“Jadilah Tengok Dari Sipi..” AMEERA KHAN Tunai Umrah Dengan Ibu, Netizen Titip Rindu Nak Lihat Wajahnya

Ibu kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini hari ini berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak perempuannya Ameera Khan. Menerusi hantarannya di Instagram, Datin Kartini memohon maaf seandainya mempunyai ada salah dan silap selain mendoakan agar ibadah Umrahnya kali ini dipermudahkan.

Turut menarik perhatian adalah kelibat adik Neelofa, Ameera Khan yang turut dirakam gambarnya bersama ibunya, namun masih tidak mendedahkan wajah terkininya, membuatkan ramai warga maya menitipkan rasa rindu melihat wajah Ameera yang sebelum ini cukup aktif di media sosial.

Terdahulu, warga maya membuat pelbagai spekulasi susulan Ameera yang memilih untuk memadam semua foto seterusnya bertindak menghilangkan diri seterusnya menyahaktif akuan Instagramnya sehingga kini.

Neelofa menerusi satu sidang media baru-baru ini menjelaskan yang adiknya itu berada dalam keadaan baik dan memohon ruang masa untuk diri sendiri.

Di ruangan komen ramai warga maya mendoakan urusan anak beranak ini dipermudahkan dan ramai menitipkan kerinduan melihat wajah Ameera. Ada juga netizen yang sempat bergurau dengan berkata Ameera adalah ‘Bilal Versi Dewasa’ memandangkan Ameera seperti kakaknya yang bertindak “menyembunyikan” wajah anaknya buat seketika.

Walauapapun, kami di NONA mendoakan agar urusan Umrah mereka dipermudahkan.

***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/

majalahnona
***

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus