Jadilah Rakyat Yang Prihatin, Ikut 7 Titah AGONG Ini Sepanjang RMO

Sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan atau Restricted Movement Order (RMO) dilaksanakan lagi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat agar mematuhi arahan kerajaan ini. Melihat pertambahan kes jangkitan positif Covid-19 yang mencecah 1,030 sehingga semalam dengan tiga kematian, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam dalam video ringkas baginda menitahkan rakyat patuh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang ditetapkan bermula 18 hingga 31 Mac. Ia sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19 bersama-sama sekaligus mengurangkan kes jangkitan wabak berbahaya tersebut.

Berikut titah Seri Paduka Baginda semalam.

”Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengajak agar rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

•Jangan keluar rumah jika tiada keperluan penting
•Saya juga minta batalkan hasrat untuk balik kampung
•Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah
•Kepada ibu bapa pengantin, saya nasihatkan tangguhkan dulu majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih
•Saya nasihatkan juga agar rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan
•Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu
•Dan yang paling penting jaga kebersihan diri. Kerap membasuh tangan, guna hand sanitizer dan pakai topeng muka serta amalkan penjarakkan sosial

Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini, insyaAllah.”

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke CPRC Kebangsaan di KKM, Putrajaya pada 18 Mac lepas
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam mengesahkan terdapat 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 1,030 kes.

Dalam pada itu, kes kematian ketiga melibatkan lelaki warga tempatan berusia 58 tahun yang juga kluster jemaah tabligh telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tawau, Sabah kira-kira jam 10.20 malam tadi.

 

Share
Published by
Suzi