Nampaknya seluruh keluarga besar Presiden Indonesia, Joko Widodo akan melalui hari yang sibuk menjelang pernikahan di antara anak bongsu Presiden, Kaesang Pangerap dengan pasangannya Erina Gudono. Mereka bakal disatukan pada Sabtu,10 Disember 2022.
Ads
Sejak kelmarin, bakal mempelai sudah memulakan adat di mana ia dimulakan dengan proses dikenali sebagai siraman dan Midodareni.
Acara Siraman telah diadakan di kediaman keluarga Erina Gudono yang terletak di Sleman, Yogyakarta. Acara dimulakan dengan pemasangan bleketepe, salah satu tradisi adat Jawa, oleh keluarga Erina Gudono. Usai proses tersebut, ia diteruskan dengan beberapa upacara lain antaranya termasuklah Cetik Geni Sepisanan dan Adhang Pisanan, dan lain sebagainya.
Antara highlight majlis sebelum memulakan upacara bersiram ialah upacara sungkeman dan meminta izin pernikahan dari keluarga terdekat.
Sungkeman adalah sebuah tradisi menjadi ciri khas bagi masyarakat Jawa, di mana acara sungkeman biasanya diadakan untuk melengkapi acara tertentu misalnya acara pernikahan. Arti sungkeman sendiri berasal dari kata sungkem yang bermakna bersimpuh atau duduk berjongkok sambil mencium tangan.
“Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh, ibu yang Erina sayangi, dengan senantiasa bersyukur atas segala karunia Allah SWT, perkenankanlah Erina dengan segala hormat menghaturkan sembah bakti serta terima kasih kepada ibu atas kasih sayang yang melimpah dan bimbingannya selama ini,” kata Erina Gudono.
Dengan suara bergetar dan menahan harunya, Erina Gudono memohon restu untuk pernikahannya dengan Kaesang Pangarep.
“Pada kesempatan yang sangat bersejarah ini, Erina memohon restu kepada mama untuk memulai kehidupan baru, menjalani kehidupan berumah tangga bersama Mas Kaesang. Mohon maaf atas segala kesalahan dan semua yang tidak berkenan di hati mama,” katanya dengan suara bergetar.
Suasana sedih tetapi penuh rasa kesyukuran tatkala ibunda Erina memberikan restu kepadanya. Malah, ibunda tersayang sempat menitipkan pesanan untuk puteri tersayang.
Ads
“Anakku Erina yang ibu sayangi, tiada hentinya ibu mengucapkan syukur kepada Allah SWT, hari ini ibu diberikan kesempatan untuk dapat menunaikan kewajiban sebagai orangtua, mengantar kamu menuju rumah tangga bahagia,” jawab sang ibunda yang juga menahan haru.
“Tumbuhlah terus menjadi keluarga yang bahagia, hidup rukun bersama, saling membantu, penuh kasih sayang. Maafkanlah mama karena masih kurang memberikan perhatian dan kasih sayang, terlebih sepeninggal ayahmu mama memiliki keterbatasan dalam memelihara dan kasih sayang kepadamu, detik ini mama hanya berpesan, jagalah salat 5 waktu dan ontime,” sambungnya.
Selain restu dari ibu tersayang, Erina turut memohon restu dari abang dan kakaknya iaitu Alen Gudono dan Nadya Gudono yang masih belum berkahwin. Erina melangkah bendul mendahului dua orang adik-beradiknya untuk mendirikan rumahtangga.
Beberapa jam menjelang upacara siraman, keluarga Erina turut menjalankan upacara khatam Al Quran sebagai fasa penting permulaan awal dalam kehidupan Erina kelak sebagai isteri.
Ads
Kali ini, Erina Gudono mengenakan kebaya putih lengan panjang hasil rekaan Lace by Artkea. Penampilan Erina Gudono disempurnakan dengan kerudung motif sulur mengembang berwarna senada.
Menjengah posting di laman Instagram, bakal menantu Presiden ini berkongsi rasa mengenai majlis tersebut.
Semaan Al-Qur’an Menjelang Pernikahan, Kamis 8 Desember 2022
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mentakdirkan, dan bukanlah aku yang mentakdirkan. Dan (Engkau) Maha Mengetahui apa yang tidak kuketahui.
Majlis perkahwinan pasangan ini bakal disiarkan secara langsung di stesyen televisyen Indonesia dan tidak hairanlah mengapa ia disebut-sebut sebagai wedding of the year di Indonesia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj ini sememangnya memiliki pesona tersendiri. Walau sudah berkahwin dan bergelar ibu, kecantikan Che Puan Juliana Evans tidak pudar dimamah usia. Mula mencipta nama dalam bidang pengacaraan seawal usia belasan tahun, jelitawan ini tidak hanya berjaya sebagai pengacara bahkan berbakat besar dalam industri seni lakonan.
Aktif berkongsi aktiviti terkini di media sosial, bekas pengacara program popular REMAJA ini juga tidak ketinggalan berkongsi momen sewaktu zaman kanak-kanak. Menerusi perkongsian gambar-gambar Che Puan Juliana, jelas terserlah kecantikan selebriti berusia 32 tahun tersebut.
Difahamkan Che Puan Juliana mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Garden (SSG) yang merupakan sebuah sekolah persendirian pada tahun 1990. Lebih istimewa, bapanya ialah salah seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan selama beberapa tahun. Malah dalam gambar yang dikongsikan Che Puan Juliana di sekolah kebanyakannya ketika dia berada di pejabat bapa tersayang.
Ujarnya, “So grateful for the moments we had in primary school when everyone used to spend recess together playing all sorts of outdoor games. My favourite was ‘zero point’ or in Bahasa, ‘getah’. Moments like these are what school is all about, socialising, playing, eating, studying together.
Sad that the younger generation now for the past 2 years who don’t get this privilege (due to covid) to have a normal upbringing in school. I just hope that everything will go back to normal again soon so that children can have their school life back!”
Terbaharu, Che Puan Juliana mengacarakan sebuah program perubatan di saluran UnifiTV. Yang pasti, sejak bergelar ibu dan permata hatinya meniti usia dua tahun barulah Che Puan Juliana kembali aktif dengan kerjaya. Iyalah, sebagai ibu pasti beliau mahu memberi yang terbaik dan sepenuh tumpuan kepada anak.
Disember lalu, Che Puan Juliana melakar sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai Duta Kempen Promosi Pelancongan ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ selama dua tahun! Sebagai anak jati Selangor, ia sudah tentu khabar gembira buat personaliti ini kerana berpeluang mempromosikan negeri kelahiran.
Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan keempat mereka.
Lebih dua tahun melayari rumah tangga, Che Puan Juliana dan suami akhirnya dikurniakan zuriat perempuan pada 13 Julai 2019. Puteri comel kesayangan mereka ini diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Meniti usia 32 tahun pada Julai nanti, pesona dan wajah cantik Che Puan Juliana masih memukau. Tidak hairanlah tahun lalu, namanya tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.
Selain mempunyai kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry.
Kredit: Instagram Juliana Evans
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam-diam ubi berisi! Selama ini ramai yang mengenali Vie Shantie Khan sebagai usahawan muslimah menerusi jenama miliknya, VHijrah. Namun di sebalik kejayaannya mengembangkan empayar busana muslimah, mungkin ramai yang tidak mengetahui Vie Shantie juga seorang usahawan arang batu berjaya!
Lebih mengagumkan, dia sudah mengusahakan bisnes tersebut kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika dia mengandungkan anak ketiga, Vie Zaalia yang kini sudah pun mencecah usia 9 tahun.
Terbaharu, ibu kepada empat cahaya mata ini melakar pencapaian luar biasa apabila berjaya mendapatkan kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun! Bukan calang-calang tu.
Kejayaan tersebut dikongsikan Vie Shantie di platform media sosialnya baru-baru ini. Tidak dinafikan, ramai golongan wanita terinspirasi dengan kemampuan usahawan ini dalam bidang perdagangan arang. Iyalah, bidang tersebut kebiasaannya dimonopoli kaum lelaki.
“History in the making. Praise to Allah SWT. 15 years contract in the trading of coal between Malaysia, Indonesia, Singapore and China is signed and sealed. Allahuakbar!”
Ternyata, segala kesenangan yang diraih Vie Shantie hari ini tidak datang bergolek. Dalam salah satu postingnya, dia pernah mendedahkan realiti ketika menceburi bidang berkenaan suatu ketika dulu.
“Sudah 3 hari berturut-turut mendengar ‘briefing’ Fundamental Coal Supply Chain dari TNBF for their coal cargo from pit up to the vessel. Tiba-tiba mata ni berhabuk pula teringat setiap pengorbanan yang tak mengira waktu untuk teruskan business ni di negara orang.
Memang nampak senang tapi hanya Allah saja yang tahu setiap keringat dan titik peluh menjalani setiap waktu bermusafir di tempat orang.
Semoga Allah SWT terus panjangkan usia, sihatkan tubuh badan ini, kuatkan semangat dan semoga Allah memberikan keberkahan dari rezeki ini demi membantu banyak orang yang memerlukan.
Ternyata di kehidupan ini, jika kita bantu permudahkan urusan orang, Allah SWT membalasnya dengan seribu kebaikan yang kita sendiri tidak terfikir dek akal bagaimana semua ini boleh menjadi satu kenyataan. SubhanAllah terima kasih ya Allah.”
Nona sememangnya kagum dengan usaha Vie Shantie bukan hanya dalam dunia fesyen muslimah bahkan bidang perusahaan seumpama ini.
Vie Shantie merupakan isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Vie Raissa. Terdahulu, Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mempunyai tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik dan terserlah keanggunan buah hati kesayangan Kajol! Genap berusia 19 tahun pada 20 April lepas, kecantikan yang dimiliki Nysa Devgn iaitu puteri sulung Kajol dan Ajay Devgn ini memang saling tak tumpah mewarisi gen ibu bapa tersayang.
Bermata bundar, hidung mancung dan paling menarik perhatian adalah senyuman manisnya. Boleh buat orang ‘cair’!
Meskipun populariti Nysa sebagai anak kepada selebriti popular India ini tidak seglamor anak Shah Rukh Khan, namun rata-rata peminat di sana terpikat dengan kesederhanaan yang dimiliki Nysa.
Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan peminat kepada kecantikan asli ibunya. Tidak dinafikan Nysa mewarisi sepasang mata yang cantik dan senyuman memikat.
Tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah, kelibat Nysa turut kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan yang disertai kedua-dua ibu bapanya.
Enggan si anak terlalu didedahkan dengan spotlight dunia glamor, dalam satu gambar yang dimuat naik Ajay, kelihatan dia dan anak gadis kesayangan hadir menjayakan aktiviti kebajikan yang dianjurkan badan amal Smile Foundation.
Walau baru berusia belasan tahun tapi Nysa sudah dididik mengenai tanggungjawab dan rasa prihatin kepada golongan memerlukan. Pandai Ajay dan Kajol mendidik anak.
Kajol dan suami telah menghantar Nysa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Memetik laporan NDTV.com, Nysa menjadi pelajar di United World College of Southeast Asia di Singapura sejak tahun 2018.
Dalam temu bual bersama NDTV.com, Kajol mendedahkan cara didikannya terhadap anak-anak. “Saya sangat tegas dengan anak-anak kerana sangat penting untuk mereka tahu tentang batas sesuatu perkara dan tidak boleh melangkauinya.
Saya percaya mereka akan membesar jadi manusia lebih baik jika mengikuti didikan kami. Sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai apa yang betul dan salah.”
Menerusi perkongsian Kajol di Instagram miliknya, aktres berusia 47 tahun ini ada memuat naik wajah terkini puteri kesayangan. Nysa yang dahulunya masih kelihatan kanak-kanak dan memakai cermin mata, kini tampil dengan imej matang dan cantik.
Mengintai ruangan komen di IG Kajol, rata-rata peminat memuji kejelitaan anak gadisnya. Tidak kurang juga yang mengagumi keanggunan pelakon Bollywood ini yang sentiasa tampak awet muda.
Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama 23 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’. Anak lelaki mereka pula dilahirkan pada tahun 2010.
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu dan menolak sebarang tawaran berlakon memandangkan bintang Kuch Kuch Hota Hai ini pernah mengalami keguguran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak Peduli 'Negative Vibes' Media Sosial,Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan...