Tak puas tengok muka isteri Faiz Sabari, Rozana Mumtaz. Sekali pandang mesti hendak toleh berkali-kali. Berpeluang bertemu dengan pasangan suami isteri perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor baru-baru ini… penulis sempat bertanyakan tip yang diamalkan Mumtaz hingga kekal menawan pada usia 43 tahun.
Tersipu malu dan menganggap dirinya ‘biasa-biasa’ saja, wanita berketurunan Afghanistan sebelah ibu dan Pakistan dari pihak bapa ini akhirnya terbuka untuk berkongsi petua tradisi ibunda tersayang. Dalam nada rendah diri, “Tak ada petua sangat, cuma masa datang bulan saya tak boleh minum air sejuk. Mak memang tak bagi sebab dia kata nanti badan lemah. Selain itu, saya juga suka mandi air panas… yang betul-betul panas pada waktu malam. Pagi pula saya akan mandi air sejuk.
Ads
Jujurnya, saya bukanlah orang yang suka air cond sangat. Kalau bab minum, saya suka letak lemon dalam minuman. Soal makan, tak dinafikan saya seorang yang suka makan. Tapi jenis yang makan berulang-ulang sebab saya akan ambil portion tu sedikit-sedikit.”
Tatkala ditanya tentang rutin senaman, ini jawapan telus Mumtaz. “Bila buat event, satu perkara yang akan saya pastikan ialah saya tak duduk. Dari mula rehearsal sampailah habis event pukul 1 pagi memang saya tak akan duduk. Check itu ini sebelum mula majlis. Setiap minggu itulah exercise saya.”
Terkenal dengan kreativiti dan hasil kerja yang mengagumkan sebagai perancang perkahwinan mewah di kalangan VVIP, Mumtaz dan suami merupakan pasangan yang bersederhana dan tidak bergantung kepada barangan berjenama mewah. Jika ada masa terluang, mereka sekeluarga pasti akan pergi bercuti. Lazimnya, mereka memilih destinasi percutian yang berbeza daripada sebelumnya.
“Kami suka travelling sebab sebagai designer Faiz perlu sentiasa jalan untuk lihat apa yang baru di luar sana. Kami jarang shopping (baju dan aksesori) sebenarnya. Shopping kami adalah dengan membeli barang-barang atau aksesori yang boleh digunakan untuk rumah atau wedding.
Ads
Sekarang ni kami cuba pergi ke pantai atau laut untuk dapat inspirasi… ketenangan, dalam masa sama dapat kenal warna biru yang berbeza-beza untuk perbaiki hiasan alam semula jadi yang kami buat. Orang Malaysia ni suka garden, suka nature. Sebab itu kami selalu fikir macam mana nak hasilkan hiasan taman yang lain daripada biasa.
Ads
Kalau pergi bercuti adalah dalam tujuh ke 10 hari tapi tak lebih daripada 2 minggu. Sepanjang bercuti tu jika ada barang yang jumpa dan berkenan di hati memang beli. Kalau harga mahal, beli satu dua pun jadilah,” ceritanya sambil ketawa.
Tambahnya lagi, “Kami tak shopping sangat. Ada juga beli barang jenama dalam satu atau dua tapi tak ada sampai satu almari. Saya masih belajar untuk mendalami dunia kecantikan. Cuma saya akan pastikan apa yang dipakai minimalis dan on point. Tak perlu yang mahal-mahal… to us pakai yang classic dan tak melampau. Kami pentingkan lifestyle.Make sure klien selesa dengan kita. How we dress, tengok occasion. Pakaian ikut tempat itu penting, tak semestinya mahal tapi biarlah elok dan kemas.”
Meniti usia perkahwinan 16 tahun, Mumtaz dan Faiz dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Dhiya Batrisya Norfaiz yang kini berumur 14 tahun.
Foto: Instagram Reka Teemor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong diangkat sebagai ikon perpaduan negara baru-baru ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selain pemimpin, seniman dan legenda sukan, kementeriannya kini turut menjadikan Pandelela sebagai ikon untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
“Sekarang ini kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Untuk rekod, penerjun dari Sarawak berusia 29 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.
Aaron berkata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diangkat sebagai ikon perpaduan turut diperkenalkan kepada golongan belia di negara ini melalui Pameran Eksklusif Seniman Agung P. Ramlee pada Mac lepas.
Sumber: BERNAMA
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai Muslim kita wajib percaya bahawa rezeki sudah diatur oleh Allah SWT. Cuma tinggal bagaimana cara seseorang itu menjemput rezeki dalam kehidupannya. Jangan hanya memandang kebendaan sahaja sebagai rezeki.
Ini kerana kesihatan dan kebahagiaan juga tergolong dalam kurniaan rezeki. Dalam perkahwinan, salah satu pembawa rezeki buat suami ialah isteri yang solehah seterusnya membentuk keluarga yang sakinah mawadah warohmah.
Namun begitu, suami juga wajib bertanggungjawab buat keluarganya agar rezeki akan ikut terus mengalir tanpa henti. Berikut ciri-ciri seorang isteri pembawa rezeki.
TAHU BERSYUKUR
Mensyukuri rezeki pendapatan suami sama ada besar atau kecil. Bersyukur menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak. Kesimpulannya sentiasa bersabar dan bersyukur dengan apa yang diperolehi.
SUKA BERSEDEKAH
Apabila diberikan nafkah dia menggunakannya untuk bersedekah. Maka dengan izinNya, rezeki keluarga akan bertambah, boleh jadi rezeki itu diperolehi dari pendapatan suami atau dari orang lain.
SELALU MENDOAKAN SUAMI & KELUARGA
Selain berusaha bersungguh-sungguh, banyakkan berdoa kepada Allah SWT. Wanita yang selalu mendoakan suami dan keluarga, dengan izinNya doa itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Suaminya akan selalu mahu berada di rumah untuk bersama keluarga. Selain itu, pandai menjaga adab dan tingkah laku di hadapan suami seterusnya menunjukkan kesetiaan sehingga rezeki dapat mengalir kerana membahagiakan hati suami.
SUKA BERSILATURRAHIM
Menjaga hubungan dengan orang tua, saudara mara, keluarga suami, jiran tetangga dan rakan-rakan. Ini bukan saja membantu melancarkan rezeki suami bahkan keluarga.
SERING SOLAT DHUHA
Jika seorang isteri sering melakukan solat dhuha pada setiap hari, dengan izinNya dapat menjemput rezeki buat dirinya, suami serta keluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...