untuk saya.

Ads

“I sayang you sehingga Allah memisahkan kita.” Nabil

Nazirah menguntum senyuman manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu.

Memang sweet sangat kata-kata Nabil buat isterinya. Sebenarnya itulah saja yang isteri nak dengar, ada pasangan hidup terbaik yang sudah Tuhan tentukan untuk kita.

Ads

“Jadikan Saya Suami Yang Istiqamah, Kaburkan Mata Saya Pada Pandangan Wanita Lain!” Ucapan Nabil Undang Sebak

 

Imbas kembali, Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3.

Semoga Nabil terus menjadi suami mithali dan menjadi kebanggaan isteri. Yang penting cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, makin bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, berteraskan iman dan takwa.

Sebagai suami, sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. Itulah kunci bahagia yang sebenar.

Selamat menyambut ulang tahun ke-11 Nabil dan Zira!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI