Jaga Anak Pun Boleh AWET MUDA, Umur Dekat 40 Tahun Tapi Orang Sangka AZURA ZAINAL 20an!

Terkejut bila dapat tahu personaliti cantik ini rupa-rupanya bakal mencecah usia 40 tahun. Mana tidaknya, tengok bentuk fizikal luaran Azura Zainal bukan saja mencerminkan dirinya yang masih muda tetapi juga penuh energetic.

Sampaikan ada yang beranggapan isteri kepada jurulatih seni mempertahankan diri berasal dari Brazil… Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva ini baru berumur lingkungan 20an. Awet muda betul!

Disifatkan seorang yang senang didekati, ramah, happy go lucky dan aktif… pengacara berbakat besar ini bagaimanapun tersenyum malu apabila dipuji kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Iyalah, umur dah hendak masuk 40 tahun tapi ‘tenaga’ Azura macam anak muda yang belum kahwin dan ada anak!

Bersyukur dengan kurniaan tersebut, Azura tanpa berselindung membuka bicara. “Nak kata rahsia… bukanlah rahsia pun. Pada saya, saya suka senyum dan gelak.

Dalam masa sama, saya cuba untuk kekal aktif dengan pergi workout. Tapi sejak dah ada anak ni, agak susah jugalah. Apa yang mampu saya buat sekarang, saya jadikan anak tu sebagai ‘motivasi’ untuk terus aktif.

Anak saya dah masuk umur setahun sembilan bulan… so memang saya kena kejar sajalah dia the whole time. Sebab selalu jaga anak yang tengah aktif ni buatkan saya ada muscle for that,” ujar Azura sambil menunjukkan otot di lengan.

“Pada pendapat saya juga nak kekal sihat dan bertenaga… kena cuba dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Nak kata ambil makanan sihat, saya tak adalah terlalu menjaga makan. Tetap makan nasi lemak juga. Tapi bersederhana.

Jadi pada saya, amalan-amalan seperti inilah yang dapat beri keyakinan dan tenaga untuk kita… kaum wanita dan ibu aktif bukan saja di rumah tetapi juga ketika di luar.

Ditanya petua kecantikan yang diamalkan sehingga ke hari ini, “Minum banyak air. Dulu saya memang jenis orang yang tak suka minum air. Tapi bila dah meningkat usia dan mak selalu pesan kena banyak minum air… saya jadi akur. Sebab saya percaya ia sangat penting untuk keperluan tubuh. Selain dapatkan tidur yang cukup, minum banyak air.

Pernah bergelar hos X-Disney Channel, Azura turut melahirkan rasa syukur kerana selaku freelance… dia mempunyai masa yang fleksibel untuk keluarga dan kerja.

“Jadual saya tak terikat dengan mana-mana company

. Bila ada kerja baru saya keluar. Untungnya saya juga adalah sebab saya ada adik-beradik yang ramai dan support system yang sangat kuat.

Dengan adanya sokongan daripada suami dan keluarga seperti ini, secara tak langsung ia juga bantu kita capai segala-galanya. Pendek kata, semua jadi mudah. Pun begitu, kena ada list dan tahu apa yang rutin yang perlu kita buat tiap hari serta selesaikan,” tuturnya yang selamat melahirkan bayi lelaki comel diberi nama Zeydan Genuino lebih setahun lalu.

 

Kredit foto: Instagram Azura Zainal

Share
Published by
Suzi