Sejarah jualan online Cyber Monday mencatat rekod baru apabila palet jenama The Crayon Case terjual hingga $1 juta dalam tempoh 90 minit.
Ironinya walaupun tanpa populariti artis mahupun pelabur gergasi di belakang syarikat, pengasas dan CEO kosmetik The Crayon Case bernama Raynell ‘Supa Cent’ Steward, 32, ini berjaya membawa syarikatnya ke aras tertinggi.
Turut dikenali sebagai Wuzzam Supa atau Supa Cent di Instagram, wanita ini sering menghiburkan followers beliau seramai 2 juta dengan content jenaka.
Di Amerika Syarikat, diskriminasi terhadap jenama kecantikan yang diasaskan oleh founder berkulit gelap mula dibahaskan. Ramai yang menyoal, mengapa ia sangat sukar menembusi pasaran mainstream
dan dipasarkan di outlet kecantikan seperti Sephora.Steward sendiri pernah bertanya, “Mengapa kami tidak diletakkan sebaris dengan Anastasia Beverly Hills? Mengapa kami tak boleh bersama jenama kulit putih yang lain?”
The Crayon Case bersama jenama yang diasaskan oleh pengasas kulit gelap seperti Uoma Beauty, Juvia’s Place, Beauty Bakerie, The Mane Choice, Mixed Chicks dan Grace Eleyae meluahkan kebimbangan mereka terhadap prejudis yang terpaksa dihadapi.
Sekali imbas, palet pembayang mata ‘Matte Book’ jenama ini kelihatan persis sebuah buku teks Matematik dan sekotak krayon.
‘Chalk Dust’ pula adalah loose setting powder dan berus solekan jenama ini kelihatan seperti pensel 2B. Steward mendedikasikan alat kosmetik ini khas untuk jurusolek amatur dengan perasaan kembali ke sekolah.
“Saya menyasarkan jurusolek amatur. Bakat mereka perlu digilap dan The Crayon Case menyediakan platform tersebut,” ujar Steward yang menetap di Slidell, Louisiana.
Jenama The Crayon Case mula menjual pelbagai alat solekan dan berus berinspirasikan alat tulis sekolah. Ia diasaskan pada Jun 2017, dengan tujuh produk awalnya termasuk highlighter
dan eyebrow gel. Pada hari pelancaran tersebut, Steward berjaya menjual semua produk bernilai sekitar $30,000.Bermula dari situ, wanita tersebut bergabung dengan pembekal dan mereka mula mereka pembungkusan khas dan formula baru. Palet best selling, Box of Crayons, kini mencatatkan jualan tertinggi.
“Pengalaman mengajar saya tentang betapa pentingnya melabur untuk trademarking dan penyelidikan sebelum kita melancarkan debut sesuatu produk,” ulas Steward berhubung satu insiden jenamanya dengan Crayola.
Tema alat tulis sekolah mula mencuri perhatian dalam industri. Walaupun tahun lalu Moschino dan Sephora pernah melancarkan koleksi dengan tema yang sama, namun pelanggan tetap memperkatakan tentang The Crayon Case, milik Supa Cent.
Produk yang baik tentulah terhasil dengan kerja keras dan kualiti produk itu sendiri mampu berkata-kata. Steward yang digelar ‘The Makeup Guru’ itu menghabiskan banyak masa untuk menguji dan menggunakan sendiri produk-produk The Crayon Case bagi memastikan ia berpigmen tinggi, tahan lama dan memuaskan hati pembeli.
Ia juga mampu milik dengan setiap palet berharga $30 (RM128) dan set berus 7 batang $18 (RM77).
Pada usia yang muda, lonjakan jenama The Crayon Case berhasil menjadikan wanita itu sebagai hartawan. Dalam tempoh dua tahun, beliau sudah memiliki 7 hartanah, selain sebuah syarikat pengurusan artis.
Steward yang merupakan wanita kelahiran New Orleans, Louisiana, mempunyai kenangan pahit di sekolah apabila dulunya beliau sering menjadi mangsa buli. Akibat tidak tahan dibuli, beliau menggunakan lawak jenaka sebagai cara ‘mengenakan’ semula pembulinya.
Nampaknya cara Steward ni berjaya ‘menundukkan’ semua pembuli. Tanpa hasad dengki atau perasaan savage, tapi beliau membalas dengan senyuman dan wang tunai berkepuk-kepuk di tangan. Sungguh menginspirasikan!
This website uses cookies.